Mereka yang ku hargai

Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Duit,Duit oh Duit.....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis......


Duit,Duit Ohh Duit.....

Salam semua.Adakah diantara Saudara mengalami masalah Duit.Disini saya inin kongsikan Satu cara yang saya selalu Praktikkan apabila mengalami kesempitan Duit.Cara ini memang amat berkesan.

Maaf,Ini bukan Entri tentang untuk cepat kaya ataupun Program Tarik Duit.Saya menulis Petua ini keraan ianya amat berkesan sekiranya mengalami masalah kesempitan Wang.Bagaimanakah caranya.Caranya ialah dengan bersedekah.


Saya percaya daan Yakin bahawa Sekiranya saya Ikhlas bersedekah,tidak lokek pada Rezeki yang diberi Allah,maka Rezeki saya akan murah.Pernahkah anda berhasrat menyimpan wang,Namun ada saja halangan yang melanda.Inilah puncanya mengapa selalu terdapat Halangan.Puncanya anda tidak bersedekah.

Jika anda Lokek untuk bersedekah hatta seringgit pun,sedankan rezeki itu kurniaan Allah,Macamana pula Allah nak menambah Rezekimu?Fikirkan saudara sekelian.....

Motto Secangkir Tinta Seluas Pandangan ialah Dalam Bisnes ada untung rugi,namun didalam Jalan Allah Tiada Rugi,Hanya Untung saja Balasannya.....

Friday, February 25, 2011

Kenapa EMAS tidak Sesuai Sebagai Matawang?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis....


Kenapa Emas tidak sesuai sebagai matawang?



Salam semua.Ramai yang mengetahu mengenai pelaburan emas.Emas sejak dahulu sehingalah sekarang nilainya tetap stabil.Jika berlaku penurunan pun,ianya langsung tidak menjejaskan.Ini kerana Emas tidak disandarkan kepada matawang,jadi ianya tidak terikat dan bebas untuk diapungkan harganya.Malah
kerana Emas tidak dapat Dicipta berbanding Duit kertas,ianya menjadi jauh lebih stabil.

Baru-baru ini,heboh mengenai pelaburan emas.Malah ramai yang mencadangkan emas dijadikan matawang yang baru.Pakar ekonomi juga ramai yang bersetuju.Namun saya tidak bersetuju Emas dijadikan Matawang.Alasan saya bersebab.Saya sebenarnya menyokong Emas sebagai matawang,tetapi sebelum Emas dijadikan Matawang,saya mahu semua SISITEM KAPITALIS,BANK-BANK YANG MENGAMALKAN RIBA dihapuskan dan digantikan dengan Sistem Kewangan ISLAM.Apa gunanya menukar Matawang sekiranya Riba serta Sistem Kapitalis masih diamalkan,malah ianya hanya akan menghancurkan Nilai Matawang itu saja.


Sebagai Contoh pinjaman Perumahan.Semua sedia maklum sekiranya anda meminjam Wang dari Bank untuk membeli Rumah,nilai bayaran balik sama dengan harga Rumah itu.Itu bermakna sekiranya anda meminjam RM100K,Anda terpaksa membayar RM200K.Inilah sistem Riba.Jadi sekiranya kita menukar Matawang kepada Emas,Maka Emas yang harus dibayar sudah tentulah Jauh lebih banyak bukan?


Kesimpulannya,Emas sesuai dijadikan Matawang,namun Segala Sistem Kapitalis serta Riba haruslah dihapuskan Dahulu.....

Monday, December 13, 2010

Rupa Wang Akhir Zaman

Secangkir Tinta Seluas Pandangan....

Salam semua,apa khabar.Bagaimanakah Rupa Wang Di  Akhir Zaman Nanti...Dibawah saya selitkan Gambar,sekadar Pandangan..



Inilah rupanya Wang Akhir Zaman nanti 

Kenapa Pula Emas Menjadi Pilihan saya.Jawapannya Mudah,sejak Beribu tahun lagi,Emas menjadi Komoditi Berharga.Sejak sebelum terciptanya Wang Kertas yang kita gunakan,Emas telah menjadi sesuatu yang bernilai untuk dimiliki.Kerana itu,di Akhir Zaman,kemungkinan Inilah rupa Matawang kita.


Saya pernah membaca salah satu tanda kiamat,antaranya Dan apabila seseorang itu ingin memberikan zakat atau menyedekahkan Hartanya,(Emas) tiada siapun yang mahukannya.Jadi berkemungkinan Emas adalah Matawang Di Zaman itu.


Wang Kertas berganti rupanya,namun nilainya tetap sama saja,sedangkan emas Harganya sentiasa Naik.Ini kerana Wang kertas dicetak serta dibuat oleh manusia,malah kita yang memberinya nilai,katakan rm 5,ia hanya wang kertas saja,sekiranya kita meletakan nilai rm5 tu kepada Rm1,jadilah Rm 5 itu Rm 1.berbanding Emas,siapa yang tahu mencipta Emas,tiada siapa pun yang tahu bukan.Jadi Emas tidak boleh dicipta.


Kedua Wang kertas boleh dimusnahkan,malah sekiranya wang kertas anda koyak atau rosak dengan teruknya,adakah Bank atau sesiapa inginnya?Jawapannya tidak.Emas pula tidak boleh dimusnahkan,walaupun bersalut tahi,lumpur,kemek,calar atau rosak dengan teruknya,ia masih bernilai kerana boleh digilap serta diubah semula.

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails