Mereka yang ku hargai

Saturday, October 9, 2010

OKU VS NORMAL

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Berbicara.......

Tertarik dengan kehidupan seorang Insan yang mengalami masalah Pendengaran yang teruk,walaupun begitu masih mampu berkomunikasi seperti biasa Mengunakan alat Bantu Pendengaran sepanjang hayatnya......


OKU....Orang Kurang Upaya VS manusia Normal.Apakah keistimewaan  yang terdapat pada OKU sehingga mampu mengalahkan Orang Normal.Kalian sekalian,semua OKU Memiliki satu sikap yang tidak terdapat pada Orang Normal,iaitu KESABARAN.


Kesabaran insan OKU teramatlah tinggi.Walaupun dihina,dicaci serta dipandang rendah,masih mampu bersabar.Kerana bagi OKU,mereka tidak memiliki apa-apa pun ,malah serba kekuranganHanya kesabaran yang mereka miliki.Bukan permintaan mereka dijadikan begitu,malah kesemuanya impikan kehidupann yang Normal.Namun ujian Allah teramatlah besar..Setiap kejadian,ada rahmatnya......


Insan OKU amatlah malang didalam hidupnya.Mereka sering dinafikan hak mereka didalam mendapat pekerjaan.Walaupun kerajaan kita amat prihatin,namun bagi Pihak Swasta,mereka masih lagi teramat berat untuk memandang OKU.Apa bezanya Insan OKU dengan Manusia Normal.Sekali lagi kesabaran OKU teruji..........


OKU juga manusia biasa,perlukan kasih sayang serta perhatian.Mereka bukan INSAN YANG LEMAH,jangan sesekali mengatakan begitu.TIDAK.....mereka bukan insan yang lemah,namun keadaan serta takdir yang memaksa.....membuatkan OKU lemah.............



OKU engkaulah insan yang ku kagumi....berikanlah seribu cabaran,pasti akn dihadapi dengan seribu satu cara...Berbahagialah dikau OKU,setiap yang terjadi,ada hikmahnya....Di Akhirat kelak,pasti dirimu akan mendapat keadilan yang sebenar-benar adil..Mereka yang dahulunya mencaci serta memandang rendah dirimu pasti mendapat balasan kelak...



OKU,engkaulah Insan teristimewa yang pernah dilahirkan didunia ini.............Pasti mentari akan menyinar kehidupanmu satu hari kelak..............

3 comments:

  1. saya pon memang setuju...orang OKU pon ada perasaan jugak , mereka pon ada hak jugak.. Walaupun secara fizikal mereka berbeza dengan orang normal , tapi mereka tetap manusia....

    ReplyDelete
  2. OKU jg punya jiwa..
    bukan tagih simpati..
    tp sedikit ruang, peluang dan layann seperti insan lain jg..
    berat mata mmandang, berat lg bahu yg mmikul..

    ReplyDelete
  3. itulah nasib seorang OKU.walaubagaimanapon, mereka pon manusia mcm kite jugak...jagalah hati mereka..

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails