Mereka yang ku hargai

Saturday, October 2, 2010

SUSU TEPUNG Punca kerosakan Akhlak Anak kita?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan berbicara,melontarkan satu idea baru....



Adakah Susu Tepung menjadi punca Kerosakan AKHLAK anak kita?

Susu Tepung adalah satu kewajipan yang mesti ada pada mereka yang ada anak Kecil.Ini kerana ianya amat mudah untuk disediakan.Malah kandungan zat yang pelbagai bertujuan untuk membina minda dan otak,membina tulang serta fungsi tubuh yang lain.

Tapi pernahkah kita terfikir yang susu tepung ini mungkin menjadi salah satu punnca kerosakan Akhlak anak kita?Ini kerana rumusan didalamnya terlalu pelbagai.Ianya mendewasakan anak kita dari segi kematangan dan fikiran sebelum waktunya.Pernahkah anda melihat anak anda serta membandingkan dengan diri anda semasa kecil,Tentu jauh sekali bezanya bukan.

Amat mengejutkan yang anak-anak kecil yang berada diumur 2-3 tahun sekarang ini juga sudah mahir mengunakan Komputer.Lihatlah saja anak saudara saya,baru saja berumur 3 tahun,namun ianya mampu bermain permainan komputer tanpa pengawasan.Amat mengagumkan serta beruntungnya generasi masa kini.


Bayangkan sekiranya Akal fikiran serta kematangan mereka didewasakan sebelum masanya.Mereka mungkin didesak perasaan ingin tahu yang keterlaluan.Salah satu contohnya ialah melayari laman web lucah.Letakkan saja seribu cara untuk menghalang anak anda dari melayari laman itu,anda pasti terkejut kerana anak anda memiliki seribu satu pula cara untuk mengatasinya.


Pernah saya membaca berita mengenai budak yang bersekolah rendah,mereka melakukan hubungan seks kerana disesak perasaan ingin tahu.Apa yang menimbulkan perasaan ingin tahu yang keterlaluan ini.Adakah Faktor Media Massa serta kurangnya pengawasan orang dewasa menyebabkan anak -anak ini memiliki perasaan yang keterlaluan itu........


Walaupun ada banyak sebab yang memungkinkan gejala sosial merebak masa kini,namun adakah kita perlu memasukkan SUSU TEPUNG sebagai salah satu Faktor.Adakah tidak masuk akal atau pun mungkin boleh diterima akal?Kawan-kawan sekalian,tentukannya......



Lontaran idea dariku,
Secangkir Tinta Seluas Pandangan.......

1 comment:

  1. susu tepung puncanya..
    tak masuk akal gak la..
    sori...
    selain tu, sekarang budak2 cepat tangkap apa yang diorang belajar atas faktor persekitaran apa yang dicakap td..
    cth faktor media masa dan kawalan ibu bapa yang kurang terhadap pergerakan anak diorang..

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails