Mereka yang ku hargai

Tuesday, September 13, 2011

Benarkah Orang Mati boleh Membalas Dendam

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis....

Benarkah Orang Mati boleh Membalas Dendam?

Salam Semua.Pernahkah anda melihat filem,Semasa hidup.Si Mati telah diAniaya oleh Orang Lain.Jadi Apabila ianya Mati,Rohnya akan bangun Membalas Dendam.

Saya banyak Membaca pendapat Ulama menenai Hal ini.Jawapannya ialah TIDAK.Orang Mati tidak boleh Membalas Dendam.Ini kerana telah tertulis didalam Hadis Nabi "Apabila Matinya Anak Adam Itu,Telah TERPUTUSNYA Segala Nikmat Di Dunia ini,TERPUTUS hubungannya Dengan DUNIA ini.Hanya 3 Perkara yang akan memberi Manfaat kepadanya Ialah Amal Jariahnya,Doa anak2 yang Soleh serta sedekahnya yang memberi Manfaat.

Hidup didunia pasti ada Pembalasan.Si Mati Tidak Membalas Dendam,Allah yang membalas Perbuatan itu.Tidak ada Satu pun perkara atau perbuatan terlepas dari pandangan Allah.Jadi Yang membalas Perbuatan Anda itu ialah Allah Yan Maha Berkuasa.Semoga mereka ini Insaf dan Memohon Taubat kepada Yang Maha Besar.


Sunday, September 11, 2011

Penerokaan Angkasa serta IMPIAN berhijrah ke Planet Lain satu Yang SIA-SIA.

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis.....

Kepintaran Manusia Sudah Mencapai Hadnya tanda Kiamat Semakin Dekat

Salam Semua.

Penerokaan ke bulan,peninjauan Ke Marikh,Pembinaan menara Pencakar Langit yang tinggi menjulang,Penemuan Pelbagai Ubat untuk penyakit berbahaya serta pelbagai lagi ciptaan yang Nenek Moyang kita tidak pernah terbayang dek akal Mereka.Ini  semua adalah hasil dari pemikiran serta ledakan Kepintaran Manusia.

Namun.Kepintaran Manusia ini sudah mencapai Hadnya.Otak Manusia Moden semakin mengecil.Berbanding dengan Otak Nenek Moyang Kita,Otak kita tidak mengecil sehingga 10% daripada saiz asalnya.Apabila Saiz otak berkurangan,Sel-Sel Neuron juga berkurangan.Apabila Sel-sel Neuron otak berkurangan,itu bermakna Otak manusia sudah mencapai hadnya.Adakah ini bermakna manusia semakin menghampiri Zaman Kemusnahan.

Kita Lihat,dan Kita renungkan.Manusia berimpian Besar untuk Berhijrah di Planet Lain.Pelbagai ciptaan dan penerokaan Angkasa sedang giat dijalankan.Mampukah Manusia merealisasikan IMPIAN ini.Pendapat saya MUSTAHIL.Manusia tidak akan mampu keluar dan tinggal di Planet Lain.

Cuba Umat Islam buka kembali pemikiran.Di dalam AL-QURAN sudah dijelaskan mengenai Tanda-tanda Kiamat,dari Yang Kecil hingga yang Besar.Antara yang besar itu ialah Kemunculan Dajjal yang akan membawa kemusnahan Iman Umat Islam,Kemunculan Yakyuz dan Makyuz yang akan membinasakan,Haiwan bercakap dan lain-lain.

Saya ambil Contoh Dajjal.dajjal Mampu muncul di mana-mana tempat di Bumi ini dalam sekelip Mata.Tapi Dajjal hanya mampu Berada Di Bumi saja,sekiranya manusia ada yang menetap di Bulan,ada yang di Marikh,bagaimana Dajjal akan muncul disana?Begitu juga 2 tempat yang Dajjal tidak boleh masuki iaitu MADINAH dan Kota Mekah.Malah Nabi Isa akan Membunuh Dajjal juga disebuah Pekan bernama Pekan Lud di Tebing Barat Jerussalem.Semuanya berlaku di bumi ini.

Kedua Yakyuz dan Makyuz hanya muncul dibumi saja.bukankah ianya dikurung oleh Iskandar dan hanya akan muncul di akhir Zaman.Adakah Yakyuz dan Makyuz akan menaiki kapal angkasa ke planet lain yang diduduki manusia?

Fikir -fikir,apapun ini semua hanyalah Pendapat saja.Hanya ALLAH YANG MAHA ESA MENGETAHUI..

Sekian...






Wednesday, July 13, 2011

Berapakah Harga Satu Hembusan Nafas Anda?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis........

Berapakah Harga Satu Hembusan Nafas Anda?

Salam Semua......

Mood pun datang,Ilham mencurah-mencurah,Lantas jari jemari ini pantas menyiapkan Warkah untuk menilai Berapakah Harga Satu Hembusan Nafas anda.

Soalan saya Berapakah Harga Satu Hembusan Nafas Anda.Pasti Ramai yang menjawab ianya tiada Nilai yang Boleh Diletakkan.Jadi Mengapakah DIPERSIAKAN satu HEMBUSAN nafas?

Biarlah saya bercerita tentang Seorang Jutawan yang sedang berhadapan dengan Malaikat Maut.Saat Malaikat Maut ingin mencabut Nyawanya,dia pun bertanya kepada Malaikat Maut berapakah Harga Untuknya menghembuskan Satu Hembusan Nafas?Malaikat Maut pun Menjawab Jika Satu Hembusan Nafas itu bernilai Seluruh Dunia ini(bumi ini beserta kandungannya sekali),jika Jutawan itu Mampu,maka tetaplah Nilainya Satu Hembusan Nafas itu Satu Dunia ini.Selepas itu,Matilah ia kerana Nafas Yang Kedua berharga Dunia ini juga.

Terlalu Mahal dan tidak Munasabah Bukan,Jadi Mengapakah Mempersiakan Lagi SATU HEMBUSAN nafas Lagi?

Jadi Berapakah Nilai Satu Hembusan Nafas Anda?

Suka,Sebarkanlah,bukankah menyebarkan yang baik juga satu Pahala?



Thursday, June 30, 2011

Bila OKU menulis mengenai Pendidikan dan Kerjaya

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis.......





Salam semua.....Pernahkah anda memiliki Kawan OKU?Dalam kebanyakannya hampir tiada,sekiranya ada pun hanyalah sedikit.OKU,adalah Insan Istimewa.Istimewanya mereka ialah Cabaran yang dihadapi lebih Besar dari Insan Normal.

Terdapat pelbagai Jenis Kecacatan yang melayakkan sesorang Insan itu mendapat Status OKU.Walaupun dimasa Sekarang,Kerajaan telah mengadakan serta memverikan banyak bantuan dan Insentif untuk OKU berdikari,namun semuanya SIA-SIA saja sekiranya Insan Normal yang Lain memandang Serong kepada Kemampuan golongan OKU.

Secebis Kisah dari Seorang OKU...Mengalami kecacatan Pendengaran yang Teruk pada kedua-dua Belah Telinganya.Untuk membolehkannya mendengar,ianya memakai alat Bantu Pendengaran.Namun,Alat Bantu Pendengaran itu hanya membantunya Sedikit Saja.

Sejak Kecil sehinga Dewasa,ianya bersekolah Disekolah Biasa,bercampur Gaul dengan Pelajar Normal yang Lain.Cabaran Yang diterima amat Besar,Diejek Pekak,Bodoh serta Lembap kerana lambat mengikuti Pelajaran adalah Makanan Sehariannya.Disisihkan Rakan serta Dibuli rakan yang Lain juga menjadi Permainannya.OKU ini tidak Pernah berjumpa Dengan Mereka yang Senasib dengannya.Namun OKU ini belajar Sendiri diRumah.Pada saat Orang Lain Lena Diulit Mimpi,OKU ini bangun seawal pukul 3 pagi untuk Menelaah Pelajaran.Inilah yang Menjadi Rutinnya.Berkat Usaha yang Gigih,OKU ini berjaya Mendapat 5A didalam SPM.

Setelah meningalkan Bangku Sekolah,Oku ini melanjutkan Pelajaran Ke Politeknik Johor Bahru didalam Bidang Pengurusan Hotel dan Katering.Disini,Ianya ditempatkan Bersama-sama dengan Pelajar Khas yang Lain.Saat inilah ianya mula bersua dengan mereka yang senasib dengannya.Namun yang pelik,Walaupun senasib,OKU ini seperti KERA SUMBANG dikalangan mereka ini.Ini kerana OKU ini tidak tahu berbahasa Isyarat.Bayangkan bercakap Seperti Itik Bercakap Dengan Ayam.

Namun,Syukur kerana OKU ini bertemu dengan ramai Kawan yang sudi membantu.Insan seperti ABD.SUKOR,NORLIDA SHAZLIN,TZE HAN,AFRIZEO SERTA PIN banyak membantu OKU ini untuk menguasai Bahasa Isyarat.Walaupun bahasa Isyaratnya Sekarang ini Kurang,namun sekurangnya boleh juga berkomunikasi dengan OKU yang Lain.

Bersambung ke bahagian Kedua......



Tuesday, May 3, 2011

Osama Bukan Dalang 911

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis....

Sekadar untuk menulis mengenai Sesuatu Peristiwa yang membawa kepada permusuhan diantara Kristian dan Islam.Peristiwa Ground Zero dan 911.Ramai diantara generasi Muda yang tidak mengetahui mengenai peristiwa ini.

Pada 9 September 2 buah Kapal Terbang telah menghempas Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia Amerika.Hempasan itu telah menyebabkan Kedua-Dua menara runtuh.Pakar yang mengkaji merasa Hairan bagaimana Bangunan yan dibina sebegitu Kukuh Boleh Runtuh.Jawapannya ialah Kerana Kabel yang menyaluti Keluli pada kerangka Bangunan itu tidak Tahan Kepanasan yang tinggi.Sementara Kapal Terbang yang menghempas itu membawa Bekalan Tangki Minyak Yang Penuh.Suhu Yang amat Tinggi berlaku didalam menar yan mana ianya mencairkan Keluli yang menjadi Teras Menara.

Keluli yang cair itu runtuh akhirnya sekaligus mewujudkan kesan runtuhan bertimpa.Berat Runtuhan diatas Bangunan yan tidak runtuh terlalu berat dan tidak dapat ditampung oleh Bangunan Bawahnya.Itulah yang membawa kepada Kemusnahan Pusat Dagangan Dunia Amerika ini.

Walaupun AL-Qaeda dibawah Pimpinan Osama Laden mengaku bertanggungjawab didalam serangan ini,namun ada banyak yang diragui.Malah bukti jelas yang menunjukkan pembabitan Kerajaan Amerika dan Yahudi yang menjadi Dalang Kejadian ini amat jelas.Diantara pada hari Biasa,terdapat beribu Orang Yahudi didalam Bangunan itu untuk berurusan.Namun pada hari kejadian,jumlahnya amat sedikit,malah Pekerja Yahudi yang bekerja didalam Bangunan itu hampir kesemuanya tidak Hadir bekerja.

Kedua,Osama adalah Sekutu AMERIKA satu masa Dahulu.Semasa Afghanistan diJAJAH Rusia,Al-Qaeda muncul sebagai kumpulan Pembebasan Bawah Tanah.Amerika yang melatih serta membekalkan Senjata dan Segalanya kepada Kmpulan ini untuk melawan Rusia.Selepas Rusia Beundur,Amerika ingin Berkuasa Di Afghanistan(Ini kerana Afghanistan MEMILIKI SIMPANAN MINYAK YANG BANYAK),juga kerana ianya berdekatan ISRAEL yang membolehkan Amerika mengawal Iran dan Iraq.Namun Al-Qaeda dibawah Pimpinan Osama menolak,sekaligus menjadi Kumpulan Radikal.Mereka menjadi Radikal kerana Amerika telah mengistiharkan Al-Qaeda sebagai Penganas dan mesti DI Tangkap HIDUP ATAU MATI....

Cuba fikirkan sekiranya anda adalah Ahli AL-Qaeda,diistiharkan Penganas,tiada tempat untuk anda mempertahankan Kebenaran,apa yang akan dibuat.Jawapannya anda sendiri yang harus mempertahankan Nyawa anda.Inilah yang terjadi didlm Al-Qaeda....

Ada banyak lagi Fakta,namun sudah lupa.Aper pun janganlah percaya dengan Amerika kerana mereka hanya BERTOPENGKAN KEBENARAN,namun RUPA SEBENARNYA IALAH SYAITAN.

Thursday, April 14, 2011

TIPU-Syurga di bawah Telapak Kaki Ibu......

Secangkir Tinta Seluas Pandangan........



TIPU........PENIPU.....Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu adalah Bohong.....Saat ini aku bersendirian.Diriku tidak terurus,kusut Masai bak Pengemis di Tepi Jalan....Langsung tidak padan dengan Statusku sebagai Wakil Rakyat di Bandar Terkaya Di Negara ini.....

Ibu......Mengapa dikau bersusah payah membesarkan Diriku ini......

Ibu......Mengapa dikau tidak Marah akan Diriku Ini.......

Ibu......Mengapa dikau masih sanggup memaafkan Diriku.......

Aku anak yang Derhaka.Aku adalah Si Tanggang Moden yang Melupakan Jasa Ibu yang Melahirkan....Akulah Si Syaitan dan Iblis Dunia yang Terkutuk yang sanggup meninggalkan Ibu sendiri Di Tepi Jalan bak Sampah yang Terbuang.......Akulah Juga yang memekakkan Telinga apabila Ibu Merayu jangan Ditinggalkan di Tepi Jalan......Anak apakah aku ini........


Tipu,Tipu semuanya Tipu,Iya aku yang menipu Diri sendiri,Menafikan Kebenaran Ayat itu.Iye,aku yang Berdusta,yang membutakan Mata,menulikan Telinga dan Membisukan Lidahku..........Lihatlah Diriku sekarang........


Kerjayaku sebagai Wakil Rakyat Musnah angkara Surat Khabar yang memaparkan Kejahatanku kepada Ibu Sendiri,Isteri dan Anakku menyisihkan diri daripada ku kerana Jijik dengan Perbuatanku,Iya aku yang Bersalah kerana Berdusta kepada mereka.Aku yang berdusta mengatakan menghantar Ibu Ke Kampung kerana Ibu mahu berada disana........Salahku semua ini......


Benarlah bak kata Pepatah,Seorang Ibu mampu menjaga 10,malah 100 anak,Namun 10 hatta 100 anak pun tidak mampu menjaga Ibu Seorang...............



Ingatlah Balasan Anak yang menderhaka kepada Ibunya iaitu
  1. Rezekinya tidak diberkati
  2. Amal jariahnya walaupun sebesar Gunung setinggi Langit tidak diterima Allah
  3. Di pendekkan Umurnya Didunia ini
  4. Tidak dimasukkan ia kedalam Syurga selagi tidak diampunkan Dosanya oleh Ibunya...
  5. Matinya penuh dengan Azab seksaan yang selayaknya.....

Pinjam Gambar dari ILUVISLAM

Wednesday, April 13, 2011

Tidakkan Hilang Melayu Didunia-Hang Tuah....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis......

Tidakkan Hilang Melayu diDunia.....Kata-kata Keramat Hang Tuah ini mungkin akan berkubur untuk selamanya....Bayangkan sekiranya Hang Tuah Masih Hidup lagi atau Dibawa Oleh Pengembara Masa untuk melihat Kehidupan kita sekarang.

Pasti Hang Tuah akan mengeleng-eleng kepala.Melihat gejala Sosial generasi Muda seperti HOMEMADE VIDEO SENDIRI oleh orang Melayu sendiri,Pembuangan Bayi,Perpecahan diantara Masyarakat Melayu serta Keruntuhan Akhlak.

Tentu Hang Tuah akan berfikir sedalam-dalamnya kata Keramatnya.Mungkin Hang Tuah akan menyatakan,Biarlah Melayu Hilang DiDunia,daripada Diseksa Di Akhirat kelak.......

Tuesday, April 12, 2011

Maafkan Diriku AYAH.......

Secangkir Tinta Menulis,,,,,,,,,



Maafkan saya Ayah.Saat ini air mata mengalir Deras.Bagaikan Sebuah Empangan yang Rebah,mengalir Deras tidak tertahan......


Dihadapan,Ayah yang dikasihi terlantar Kaku tidak bernyawa.Terasa Sejuk seperti Air Batu Tubuh ayah yang ku rangkul itu.Saat ini segala Dosaku dan kesilapan perbuatanku pada Ayah bermain-main di kotak Fikiran.......


Aku masih ingat lagi semasa ku Kecil,Ku amat Nakal.Satu Hari aku mencabut serta merosakkan Alat Bantu Pendengaran Ayahku.Ayahku Kurang Pendengaran.Alat Bantu itulah yang banyak membantu Ayah didalam Kehidupannya.Ayah tidak mampu untuk membeli baru,apatah lagi Alat Bantu itu adalah Sumbangan Kerajaan.Ayah tidak mahu meminta lagi.Saat itu tiada lagi Bunyi yang mampu Ayah dengari.Namun Ayah tidak pernah marah padaku...........




Semasaku bersekolah Rendah,Aku selalu Marah pada Ayah.Sejak kematian Ibu,Ayah amat jarang berada Dirumah.Ayah banyak menghabiskan masanya untuk bekerja.Saat itu aku tidak memahami,mengapa Ayah bekerja begitu Keras.Selalu aku memberontak dan merajuk pada Ayah.Namun ayah tidak marah,malah amat Penyabar memujukku.Maafkan aku Ayah,saat Dewasa baru ku fahami mengapa Ayah bekerja begitu keras.Semuanya demiku.Ayah tidak mahu aku mengikuti jejak langkahnya yang buta huruf dan tidak berpelajaran.Ayah mahu aku berjaya didalam Hidupku.Betapa besarnya salah fahamku padamu Ayah....

Semasa Melanjutkan pelajaran di Universiti,Aku bergaul dengan Pelajar Yang Jahat.Bersama-sama mereka,Aku serin keluar melepak,meminum minuman keras.Semuanya memerlukan Duit.Demi mengejar keseronokan,aku menipu ayah mengatakan perlukan Wang untuk belajar.Sering aku Memaksa ayah memberikan ku wang atas Alasan PELAJARAN.Namun ayah tidak pernah Menolak,malah berjanji akan mencari wang itu........


Satu Hari semasa aku pulang bercuti semester,aku terserempak dengan Ayah yang mengutip Tin serta Kadbod terbuang di tempat pembuangan sampah..Ayah tidak nampak Diriku.Keadaan ayah amat menyedihkan,ayah sangup meredah kekotoran yang MENGELIKAN,semata-mata untuk Mendapatkan WANG untukku atas Alasan PELAJARANKU.....Saat itu aku berjanji tidak akan menghampakan Ayah serta berubah sikap...................


Kini aku telah berjaya menjadi seorang Arkitek terkemuka Negara.Ciptaanku serta Hasil sentuhanku berada dimana-mana.Lihatlah Menara Ratna,Masjid Mutiara yang mengagumkan,segalanya dari Sentuhan Magisku.Namun ku Hanyut lagi.Kali ini ku Hanyut pada KEKAYAAN,GLAMOUR DAN MARUAH.Demi semua ini,ku sangup membuang Ayah.Tidak pernah aku membalas panggilannya,mahupun melawatnya setelah berjaya.Tinggallah ayah keseorangan dirumah.

10 Tahun dah berlalu,10 tahun juga ku tidak melawat ayah.Satu hari aku mendapat panggilan menyatakan AYAH SUDAH PERGI....Saat itu hancur luluh jantungku.Dunia ini seakan sunyi.......Yang ada hanya ingatanku pada Ayah.......


Ayah,Pakcik Amid telah menyampaikan pesan Terakhir Ayah padaku.Ayah memaafkan segala Kesalahanku.Ayah,Anakmu ini telah membuat Kesalahan Besar Ayah,Anakmu ini tidak Layak menjadi Anak,mengapa Ayah masih Sanggup memaafkan kesalahan Anakmu ini.Biarlah Diri ini dimamah API NERAKA dan DISEKSA PENJAGA KUBUR,Mengapa Ayah masih MENGAMBIL BERAT DIRI INI.....JAWAPANNYA IALAH KASIH SAYANG........

Kini segalanya telah terlambat......tiada gunanya menyesal.Saat ini Harta yan Melimpah Ruah,Maruah serta Martabat yang Tinggi tidak akan mengembalikan AYAH padaku........................

Nasihatku pada teman-temanku.....Hargailah ORANG TUA ANDA.WALAUPUN BETAPA BESAR DOSA ANDA PADA MEREKA,MEREKA MASIH SANGUP MEMAAFKAN ANDA.........


Thursday, April 7, 2011

Telur Ayam Yang Anda Masak Halalkah?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis......Mengupas persoalan Halal dan Haram.


Telur Ayam yang anda masak Halalkah?

Salam semua para pembaca.Secangkir Tinta Seluas Pandangan ingin mengupas persoalan yang dipandang remeh oleh Umat Islam sendiri.Tahukah anda mengenai Halal dan Haram Telur Ayam yang digunakan anda?


Telurku HARAM?

Umumnya Para Ulama sepakat mengatakan yang telur Ayam adalah HALAL untuk dimakan.Namun yang menjadikannya HARAM ialah Pengunaannya.Mengikut Islam,sebelum memasak tekur,Anda WAJIB membasuh KULITNYA.Walaupun kulitnya bersih berseri,namun ianya WAJIB dibasuh.Ini kerana Telur Ayam itu berasal dari Bontot Ayam.Sesuatu yang keluar dari Bontot Ayam adalah Haram sekiranya ianya tidak dibasuh terlebih dahulu.

Akan tetapi,Bukahkah kulit telur Ayam yang anda beli itu Bersih berseri,Maknanya ianya telah Dibasuh dan disucikan?SALAH sekiranya anda mengangap demikian?Ini kerana apabila telur itu dipungut,ianya hanya dikikis kekotoran yang terdapat pada telur saja.Telur itu tidak BOLEH DIBASUH kerana Liang-liang udara pada Telur telah terbuka.Jadi sekiranya telur dibasuh,maka Air akan Menyerap masuk dan merosakkan Telur itu.


Yang kedua ialah Telur yang dipecahkan,terdapat Sedikit Darah didalamnya.Didalam Islam,jika terdapat Darah,maka ianya HARAM dimakan.Namun untuk mengelakkan pembaziran,Darah itu boleh dibuang sekiranya SEDIKIT.Namun adalah lebih baik sekiranya anda berasa Ragu-Ragu mengenai Darah didalam Telur,Bolehlah dibuang saja telur itu.Ini kerana anda merasa WAS-WAS.


Jadi,diharap penulisan saya ini dapat menyedarkan umat Islam yang MUNGKIN TIDAK MENGETAHUI cara pengunaan Telur Ayam dengan Betul.Sekian....

Friday, March 4, 2011

Melihat Keajaiban Jumaat Hari Ini......

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis.......

Melihat Keajaiban Jumaat

Salam semua.Hari ini saya telah menyaksikan Kebesaran Allah.Hari ini adalah Hari yang berkat,Penghulu semua Hari.Pada hari ini diwajibkan umat Islam untuk menunaikan Solat Jumaat.

Saya telah menunaikan Solat Jumaat Hari ini.Semasa Pergi,Hari aak Panas,langit pun Cerah.Semasa berada didalm,oran agak Ramai.Saya telah melihat keajaiban Pertama.Walaupun orang ramai sehinga tiada ruang untuk yang lain masuk(jika dilihat)namun saya perhatikan sesiapa saja yan masuk pasti akan mendapat ruan.Inilah kebesaran Allah.Sesiapa yang Ikhlas datang bertamu dirumahnya,Pasti akan Mendapat Tempat.

Kebesaran kedua yang saya Lihat ialah semasa sembahyag,hujan pun turun.Terasa bimbang pula jika balik nanti pasti kan basah.Namun sebaik saja habis Solat,Hujan berhenti.Langit bagaikan ditahan untuk seketika supaya umat Islam yang menunaikan Solat Jumaat dapat balik dalam keadaan Kering.Maha Suci Allah Yang Maha Besar.......


Maka janganlah Kita MISS dalam solat  Jumaat kerana ianya amat banyak Kebaikan.....

Tuesday, March 1, 2011

Duit,Duit oh Duit.....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis......


Duit,Duit Ohh Duit.....

Salam semua.Adakah diantara Saudara mengalami masalah Duit.Disini saya inin kongsikan Satu cara yang saya selalu Praktikkan apabila mengalami kesempitan Duit.Cara ini memang amat berkesan.

Maaf,Ini bukan Entri tentang untuk cepat kaya ataupun Program Tarik Duit.Saya menulis Petua ini keraan ianya amat berkesan sekiranya mengalami masalah kesempitan Wang.Bagaimanakah caranya.Caranya ialah dengan bersedekah.


Saya percaya daan Yakin bahawa Sekiranya saya Ikhlas bersedekah,tidak lokek pada Rezeki yang diberi Allah,maka Rezeki saya akan murah.Pernahkah anda berhasrat menyimpan wang,Namun ada saja halangan yang melanda.Inilah puncanya mengapa selalu terdapat Halangan.Puncanya anda tidak bersedekah.

Jika anda Lokek untuk bersedekah hatta seringgit pun,sedankan rezeki itu kurniaan Allah,Macamana pula Allah nak menambah Rezekimu?Fikirkan saudara sekelian.....

Motto Secangkir Tinta Seluas Pandangan ialah Dalam Bisnes ada untung rugi,namun didalam Jalan Allah Tiada Rugi,Hanya Untung saja Balasannya.....

Monday, February 28, 2011

Quran Untuk Dimakan?

Secangkir Tinta Seluas Tinta Menulis.....


Quran Untuk Dimakan?

Salam semua.Terkejutkah anda mengenai Tajuk Ini.Memang benar wujudnya Quran untuk Dimakan.Di Arab Saudi,telah munculnya Satu trend untuk mencetak Ayat Al-Quran pada kek.Quran Kek ini mendapat sambutan dari pada Para Ibu Bapa dan sekolah Tahfiz sebagai Hadiah dan Semangat kerana berjaya menghafaz Al-Quran.

Bagi Pihak Ibu Bapa ini,cetakan Ayat Al-Quran ini lebih islamik dan bermakna daripada gambar kartun dan objek Alam yang biasa terdapat pada kek.Dari sini,Trend ini semakin merebak dan Bertambah teruk apabila Quran Kek ini mula mendapat sambutan pada majlis Perkahwinan,Kesyukuran dan Pelbagai Lagi.

Kerana Ini,Syeik Abdul Aziz Alu Syeikh,Mufti Besar Arab Saudi mengeluarkan Fatwa melarang ayat Al-Quran dicetk dan digunakan pada Kek.Perbuatan itu seperti mempersendakan dan Menghina Al-Quran.

Kata Mufti ini,

Menghormati Al-Quran ialah dengan Membacanya,Menghafalnya,Mendengarkan Bacaannya dan Melaksanakan Ajaran Yang disampaikan dari Ayat Al-Quran,Bukan memakannya.

Salah satu Quran Kek
Pinjam Gambar Google


P/S Sumber Rujukan daripada Majalah Al-Islam Keluaran Mac 2011.Dapatkan segera dipasaran.Padat dengan Informasi mengenai Islam

Friday, February 25, 2011

Kenapa EMAS tidak Sesuai Sebagai Matawang?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis....


Kenapa Emas tidak sesuai sebagai matawang?



Salam semua.Ramai yang mengetahu mengenai pelaburan emas.Emas sejak dahulu sehingalah sekarang nilainya tetap stabil.Jika berlaku penurunan pun,ianya langsung tidak menjejaskan.Ini kerana Emas tidak disandarkan kepada matawang,jadi ianya tidak terikat dan bebas untuk diapungkan harganya.Malah
kerana Emas tidak dapat Dicipta berbanding Duit kertas,ianya menjadi jauh lebih stabil.

Baru-baru ini,heboh mengenai pelaburan emas.Malah ramai yang mencadangkan emas dijadikan matawang yang baru.Pakar ekonomi juga ramai yang bersetuju.Namun saya tidak bersetuju Emas dijadikan Matawang.Alasan saya bersebab.Saya sebenarnya menyokong Emas sebagai matawang,tetapi sebelum Emas dijadikan Matawang,saya mahu semua SISITEM KAPITALIS,BANK-BANK YANG MENGAMALKAN RIBA dihapuskan dan digantikan dengan Sistem Kewangan ISLAM.Apa gunanya menukar Matawang sekiranya Riba serta Sistem Kapitalis masih diamalkan,malah ianya hanya akan menghancurkan Nilai Matawang itu saja.


Sebagai Contoh pinjaman Perumahan.Semua sedia maklum sekiranya anda meminjam Wang dari Bank untuk membeli Rumah,nilai bayaran balik sama dengan harga Rumah itu.Itu bermakna sekiranya anda meminjam RM100K,Anda terpaksa membayar RM200K.Inilah sistem Riba.Jadi sekiranya kita menukar Matawang kepada Emas,Maka Emas yang harus dibayar sudah tentulah Jauh lebih banyak bukan?


Kesimpulannya,Emas sesuai dijadikan Matawang,namun Segala Sistem Kapitalis serta Riba haruslah dihapuskan Dahulu.....

Monday, February 21, 2011

Apa yan lebih Mahal dari Emas permata dimasa depan........

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis....


Dimasa depan.apa yang lebih MAHAL dari Intan Permata?Jawapannya ialah MAKANAN.Cuba dilihat zaman kita sekarang.Kenaikan Harga barang makanan memang tidak dapat dielakkan.Kemarau yang berpanjangan,Banjir serta Bencana Alam memusnahkan Tanah Pertanian serta Penternakan.

Bayangkan suntuk menanam Padi memakan masa 6bulan,namun musnah dlm Banjir Sehari Dua.Jadi Kekurangan Bekalan Makanan dimasa depan akan semakin Meruncing.Ditambah dengan Peningkatan Mendadak Penduduk Dunia,Kebuluran akan melanda negara Pengeluar makanan yang terbesar,namun Miskin seperti India,Pakistan serta Afrika.

Ringkasnya Dimasa Depan,Intan Berlian tidak berguna.Makanan telah menjadi terlalu Mahal dan Amat berharga untuk Dibazirkan......

Asam Didarat,Garam di Laut.....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis....Jari jemari menari perlahan.......


Sedikit Nasihat Untukku Teman.....

Asam Di Darat,Garam di Laut,akhirnnya bertemu jua didalam Kuali.Namun perlunya Nisbah yang Serasi Diantaranya.Terlebih Asam,Menjadi Masam,Terlebih Garam,Menjadi Masin.

Begitu juga dengan Rencah Hidup berpasangan.Ada Jodoh pun,walaupun bersama,Tidak semestinya Bahagia.Jodoh hanya Mempertemukan dan Mengikat.Soal Kenahagian,Diri Sendiri dan Pasangan yang menentukan.Jika tubuh terluka,mampu disembuhkan,namun jika Hati yang Terluka,Hanya masa Rawatannya...


Ajal dan Maut Di Tangan Tuhan.Namun Soal Perpisahan Jodoh,Kebanyakan Bukan kerana Takdir.Segalanya Berpunca dari Keserasian dan Tolenrasi Bersama.........


Nukilan Dariku...ILMUWAN INTERNET..untukmu TEMAN....



Selamat Tinggal Kenangan....

Friday, February 18, 2011

Pergilah Sayang







Salam semua.Ini adalah sambungan dari Entri Cinta Sejati:Cinta Bodoh yang pernah diterbitkan beberapa Hari Lepas.Seorang Kawan telah mengambil keputusan Melepaskan Yang tersayangkan kepada Seorang Lelaki.Harapannya melihat Yang tersayang bahagia bersama Lelaki itu....

Akan tetapi,Kawan saya itu juga telah bersumpah tidak mahu bercinta lagi.Saya sebagai seorang rakan puas menasihatinya namun ditolaknya.Inilah Jawapannya daripada Seorang yang mengerti Erti Cinta yang sebenar....

"Melepaskannya Lebih sukar dari yang dijangka.Sakitnya bukan kepalang,hanya Mati Jawapannya.Aku pernah berjanji padanya dulu bahawa Hatiku Miliknya.Kini wanita yang kusayang itu,yang ku rindui itu bukan wanita yang ku kenali dan ku rindui dulu.Dirinya telah Mati.Maka separuh hatiku juga Telahpun terkubur.Bagaimana diriku ini hendak menyintai org lain.Tidak adil untukku memberikan hanya Separuh Hatiku saja."


Untuk apa bersatu sekiranya tidak akan Bahgia,Untuk apa berkahwin jika akan Bercerai,Untuk apa menyintai dan setia jika akan Putus.Dunia ini Fana.Bersendirian seorang diri tidak bermakna Hidup ini akan Kosong....Keluarga dan Teman-teman rapat akan mengisi kekosongan itu....Insyaaalah.

Wednesday, February 16, 2011

Revolusi di semenanjung Arab tanda kemusnahan Israel?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis....Menulis sekadar menambah pengetahuan...


Revolusi DiSemenanjung Arab:Tanda kemusnahan Israel?

Salam semua.Sekarang ini kerajaan Diktator Yang Dipimpin Oleh Husni Mubarak telah pun tumbang.Sekarang Revolusi sedang merebak di Tunisia,serta Negara Arab yang lain.Negara seperti Arab Saudi dengan Pantas mengumumkan pelbagai Inisiatif seperti kenaikan Gaji kepada kakitangannya.

Namun,benarkah Kebangkitan Revolusi Di semenanjung Arab ini tanda kemusnahan Israel.Telah tertulis bahawa terdapat 3 tanda kemusnahan dan kebangkitan Israel iaitu pertama semasa pimpinan Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W,Baitulmuqaddis jatuh dibawah tentera Islam.Kedua Kebangkitan Israel iaitu Penubuhan Negara Israel yang berdaulat.Semua mengetahuinya iaitu Selepas Perang Dunia Ke2,Negara Israel telah diiktiraf sehingga kini.

Yang Ketiga dan Terakhir ialah Kemusnahan Negara Israel.Terdapat Satu tentera yang amat kuat dapat memusnahkan seluruh negara Israel.Negara itu terletak disemenangjung Arab.Jadi benarkah Revolusi Disemenanjung Arab tanda kemusnahan Israel?Hosni Mubarak adalah sekutu Israel,begitu juga dengan beberapa Negara Arab lain yang walaupun tidak menyokong Israel tetapi mengiktiraf Israel.


Israel pasti Musnah.Cuma tidak diketahui bilakah ianya akan berlaku...Janji ALLAH YANG MAHA BERKUASA AMAT NYATA......YANG DITINDAS AKAN MENDAPAT KEADILANNYA....



Hosni Mubarak-Diktator serta Sekutu Israel

Cinta Sejati Cinta BODOH?

Secangkir Cinta Seluas Pandangan....Menulis berdasarkan Cerita Seorang Rakan.....


Seorang rakan saya baru-baru ini dilanda kesedihan.Sebagai seoran rakan yang mengambil berat,saya pun bertanya.Pada mulanya amat payah untuknya membuka Mulut,namun akhirnya segala yang terpendam terluah juga.

Cerita rakan,dirinya mengenali serta bercinta dengan seorang Gadis yang sebaya dengannya.Tahun ini genap 6 tahun percintaan mereka.Namun mahligai percintaan selama 6 tahun runtuh dalam masa beberapa bulan.Semuanya semata-mata si Buah Hati menemui seorang lelaki yang lain.

Diawal perkenalan buah hati dengan Lelaki itu,Telah wujud bibit-bibit kemesran.Si rakan dapat mengesan yang Cinta serta Mahligai terancam,lalu bertindak untuk mempertahankannya.Namun seperti Air Bah,begitu cepat Cinta berubah.Walaupun terluka,namun dilepaskan si Buah Hati kepada Lelaki itu...

Saya yang mendengar merasa terharu.Terfikir juga mengapa Lelaki ini Bodoh,melepaskan Si Buah Hati kepada Lelaki itu.Jawapannya pendek,namun mampu membuatkan kita berfikir......

"Cinta tidak bermakna bersatu.Cinta yang sebenar ialah melihat yang tersayang bahagia.Walaupun Diri sendiri terluka.Itulah Cinta yang sebenarnya....iaitu BELAJAR UNTUK MELEPASKAN........"

Berapa ramai yang pasangan yang memiliki jiwa seperti Lelaki Ini?Adakah Cinta anda benar-benar sejati......

Monday, February 14, 2011

AIR SEBAGAI PENYEMBUH PENYAKIT

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis.....Air sebagai penyembuh penyakit.....



Benarkah Air Boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit?Jawapannnya Boleh.Didalam Islam sendiri,Nabi Muhammad S.A.W banyak kali mengunakan air untuk menyembuhkan penyakit kaum muslimin.Malah Nabi Muhammad S.A.W juga pernah mengunakan air lebihan Wudhu nya untuk menyembuhkan penyakit.

Pernahkah anda melihat didalam Majlis bacaan Yasin,air diletakkan ditengah-tengahnya.Banyak kali juga bukan.Sebenarnya Air MAMPU MENDENGAR.Didalam Kajian yang dijalankan,didapati air yang didedahkan kepada bunyian yang merdu dan lembut,Molekulnya berubah menjadi Seperti Hablur Kristal yang Cantik.Manakala air yang didedahkan kepada Bunyi yang keras dan Teruk,Molekulnya menjadi Lebih teruk lagi.

Bacaan Yasin serta Ayat Al-Quran adalah termasuk didalam Bunyi yang merdu itu.Air juga adalah Ciptaan Allah.Sedangkan Manusia terpesona dengan kelunakan serta keindahan Bacaan Al-Quran,begitu Juga Air.Sebab itu apabila anda hendak meminum Air,Hendaklah mengucapkan Bismillahirahmannirahim,serta selawat kepada Junjungan kita Nabi Muhammad.Insyaaallah Air itu boleh menjadi penawar,jauh lebih baik dari Ubatan yang dicipta Manusia....

Sunday, February 13, 2011

KIAMAT-Yang Wajib dan Haram mengenainya.....

Secangkir Tinta Seluas pandangan Menulis....Menulis unntuk memberi Kesedaran kepada Umat Islam....

KIAMAT-Yang Wajib dan Haram mengenainya

Kiamat.Menyebut namanya pun sudah terasa gerun dihati.Itulah Hari Pembalasan,Hari Kemusnahan Alam ini.Yang bernyawa pasti mati..tiada yang kekal dialam Ini,Hanya ALLAH saja Yang Kekal.Namun dengan peredaran Masa,ramai yang terleka dan Lalai mengerjakan suruhan Allah.

WAJIB-Umat Islam wajib mempercayai Hari Kiamat.Ini termaktub didalam Rukun Iman.Rukun Iman berada didalam Kedudukan Nombor Lima.

HARAM-Hari Kiamat itu pasti akan berlaku.Namun bilakah ianya akan berlaku,tiada siapa yang tahu,hanya Allah Yang maha berkuasa.Namun sejak dahulu lagi sehingga sekarang,ramai yang cuba mengagak serta mengira bilakah Hari Kiamat akan berlaku.Inilah yang Haram dan boleh menjejaskan Akidah Umat Islam.Ditambah lagi dengan beberapa petanda kecil sebelum Hari Kiamat,membuat semakin ramai yang membuat andaian dan ramalan tersendiri.

Sebagai Contoh Hari Kiamat akan berlaku pada 2012 apabila bintang Nibula melanggar Bumi,berdasarkan kalender MAYA.Ada juga yang membuat andaian dan ramalan yang dengan bencana alam yang semakin kerap berlaku,hari kiamat akan berlaku selepas 40 tahun atau selepas beberapa ketika.

Para Nabi serta Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W juga apabila ditanya bilakah berlakunya Kiamat itu hanya menerangkan tanda-tandanya,namun bila diajukan bilakah ia?Maka Nabi Muhammad S.A.W hanya menjawab ajukan Soalan itu kepada Allah Yang Maha Kuasa,Tiada Manusia di dunia ini yang mengetahui bilakah ianya akan berlaku.Kiamat adalah kekuasaan Allah.

Mereka menanya kepadamu tentang Kiamat,Bilakah Terjadinya,.'Sesungguhnya pengetahuan tentang Kiamat itu adalah Disisi Rabb-KU,tidak seorang pun yang dapat menjelaskan Waktu  kedatangannya selain Dia.Kiamat itu amat Berat(huru-hara bagi Mahkluknya) yang dilangit dan di Bumi.Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba",mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu mengetahuinya.Katakanlah,"Sesunguhnyapengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah disisi Allah,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Surah Al-A"raf:187



Maka janganlah kita umat Islam terpedaya dengan ramalan tentang bilakah kiamat akan berlaku.Ianya akan merosakkan akidah Islam kita.Satu Soalan yang akan MENYEDARKAN anda,Sekiranya mereka yang Bijak itu dapat meramal bilakah Kiamat,DAPATKAH MEREKA MERAMAL HAYAT MEREKA,MATI MEREKA?Jawapannya TIDAK.Maka seberapa bijak mereka meramal Kiamat pun,Ajal mereka sendiri tidak dapat diramal.

Saturday, February 12, 2011

Valentine:HARAM namun TIDAK TELUS....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis....Agak lama menyepi.......Syukur kerana diberi sedikit kesempatan untuk menulis....


Valentine:Haram namun TIDAK TELUS

14 Febuari.Hari ini adalah hari yang amat dinantikan oleh semua pasangan kekasih mahupun Suami Isteri.Hari ini terkenal sebagai Hari Kasih Sayang.Sambutan ini bermula apabila seorang Paderi Kristian mati kerana Cintanya kepada Kekasihnya.Sejak itu,Valentine telah menjadi tradisi....

Di dalam Islam,Valentine ini Hukumnya Haram.Ini kerana Sambutan Valentine sebenarnya sebagai memperingati Peristiwa Paderi Kristian itu.Tentu semuanya sudah tahu bukan.Namun Setiap Tahun,walaupun larangan telah Dikeluarkan untuk melarang umat Islam menyambut Valentine,Ianya dipandang Remeh oleh Umat Islam sendiri.

Tiada gunanya Melarang sekiranya Jabatan Agama sendiri tidak telus.Lihatlah Dikaca tv anda,Di Surat Khabar malah dimana-mana Tempat Pasar Raya mahupun Restoren ,terdapat pelbagai Iklan yang mengalakkan umat Islam menyambutnya.Tidak terfikirkah Mereka ini?Dimanakah Ketelusan Jabatan Agama?

Thursday, January 27, 2011

Penyakit Penghapus Dosa-Kebenaran yang tersirat

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis........



Pernahkah anda mendengar ayat-ayat ini dari Rakan anda apabila diajukan Soalan mengenai Sakit mereka.Jawapan mereka ialah Penyakit ialah Penghapus Dosa.Tidak kira Sakit Ringan mahupun berat,ramai yang mengangap ianya sebagai satu bentuk untuk menghapuskan Dosa.

Memang benar sakit boleh menghapuskan Dosa.Namun fahamkah anda maksud tersirar disebaliknya?
Allah Maha Esa,Segala penyakit adalah darinya.Sedarkah anda bahawa Kesakitan itu adalah Tanda darinya supaya anda BERINGAT?Dahulu semasa sihat anda sibuk mencari Rezki dan melupakan tanggungjawab kepada Agama.Kini Allah berikan Kesakitan itu kepada Anda,supaya anda sedar kesilapan anda.Malangnya ramai yang terlupa dan terleka,Hanya apabila Sakit saja mereka akan segera beringat,apabila sembuh melupakan Allah.Inilah Golongan mereka yang rugi......

Mereka ini Golongan yang Rugi kerana Allah telah berulang Kali memberi tanda kepada mereka namun mereka sama ada menyedarinya atau sengaja tidak menyedarinya,lalu mengabaikannya......

Ingatlah anda 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara...
  1. Muda sebelum tua
  2. Sihat sebelum sakit
  3. Kaya sebelum miskin
  4. Senang sebelum susah
  5. Hidup sebelum mati
Beringatlah anda selalu....Walaupun anda pening kepala,itu tandanya Allah memberi peringatan kepada anda.Janganlah melupakan Peringatan itu.Kerana AJAL DAN MAUT DI TANGAN ALLAH.Penyakit yang merbahaya dan membawa maut juga boleh disembuhkan dengan Izin ALLAH,Begitu juga dengan penyakit yang ringan seperti demam,penining dan lain-lain,sekiranya ditakdirkan,maka dengan penyakit ringan itu ajal anda,maka tibalah ajal anda.......Beringatlah Saudaraku sekelian.....

Tuesday, January 11, 2011

Awas dengan Khurafat Moden pada blog!

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis......

Pernahkah Satu ketika dahulu anda mendapat mesej dari Sms,email mahupun Blog yang menyatakan sesuatu Ayat yang kononnya dipetik dari Al-Quran.Ayat ini diceritakan kebaikannya sekiranya disebarkan seperti mendapat kenaikan gaji,keuntungan yang melimpah luah.Sekiranya Engan disebarkan,maka bala akan menimpa mereka yang enggan.

Inilah yang menjadi persoalan serta perbincangan Tajuk saya Hari ini.Memang benar ramai yang pernah menerima ayat ini,tidak terkecuali saya dan rakan-raakan saya.Namun bersyukurlah kerana saya masih mampu berfikir bahawa ianya hanyalah DAKYAH.Malangnya masih ramai rakan saya yang mempercayainya dan menyebarkan ayat ini.


Maka diatas rasa kesedaraan ingin menyedarkan umat Islam,saya terpanggil untuk menulis mengenai perbuatan ini.Sedarkah anda bahawa Hanya Allah yang berhak menurunkan Bala itu.Katakan seorang Imam yang 24 jam hidupnya mengabdikan dirinya kepada Allah menerima Mesej itu,namun tidak mengendahkan,maka apakah Segala perbuatannya tidak BERMAKNA sekiranya diturunkan BALA oleh ALLAH kerana tidak menyebarkan ayat itu?Kedua katakan juga sekiranya ayat itu bermaksud KEBAIKAN UNTUK MENGINGATKAN,Mengapakah pula terdapatnya BALA?Sedangkan didunia ini,masih ramai yang berbuat MAKSIAT,serta Kejahatan,namun ALLAH masih memberi mereka Peluang untuk berubah,masih menyayangi mereka.

Untuk menguatkan lagi Hujjah saya,Firman ALLAH melalui Surah az-Zumar ayat 38 memberi peringatan yang bermaksud"Katakanlah(kepada Mereka),"Kalau demikian,bagaiman fikiran kamutentang yang kamu sembah melainkan daripada Allah itu,?Jika ALLAH hendak menimpakan aku dengan sesuatu bahaya,dapatkah mereka mengelakkan atau Menghapuskan bahayanya itu,atau Jika ALLAH hendak memberi Rahmat kepadaku,dapatkah mereka menahan Rahmatnya itu,?. Katakanlah Lagi,"Cukuplah bagiku,ALLAH(Yang menolong dan memeliharaku),kepadanya hendaknya berserah(bertawakal)orang-orang yang berserah Diri,".

Sedarlah Saudara-saudaraku.Janganlah ada diantara kamu yang mempercayai SMS,mahupun cerita itu.Adakah SMS,EMAIL mahupun Surat itu jauh lebih berkuasa daripada ALLAH?Apa gunanya kita berdoa setiap hari sekiranya dengan hanya satu sms yang disebarkan,kita akan mendapat kebaikan.Apa gunanya saha sekiranya dengan sms hidup kita berubah senang.

Malah didalam sms itu,langsung tiada tertulis dengan jelas ayat AL-QURAN mahupun cerita darimana ianya dipetik.Terus terang saya katakan,Saya telah mendapat banyak sms itu,namun semuanya tidak pernah saya Hiraukan.Adakah BALA telah menimpa saya kerana mengendahkan SMS itu.Jawapannya tidak SEKALI,SEBALIKNYA rezeki saya bertambah murah........ 


Semoga umat Islam mengunakan Akal Fikiran sendiri serta bersandarkan kepada AL-Quran,bukannya kepada Hati dan Perasaan (Takutkan BALA)......



Friday, January 7, 2011

MENEWASKAN ISRAEL DENGAN SEGELAS AIR....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis.......


Mampukah Israel ditewaskan dengan segelas Air?Air apakah yang sebegitu Ajaib sehingga boleh menumbangkan sebuah Negara?




air ajaib yang mampu menumbangkan israel





Memetik kata-kata Bekas Presiden Iran (Maaf sudah Lupa namanya) SEKIRANYA SEORANG UMAT ISLAM MENGAMBIL SEGELAS AIR,DAN MENYIMBAHNYA KE ISRAEL,IANYA TIDAK BERKESAN.NAMUN SEKIRANYA SELURUH UMAT ISLAM MENGAMBIL BAHAGIAN DIDALAM MENYIMBAH AIR,MAKA ISRAEL PASTI BAH.......

Renungkan Kata-kata ini...............

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails