Seorang rakan saya baru-baru ini dilanda kesedihan.Sebagai seoran rakan yang mengambil berat,saya pun bertanya.Pada mulanya amat payah untuknya membuka Mulut,namun akhirnya segala yang terpendam terluah juga.
Cerita rakan,dirinya mengenali serta bercinta dengan seorang Gadis yang sebaya dengannya.Tahun ini genap 6 tahun percintaan mereka.Namun mahligai percintaan selama 6 tahun runtuh dalam masa beberapa bulan.Semuanya semata-mata si Buah Hati menemui seorang lelaki yang lain.
Diawal perkenalan buah hati dengan Lelaki itu,Telah wujud bibit-bibit kemesran.Si rakan dapat mengesan yang Cinta serta Mahligai terancam,lalu bertindak untuk mempertahankannya.Namun seperti Air Bah,begitu cepat Cinta berubah.Walaupun terluka,namun dilepaskan si Buah Hati kepada Lelaki itu...
Saya yang mendengar merasa terharu.Terfikir juga mengapa Lelaki ini Bodoh,melepaskan Si Buah Hati kepada Lelaki itu.Jawapannya pendek,namun mampu membuatkan kita berfikir......
"Cinta tidak bermakna bersatu.Cinta yang sebenar ialah melihat yang tersayang bahagia.Walaupun Diri sendiri terluka.Itulah Cinta yang sebenarnya....iaitu BELAJAR UNTUK MELEPASKAN........"
Berapa ramai yang pasangan yang memiliki jiwa seperti Lelaki Ini?Adakah Cinta anda benar-benar sejati......
No comments:
Post a Comment