Mereka yang ku hargai

Thursday, June 30, 2011

Bila OKU menulis mengenai Pendidikan dan Kerjaya

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis.......





Salam semua.....Pernahkah anda memiliki Kawan OKU?Dalam kebanyakannya hampir tiada,sekiranya ada pun hanyalah sedikit.OKU,adalah Insan Istimewa.Istimewanya mereka ialah Cabaran yang dihadapi lebih Besar dari Insan Normal.

Terdapat pelbagai Jenis Kecacatan yang melayakkan sesorang Insan itu mendapat Status OKU.Walaupun dimasa Sekarang,Kerajaan telah mengadakan serta memverikan banyak bantuan dan Insentif untuk OKU berdikari,namun semuanya SIA-SIA saja sekiranya Insan Normal yang Lain memandang Serong kepada Kemampuan golongan OKU.

Secebis Kisah dari Seorang OKU...Mengalami kecacatan Pendengaran yang Teruk pada kedua-dua Belah Telinganya.Untuk membolehkannya mendengar,ianya memakai alat Bantu Pendengaran.Namun,Alat Bantu Pendengaran itu hanya membantunya Sedikit Saja.

Sejak Kecil sehinga Dewasa,ianya bersekolah Disekolah Biasa,bercampur Gaul dengan Pelajar Normal yang Lain.Cabaran Yang diterima amat Besar,Diejek Pekak,Bodoh serta Lembap kerana lambat mengikuti Pelajaran adalah Makanan Sehariannya.Disisihkan Rakan serta Dibuli rakan yang Lain juga menjadi Permainannya.OKU ini tidak Pernah berjumpa Dengan Mereka yang Senasib dengannya.Namun OKU ini belajar Sendiri diRumah.Pada saat Orang Lain Lena Diulit Mimpi,OKU ini bangun seawal pukul 3 pagi untuk Menelaah Pelajaran.Inilah yang Menjadi Rutinnya.Berkat Usaha yang Gigih,OKU ini berjaya Mendapat 5A didalam SPM.

Setelah meningalkan Bangku Sekolah,Oku ini melanjutkan Pelajaran Ke Politeknik Johor Bahru didalam Bidang Pengurusan Hotel dan Katering.Disini,Ianya ditempatkan Bersama-sama dengan Pelajar Khas yang Lain.Saat inilah ianya mula bersua dengan mereka yang senasib dengannya.Namun yang pelik,Walaupun senasib,OKU ini seperti KERA SUMBANG dikalangan mereka ini.Ini kerana OKU ini tidak tahu berbahasa Isyarat.Bayangkan bercakap Seperti Itik Bercakap Dengan Ayam.

Namun,Syukur kerana OKU ini bertemu dengan ramai Kawan yang sudi membantu.Insan seperti ABD.SUKOR,NORLIDA SHAZLIN,TZE HAN,AFRIZEO SERTA PIN banyak membantu OKU ini untuk menguasai Bahasa Isyarat.Walaupun bahasa Isyaratnya Sekarang ini Kurang,namun sekurangnya boleh juga berkomunikasi dengan OKU yang Lain.

Bersambung ke bahagian Kedua......



post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails