Berbangga Dahulu,Menyesal kemudian..............
Salam semua.Hari ini,seperti biasa saya ke tempat kerja.Time pukul 1 petang, Saya bekerja syif petang.Semasa menunggang motor ke tempat kerja,jalan raya agak sibuk kerana waktu makan tengahari...Tiba-tiba muncullah seorang HERO yang berbangga dengan skill motornya.Apa tidaknya,Orang menunggang Motor dengan duduk,dia pula menunggang dengan berdiri sambil tayar Motor hadapan diangkat kedepan.Punyalah bangga HERO ini melihat semua pandangan melihat kearahnya........
Gambar Google-HERO sudah MARI.... |
Hebatkah anda kerana mampu melakukan aksi begitu?Apa faedahnya anda membuat aksi begitu?Adakah orang yang melihat akan bertepuk tangan,bersorak serta meminta Autograph anda?
Benar,anda akan mendapat autograph,namun bukan dari yang bernama MANUSIA,tetapi MALAIKAT MAUT yang bernama IZRAIL.Tahniah kerana mendapat Autograph ini..
Namun,bagi suku sakat manusia seperti ini,usahlah bersedih keranan tidak dapat Autograph ini,anda masih mendapat satu lagi Hadiah atau Award.Awardnya ialah BADUT JALANAN TERBAIK.Berbeza dengan badut disarkas,orang mentertawakan kerana ianya lucu,namun BADUT JALANAN,orang mentertawakan kerana anda BODOH...
Gambar Google-BADUT JALANAN |
Darah muda memang susah dikawal.10 tahun lagi,dimasa anda semakin matang,mungkin juga sudah berumahtangga dan memiliki anak,disaat itu,terlihat HERO baru yang menampilkan aksi sama seperti anda dahulu,percayalah,anda pasti tersengih sambil mentertawakan diri anda.
sangat setuju. lecturer I pun cakap macam tu jugak. masa muda-muda ni segalanya memang best gila lah,apa yang kita buat memang rasa cool tapi bila dah matang/tua, baru kita berfikir balik apa yang kita pernah buat masa muda dulu...
ReplyDeletenanti tergelak sendiri.. tu pun kalau masih selamat ketika beraksi.. paling geram bila melibatkan mereka yg x bersalah...
ReplyDeleteALL IN ONE
orang muda akalnya pendik, tak dapat nak bezakan antara yang baik dan buruk.Time nazak kat hospital..kengkawan ada tgk ke?lantak ko lah.heheheh
ReplyDeleteitulah masalahnya bila budak tidak matang, dan sifat memberontak menguasai diri..hmmm
ReplyDelete