Mereka yang ku hargai

Friday, October 29, 2010

Mencari Bidadari Syurga

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis.......


Mencari Bidadari Syurga.

Hati ini sudah patah dengan Bidadari Dunia.Walaupun cantik serta mempersonakan,namun terlalu besar dugaan serta cubaan untuk memiliki Bidadari Dunia ini.Setinggi Everest,Lagi Tinggi Kasihku kepadanya,namun sekali air bah,sekali pantai berubah........Ku kini Mencari Bidadari Syurga yang sejati dan Abadi...Semoga dipertemukan dengannya Ya Allah......(ilmuwan internet)


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Tuesday, October 26, 2010

Jangan Bermimpi nak Ke Piala Dunia Malaysiaku....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis......


Mimpi dan Angan-angan.........Mampukah Malaysiaku ini layak ke Piala Dunia satu Hari nanti.....Jawapannya mungkin tidak..

5 Sebab mengapa Malaysia tidak akan ke Piala Dunia:
  1. Mutu permainan Pemain Malaysia amat jauh dari pemain asing yang lain.Sebagai contoh,Kawalan Bola.Kawalan bola amat penting untuk memastikan kemenangan.Ada masanya kita perlu tahu masa untuk menyimpan atau melepaskan bola,namun dengan skil permainan Malaysia,Pemain harus lebih banyak menyimpan Bola.Ini kerana Kemahiran Hantaran mereka serta kebolehan merampas bola di udara amatlah mengecewakan.Penguasaan Bola Pasukan Malaysia masih lemah,Pasukan lawan amat mudah merampas bola sekaligus menjaringkan gol.Pertahanan Malaysia juga janganlah gentar untuk berdepan dengan Penyerang mereka,merampas bola dengan Apa juga cara(bukan jangan cara kotor ).Rantailah pergerakan lawan,pasti akan menyukarkan mereka menjaringkan gol.Hantaran juga perlulah tepat,ini kerana Hantaran Bola kita kurang tepat serta mudah dibaca dan dipintas lawan.Satu lagi ialah KELAJUAN.Penyerang serta pemain sayap kita haruslah memiliki kelajuan larian yang laju,lebih dari pertahanan lawan.Lihatlah Wayne Rooney,Michael Owen, Drogba serta Ronaldo,mereka memiliki kelajuan yang membolehkan mereka melepaskan diri dari kawalan pertahanan Lawan.
  2. Kelemahan pentadbiran Pasukan Negeri.Kelemahan ini amatlah ketara kerana selalu terpapang di Muka Suratkhabar mengenai isu kelewatan gaji serta Bonus,masalah Hutang yang tertunggak dan pelbagai lagi masalah yang lain.Alasan Persatuan bahawa Geran tahunan yang diperolehi dari Fam kecil dan terhad adalah tidak masuk akal.Persatuan harus bijak mencari sumber pendapatan yang lain,tidak bergantung saja kepada Fam.Mereka harus sedar bahawa bukan Tiada penaja yang ingin menaja mereka,namun pasukan mereka tidak bermutu serta kurangnya sambutan dari penonton.Penaja mahukan kejayaan didalam pasukan seperti   mendapat Sekurangnya Satu Piala,namun jika beraksi sekadar melepaskan batuk ditangga saja,usahlah bermimpi untuk mendapat Tajaan.
  3. Pemain sendiri.Anda harus meningkatkan prestasi permainan anda sendiri.Jika anda sudah berikan 100% usaha,berikan 120% usaha.Lihat serta contohi pasukan kerdil dari negara lain,Mereka jauh lebih rendah skil permainannya namun mampu juga mengikat kita apabila berlawan.Contohi juga kejayaan Pasukan Bola Sepak IRAQ,mereka pernah memenangi Piala Asia(Jika tidak silap) walaupun negara mereka berantakan.Mereka bermain kerana LAPARKAN KEMENANGAN,selagi belum sampai ke minit dan saat terakhir,selagi itu tidak akan menyerah.Ini tidak,setelah dibolosi 2,3 gol.semangat bermain terus pudar dan hilang.Usaha yang berterusan akan menghasilkan kejayaan.Penonton sebenarnya ingin melihat Pasukan Malaysia bermain dengan bermutu,walaupun kalah,kalahlah dengan bermaruah.Biarlah kalah 10 berbalas satu bila menentang Pasukan gergasi seperti Real Madrid atau Juara Piala Dunia,asalkan dapat mengegarkan Gwang lawan sekurangnya sekali..
  4. Eropah Lebih baik untuk pemain Malaysia menimba Ilmu.Buang pemikiran itu,Bukan Eropah saja memiliki Pemain yang terbaik,banyak lagi negara seperti Argentina,Brazil.Pernah saya membaca Satu keratan akhbar bahawa suasana Eropah yang sejuk Membolehkan Pemain berkembang dengan Lebih baik.Jika begitu,kenapa Brazil,yang iklimnya khatulistiwa sama panasnya dengan Malaysia mampu menjulang Piala Dunia serta melahirkan hampir 2,3 kali ganda pemain yang berkualiti.? Lihat juga kepada Negara Miskin seperti Afrika,Cameroon,Ghana,Ivory Coast.Mereka jauh lebih miskin dari negara kita yang kaya,malah bajet untuk Bola sepak Negara kita pun lebih besar dari Mereka,namun mereka mampu  melahirkan Pemain bertaraf Dunia seperti Didier Drogba,Michael Essien dan Lain-lain lagi.
  5. Penonton sendiri.Berikanlah sokongan,penuhilah stadium bila Pasukan Malaysia bermain.Janganlah diejek atau dibooooo bila Gawang Malaysia dibolosi.Serulah serta Laungkan Kata Malaysia Boleh,Semangat pemain pasti akan meningkat.Itu yang penting.Laungkan Malaysia Boleh,biarlah bergema diseluruh Sudut Stadium...

Friday, October 22, 2010

Menjadi kaya dengan RM1.

Secangkir Tinta Seluas Pandangan....

Di dalam saku anda,anda cuma ada RM1.Namun sekiranya anda bijak,Wang RM1 itu mampu menjadi RM2,seterusnya RM3 dan terus bertambah.........


Caranya,teramatlah mudah,BERSEDEKAH.


Sedekah,satu pemberian kita kepada seseorang dengan HATI yang IKHLAS,serta tidak mengharapkan BALASAN.Itulah sedekah yang dituntut.Namun,tahukah anda,bersedekah juga satu cara untuk menjadi kaya.....


Sudah janji Allah Yang Maha Esa,setiap yang disedekahkan dijalan yang diredhainya akan dibalas sekali ganda.Anda bersedekah RM1,di Akhirat Allah memberi anda RM2,Bila yang menerima sedekah itu,memanfaatkan Pemberian anda seperti membeli makanan untuk keluarga,Bertambah-tambah pelaburan anda.Dari RM2 menjadi RM3.Wah,tiada bank pun didunia ini yang sanggup menambah wang anda yang Seringgit itu berkali ganda.itulah kebesaran apabila bersedekah....

RM1 itu Didunia ini apalah yang mampu dibeli,namun diakhirat,RM1 akan membuatkan anda menjadi jutawan.Sedekahkanlah RM1 tabung Masjid,bukannya dikedai no Ekor ataupun membeli Rokok Sebatang.Apabila masjid mengunakan wang anda untuk membeli makanan bagi jamuan,sambutan Keagamaan seperti maulidur rasul,RM1 itu mungkin mampu mengenyangkan perut beberapa orang.Perut orang yang menerima pula berterima kasih kepada yang bersedekah,wah beruntungnya anda,berganda lagi RM1 anda.

Lihat sajalah bilionnaire Melayu malaysia.Semuanya menerapkan prinsip Harta yang ada bukanlah milik mereka.Walaupun mereka boleh memiliki Rumah sebesar Istana,Kereta Berjenama satu rumah,namun tidak sesekali mereka melupakan Kebesaran BERSEDEKAH.Sebab itulah mereka terus Kaya,dan kaya.Sedangkan bagi mereka yang Hatinya LOKEK untuk bersedekah dijalan kebaikan,namun bila dijalan KEBURUKAN,besarnya hatinya untuk bersedekah(seperti main no ekor,minum arak),mereka terus miskin,dan miskin....

Dahulu mereka juga miskin,bacalah cerita serta pengalaman mereka,malah ramai yang lebih susah dari anda.Sekurangnya anda tidak pernah rugi dala perniagaan,berhutang keliling pinggang,dikejar along dan pihak bank.Namun yang membuatkan mereka terus bangkit selain berusaha,ialah BERSEDEKAH.Jika semasa susah pun mereka masih lagi bersedekah,inikan pula anda yang senang.Tiada sSENANG sebelum SUSAH,Tiada KAYA sebelum MISKIN....


Jika anda masih tidak kaya didunia ini,di Akhirat anda akan menjadi jutawan...Usahlah mengharapkan SELIMUT Dunia yang luarnya cantik,namun didalam kotor dan busuk,Mengharaplah pada SELIMUT SYURGA, yang mana ianya satu nikmat yang berkekalan,,,,

Wednesday, October 20, 2010

Berblogging-Antara Realiti dan Fantasi.....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan berbicara........



Berblogging-Antara Realiti dan Fantasi...


Salam semua....Berblogging tidak dapat dipisahkan dari kehidupan blogger semua.Tanyalah apa itu blog,blogwalking,Nuffnang dari A sampai Z akan diterangkan.Namun wujudkah salah faham mengenai Berblogging ini.Adakah Penulis yang anda Kenali melalui Blognya ataupun yang meninggalkan komen yang bernas didalam Artikel anda,adalah orang yang sama diluar sana....


Trimas Encik Google kerana meminjam word ini


Sebagai contoh,Blog A dinamakan Cabaran Hidupku...Didalamnya terkandung senarai cabaran yang dilaluinya seperti kehidupannya,kepayahannya,kegembiraannya.Namun,adakah benar Kesemuanya Yang diperkatakanya....Ataupun adakah terselitnya sedikit Pembohongan...semata-mata untuk mendapatkan sesuatu yang dipanggil TRAFFIK.


Didalam blog,mungkin kita mengenali sebagai yang mesra,sering menyapa rakan-rakan,memberi komen yang bernas,Namun mungkin diluarnya dia seorang yang pendiam,memencilkan diri dan dianggap kera sumbang.Realiti dan Fantasi amat jauh bezanya..Berblogging hanyalah Fantasi,iaitu kita berjumpa,berkenalan serta membina silaturahim melalui Blogger.Tidak pernah kita bersua muka,bertanya khabar serta mengenali diri blogger yang lain.


Mungkin disatu masa kelak,kita berjalan-jalan dipasar raya,terserempak dengan rakan Blogger,berselisih bahu,namun tidak mengenalinya,sedangkan didalam Fantasi,kita AKRAB dengannya......Siapa tahu,namun tidak mustahil ianya akan berlaku jugakan....

Hanya Nuffnang yang menjadikan Fantasi berubah ke Realiti.Melalui program perjumpaan,rumah Terbuka,Majlis berbuka Puasa atau apa saja acara,Para Blogger yang hanya berchit chat di Innit dpt bertemu.Acapkali juga berlaku,persahabatan baru yang seBENAR-BENAR persahabatan terjalin.Namun,ada beratus Blogger diluar sana,malah ada berjuta laman Blog diMalaysia.Terima Kasih Nuffnang kerana menjadikan Fantasi ke Realiti..



Berbalik kepada pembaca,adakah anda berblogging hanyalah untuk Fantasi saja ataupun Realiti....

Tuesday, October 19, 2010

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH

oleh Muslim Thought pada pada 11hb Oktober 2010 pukul 6.59 pagi
BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat
rahmatNya..... =)

Sunday, October 17, 2010

Mencari MR/MRS Perfect?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan.......Idea datang menari-nari di kepala........

Mencari Mr/Mrs Perfect?


Benarkah wujudnya Mr/Mrs Perfect?Begitu susahkah mencari pasangan yang memahami diri.Apakah sudah mati mereka yang Sempurna sehingga yang wujud hanyalah mereka yang kurang Sempurna....


Bacalah sajak dibawah ini,semoga yang membaca memahami isi-isi yang tersirat didalamnya....


Tak Perlu mencari teman secantik Balqis,andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf,jika kasih tidak setulus Zulaikha,

Tidak perlu mencari teman seteguh Ibrahim,andai diritidak sekuat Hajar,

Dan mengapa didamba teman hidup sesempurna Rasullullah S.A.W,

Jika ada keburukan pada dirimu?

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,

Carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukur kerana dipertemukan dengannya,

Tetaplah berdoa pada Allah agar dia terus menjadi milikmu......


Semoga pembaca sendiri menafsirkan maksudnya.Saya sudah memberikan Pena,anda yang melakarnya.........



Bunga ros itu Indah menawan,namun adakah ada ianya memiliki pasangan yang sama sempurna....

Friday, October 15, 2010

Berbangga Dahulu,Menyesal kemudian......

Secangkir Tinta Seluas Pandangan......

Berbangga Dahulu,Menyesal kemudian..............

Salam semua.Hari ini,seperti biasa saya ke tempat kerja.Time pukul 1 petang, Saya bekerja syif petang.Semasa menunggang motor ke tempat kerja,jalan raya agak sibuk kerana waktu makan tengahari...Tiba-tiba muncullah seorang HERO yang berbangga dengan skill motornya.Apa tidaknya,Orang menunggang Motor dengan duduk,dia pula menunggang dengan berdiri sambil tayar Motor hadapan diangkat kedepan.Punyalah bangga HERO ini melihat semua pandangan melihat kearahnya........



Gambar Google-HERO sudah MARI....

Hebatkah anda kerana mampu melakukan aksi begitu?Apa faedahnya anda membuat aksi begitu?Adakah orang yang melihat akan bertepuk tangan,bersorak serta meminta Autograph anda?


Benar,anda akan mendapat autograph,namun bukan dari yang bernama MANUSIA,tetapi MALAIKAT MAUT yang bernama IZRAIL.Tahniah kerana mendapat Autograph ini..


Namun,bagi suku sakat manusia seperti ini,usahlah bersedih keranan tidak dapat Autograph ini,anda masih mendapat satu lagi Hadiah atau Award.Awardnya ialah BADUT JALANAN TERBAIK.Berbeza dengan badut disarkas,orang mentertawakan kerana ianya lucu,namun BADUT JALANAN,orang mentertawakan kerana anda BODOH...



Gambar Google-BADUT JALANAN



Darah muda memang susah dikawal.10 tahun lagi,dimasa anda semakin matang,mungkin juga sudah berumahtangga dan memiliki anak,disaat itu,terlihat HERO baru yang menampilkan aksi sama seperti anda dahulu,percayalah,anda pasti tersengih sambil mentertawakan diri anda.

Thursday, October 14, 2010

Blogger Baik vs Blogger jahat

Secangkir Tinta Seluas Pandangan berbicara...........



Blogger Baik menentang Blogger Jahat.

Benarkah wujudnya Blogger baik atau Blogger jahat.Benar,ianya wujud.Blogger baik ialah blogger yang mengunakan Blognya untuk tujuan berfaedah seperti menulis untuk berkongsi ilmu,mencari rakan baru serta meluaskan pandangan.Blogger jahat  pula ialah blogger yang menulis di blognya untuk menjatuhkan orang lain,memaparkan kandungan yang menghairahkan seperi porno bertujuan menarik Trafik.Namun terdapat satu persamaan Blog baik serta jahat ini iaitu sama-sama mencari pendapatan tambahan dengan berblogging.Setuju,kalau setuju angkat tangan murid-murid.....



Mencari rezki biarlah secara halal.Namun kerana mengejarkan keuntungan dunia,ramai Blogger yang berubah menjadi DEVIL atau syaitan Blogger.Perhatikan pertambahan laman Blog dari Malaysia yang mana ianya dimiliki oleh orang kita.Mereka ini mengHARUMkan nama negara dengan mencipta blog pornografi.Sekiranya anda tidak percaya,taip sajalah Melayu Bogel,Awek Melayu,lain-lain yang sebangsa dan senafas dengannya.Pati anda akan kagum melihat betapa kreatifnya blogger Syaitan ini memanipulasi video skodeng orang lain,atau gambar Wanita yang menghairahkan,yang mana ianya boleh dicopy dari internet,untuk mencari keuntungan.

Setujukah anda sekiranya saya mengatakan.........

SESUATU TEKNOLOGI ATAU KEMAJUAN SEPERTI BLOG,FACEBOOK ITU,JIKA BAIK PENGGUNANYA,BAIKLAH TEKNOLOGI ITU,BURUK PENGUNANYA,BURUKLAH IA.

Saturday, October 9, 2010

OKU VS NORMAL

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Berbicara.......

Tertarik dengan kehidupan seorang Insan yang mengalami masalah Pendengaran yang teruk,walaupun begitu masih mampu berkomunikasi seperti biasa Mengunakan alat Bantu Pendengaran sepanjang hayatnya......


OKU....Orang Kurang Upaya VS manusia Normal.Apakah keistimewaan  yang terdapat pada OKU sehingga mampu mengalahkan Orang Normal.Kalian sekalian,semua OKU Memiliki satu sikap yang tidak terdapat pada Orang Normal,iaitu KESABARAN.


Kesabaran insan OKU teramatlah tinggi.Walaupun dihina,dicaci serta dipandang rendah,masih mampu bersabar.Kerana bagi OKU,mereka tidak memiliki apa-apa pun ,malah serba kekuranganHanya kesabaran yang mereka miliki.Bukan permintaan mereka dijadikan begitu,malah kesemuanya impikan kehidupann yang Normal.Namun ujian Allah teramatlah besar..Setiap kejadian,ada rahmatnya......


Insan OKU amatlah malang didalam hidupnya.Mereka sering dinafikan hak mereka didalam mendapat pekerjaan.Walaupun kerajaan kita amat prihatin,namun bagi Pihak Swasta,mereka masih lagi teramat berat untuk memandang OKU.Apa bezanya Insan OKU dengan Manusia Normal.Sekali lagi kesabaran OKU teruji..........


OKU juga manusia biasa,perlukan kasih sayang serta perhatian.Mereka bukan INSAN YANG LEMAH,jangan sesekali mengatakan begitu.TIDAK.....mereka bukan insan yang lemah,namun keadaan serta takdir yang memaksa.....membuatkan OKU lemah.............



OKU engkaulah insan yang ku kagumi....berikanlah seribu cabaran,pasti akn dihadapi dengan seribu satu cara...Berbahagialah dikau OKU,setiap yang terjadi,ada hikmahnya....Di Akhirat kelak,pasti dirimu akan mendapat keadilan yang sebenar-benar adil..Mereka yang dahulunya mencaci serta memandang rendah dirimu pasti mendapat balasan kelak...



OKU,engkaulah Insan teristimewa yang pernah dilahirkan didunia ini.............Pasti mentari akan menyinar kehidupanmu satu hari kelak..............

Friday, October 8, 2010

Senjata Perang Akhir Zaman

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis.....



Satu ketika,ku pernah terbaca akan satu cerita mengenai hari kiamat.Umat islam berperang menentang mereka yang Kafir,Umat islam diketuai Nabi Isa dan Imam Mahdi,manakala mereka yang kafir diketuai Dajjal.Senjata berperang mereka adalah Pedang,tombak,lembing ,kuda serta peralatan tradisional yang lain.Adakah ianya benar atau rekaan saja.


Mungkinkah Busur ini seenjaya akhir Zaman




Kemanakah segala teknologi Moden yang kita Miliki seperti Senapang,Bom Atom,Kapal Perang...Adakah ianya Lenyap .......

mana perginya pesawat tercanggih ini?


Ada cerita yang aku baca,entah benar atau tidak,akan berlaku satu peristiwa yang mana sebelum kiamat,2/3 manusia pupus,segala teknologi moden rosak tidak dapat digunakan.Manusia kembali ke Zaman Batu.Adakah ianya benar?


Hanya sekadar Ingin tahu.......

Thursday, October 7, 2010

Bila Idea Datang......

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis,Jari Jemari menari,Seulas Bicara Pembuka kata.......


Kekeringan Idea......Pelbagai cara idea itu datang.....

Adakalanya Idea itu datang semasa Bersedih.....

Adakalanya Idea itu datang semasa Bersendirian....

Adakalanya Idea itu datang semasaBergembira.....

Adakalanya Idea itu datang semasa ketawa,



Apapun Idea itu.....
Ianya bukannya berasal dari Fikiranmu....
Yang maha Esa asalnya....
Tanpa keizinannya.....
Tanpa kekuasaaanya.....
Fikiranmu pasti buntu serta Kekosongan.........
Kamu bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan......
Namun lupa setiap nafas,setiap kerdipan matamu.....
Setiap Tawamu,setiap Tangisanmu.....
Dengan Izinnya.....
Allah yang Maha Esa.....
Teramat besar Nikmat yang dikurniakan kepada hambamu yang hina ini.......


Adakah Kamu bersyukur dengan sebenar-benar kesyukuran.......

Wednesday, October 6, 2010

Pelakonkah anda?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan berbicara.....
Adakah anda seorang pelakon yang berlakon saja di depan rakan-rakan sebaliknya ianya tidak benar?

Sekiranya anda memiliki lebih "YA" dari 5 soalan ini,memang anda Patut mendapat Anugerah Pelakon Terbaik....

  1. Di Tempat Kerja,,baju anda bergosok rapi,semuanya bersih lengkap serba serbi.Malah rakan sekerja selalu memuji penampilan anda yang bersih dan kemas.Anda marah sekiranya orang mengotorkan tempat kerja anda(anda Pelakon) sekiranya di Rumah,pakaian kotor bertimbun-timbun tidak berbasuh,pinggan mangkuk,sampah sarap berulat tidak dibuang.Rumah anda macam Sarang Tikus,tidak padan dengan penampilan anda masa kerja.
  2. Di Tempat Kerja anda dipanggil ROBOT serta RINGAN TULANG kerana amat rajin didalam membuat kerja,Apa saja yang diamanah kepada anda diterima dengan senang Hati(anda Pelakon) sekiranya di Rumah isteri menyuruh menolong membasuh baju atau menjaga anak pun anda malas.Balik rumah saja terus tidur sampai solat pun terbang.Memang pelakon anda ini.
  3. Anda sering menasihati kawan-kawan umpamanya masalah kewangan,kerja,peribadi malah mereka menjadikan anda MENTOR mereka (Anda Pelakon) sekiranya anda umpamanya kulit saja lebih sedangkan isi didalamnya sikit,bermaksud anda sebenarnya hanya pandai menasihati orang lain,sedangkan anda 2kali 5 juga seperti mereka.Hipokrit sungguh anda...
  4. Bila bercinta,anda sering mengambil berat si tercinta seperti kejut ianya bangun kerja,ingatkan makan minum solat,romantik pula itu.Bila si Tercinta menanya mengenai anda,semuanya INDAH BELAKA(Anda Pelakon)sekiranya lebih banyak PEMBOHONGAN dari KEBENARAN.bila bercinta semuanya indah,selepas berkahwin,terserlahlah segala keburukan yang dahulunya tidak wujud....akibatnya porak perandalah perkahwinan anda..
  5. So bagi mereka yang ada salah satu dari 4 perkara ini,tahniah anda memang pelakon...Bertopengkan kepalsuan yang dicipta sendiri....
yang manakah topeng anda?
adakah yang ini?
atau yang ini?
mungkin juga yang ini?
Secangkir Tinta Seluas Pandangan,
6/10/2010..

Sunday, October 3, 2010

Melayu Bodoh.

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Berbicara......



Melayu Bodoh  adalah tajuk Entri saya.Amat Keras dan terlalu tajam maknanya.Namun,memang benar,Bangsa kita adalah tidak berakal.Saya ingin memberitahu mengapa saya berkata demikian.


Orang Melayu sering mengeluh kerana gaji mereka tidak cukup serta sebesar mana.Namun,dalam duit yang tidak mencukupi itu,masih ada BAJET untuk bermain nombor Ekor....itulah Kebodohan Pertama Bangsa Kita...


Di tempat kerja saya,berhampiran ada pusat menerima taruhan atau Sport Toto.Saban hari selepas balik kerja,saya melalui kedai itu(kerana laluan untuk ke rumah saya melalui kedai itu).Teramat kerap saya melihat,orang melayu dengan MEGAH dan BANGGANYA memasuki pusat itu tanpa ada rasa malu.Ada yang mengendung anak kecil,ada yang dikepalanya terlekap kemas Songkok atau Kopiah,ada yang bertongkat tua kerepot,malah kaum ibu juga tidak terkecuali.


Ramai kawan saya yang sebangsa dengan saya,mengakui mereka bermain Nombor Ekor.Masa rehat bersama,atau pun semasa berbual,masing-masing tanpa malu,menayang nombor yang mereka beli,dengan harapan ESOK mereka akan MENJADI OKB.OKB itu ialah Orang Kaya Baru.Namun,bagi saya,OKB itu ialah Orang Kayap Baru.


Pernahkah anda mendengar orang menanam emas,maka akan tumbuh pokok yang buahnya Emas.Pelik serta Mustahil bukan,Itulah yang sering saya nasihati mereka,mereka tidak MENAFIKAN yang emas tidak akan berbuah emas,Namun KeTAMAKAN mereka menutup Akal fikiran mereka.


Mencari Wang amat susah,terumanya bagi yang bergaji rendah,Namun membelanjakan amat mudah.Rezeki yang berkat,yang asalnya SUCI serta BERSIH,menjadi HINA dan KOTOR.


Saya amat yakin,ada diantara rakan blogger yang mengetahui dilema ini,serta memiliki sahabat atau saudara yang memiliki tabiat Bodoh ini.Setujukah anda jika saya katakan Ini KEBODOHAN bangsa kita?

Saturday, October 2, 2010

SUSU TEPUNG Punca kerosakan Akhlak Anak kita?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan berbicara,melontarkan satu idea baru....



Adakah Susu Tepung menjadi punca Kerosakan AKHLAK anak kita?

Susu Tepung adalah satu kewajipan yang mesti ada pada mereka yang ada anak Kecil.Ini kerana ianya amat mudah untuk disediakan.Malah kandungan zat yang pelbagai bertujuan untuk membina minda dan otak,membina tulang serta fungsi tubuh yang lain.

Tapi pernahkah kita terfikir yang susu tepung ini mungkin menjadi salah satu punnca kerosakan Akhlak anak kita?Ini kerana rumusan didalamnya terlalu pelbagai.Ianya mendewasakan anak kita dari segi kematangan dan fikiran sebelum waktunya.Pernahkah anda melihat anak anda serta membandingkan dengan diri anda semasa kecil,Tentu jauh sekali bezanya bukan.

Amat mengejutkan yang anak-anak kecil yang berada diumur 2-3 tahun sekarang ini juga sudah mahir mengunakan Komputer.Lihatlah saja anak saudara saya,baru saja berumur 3 tahun,namun ianya mampu bermain permainan komputer tanpa pengawasan.Amat mengagumkan serta beruntungnya generasi masa kini.


Bayangkan sekiranya Akal fikiran serta kematangan mereka didewasakan sebelum masanya.Mereka mungkin didesak perasaan ingin tahu yang keterlaluan.Salah satu contohnya ialah melayari laman web lucah.Letakkan saja seribu cara untuk menghalang anak anda dari melayari laman itu,anda pasti terkejut kerana anak anda memiliki seribu satu pula cara untuk mengatasinya.


Pernah saya membaca berita mengenai budak yang bersekolah rendah,mereka melakukan hubungan seks kerana disesak perasaan ingin tahu.Apa yang menimbulkan perasaan ingin tahu yang keterlaluan ini.Adakah Faktor Media Massa serta kurangnya pengawasan orang dewasa menyebabkan anak -anak ini memiliki perasaan yang keterlaluan itu........


Walaupun ada banyak sebab yang memungkinkan gejala sosial merebak masa kini,namun adakah kita perlu memasukkan SUSU TEPUNG sebagai salah satu Faktor.Adakah tidak masuk akal atau pun mungkin boleh diterima akal?Kawan-kawan sekalian,tentukannya......



Lontaran idea dariku,
Secangkir Tinta Seluas Pandangan.......

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails