Mereka yang ku hargai

Sunday, October 17, 2010

Mencari MR/MRS Perfect?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan.......Idea datang menari-nari di kepala........

Mencari Mr/Mrs Perfect?


Benarkah wujudnya Mr/Mrs Perfect?Begitu susahkah mencari pasangan yang memahami diri.Apakah sudah mati mereka yang Sempurna sehingga yang wujud hanyalah mereka yang kurang Sempurna....


Bacalah sajak dibawah ini,semoga yang membaca memahami isi-isi yang tersirat didalamnya....


Tak Perlu mencari teman secantik Balqis,andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf,jika kasih tidak setulus Zulaikha,

Tidak perlu mencari teman seteguh Ibrahim,andai diritidak sekuat Hajar,

Dan mengapa didamba teman hidup sesempurna Rasullullah S.A.W,

Jika ada keburukan pada dirimu?

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,

Carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukur kerana dipertemukan dengannya,

Tetaplah berdoa pada Allah agar dia terus menjadi milikmu......


Semoga pembaca sendiri menafsirkan maksudnya.Saya sudah memberikan Pena,anda yang melakarnya.........



Bunga ros itu Indah menawan,namun adakah ada ianya memiliki pasangan yang sama sempurna....

9 comments:

  1. dah bacani..hehe..cana nak tau sape mr perfect kita?

    ReplyDelete
  2. MR PERFECT?...NTAHLER AKU PUN BLUM PERFECT..SUSAH NAK ADA PERFECT DALAM DIRI AKU NI...APA YANG AKU BUAT MESTI KEKADANG ADA YANG TERLANGGAR BATAS AGAMA TAPI BUKAN KATEGORI DOSA BESAR LAAA...TAPI IAYA TETAP BERDOSA GAK KAN..MCMNER YER NAK JADI PERFECT..? BAGI AKU TIADA JAWAPAN LAGI..KALAU ADA PUN TAK SEMUA MANUSIA MAMPU LAKUKAN..

    ReplyDelete
  3. itulah yang aku sedang mencari sekarang...hidup aku sendiri dirundung masalah...

    ReplyDelete
  4. tak ada yang sempurna, kalau itu dah jodoh dah memang itu takdirnya...

    ReplyDelete
  5. Salam Jib.

    Aku suka entry yang ni dan mesej yang kau nak sampaikan. Apa yang aku paham; kita kena sedar diri kita sapa sebelum kita sibuk nak itu ini dari pasangan kita dan jika kita dah ada pasangan, terimalah dia seadanya...

    Biasalah seorang yang tak pernah ada teman, akan sentiasa mengimpikan seseorang yang menyejukkan mata memandang dari luaran dan menyenangkan hati dari dalaman. Tapi bagi mereka yang playboy macam Asan, mereka tahu bahawa kesempurnaan itu adalah fatamorgana dalam percintaan.

    Sebab fitrahnya, manusia kena berpasangan. Yang taknak berpasangan tu biasanya adalah orang kecewa dan paderi. Fitrah ini dijadikan demi keterusan spesis manusia. Kerana itulah berpasangan sejenis itu dilarang sebab TAKDE HASIL.

    Tetapi dalam hal perhubungan sesama manusia atau pasangan kita, kita takbley menyukai seseorang kerana kelebihannya. Sebab setiap manusia, semakin kita hampir padanya, semakin jelaslah kelemahannya. Tambahan pula, jika kita suka seseorang kerana kecantikan atau kelebihannya, maka apa bezanya sayang kita dengan sayang orang kebanyakan yang memang akan suka kepada kecantikan?

    Masalah utama dalam hubungan percintaan ialah harapan. Si lelaki mengharapkan si perempuan akan menjaga hatinya, membenarkan dia meraba tempat yang tak sepatutnya dan meminjamkan duit barang seketul dua. Yang pompuan pulak mengharapkan si lelaki dapat membaca fikirannya, mendengar tantrum periodnya setiap bulan dan mengangkat plastik mereka masa shopping. Bila ada harapan yang macam ni, maka perhubungan itu akan selalu ada pergaduhan.

    Dalam percintaan, kita takleh pikir apa yang kita ndak. Kita kena selalu pikir camana nak bagi pasangan kita ni bahagia. Dalam percintaan, takde istilah'aku'. Yang ada hanyalah 'dia'.

    Kita selalu dikaburi dengan istilah jodoh yang dah tertulis. Bila kawin lambat, kita kata belum jodoh. Bila dah cerai, kita kata takde jodoh. Pada aku, jodoh itu bukanlah nama orang yang kawen dengan kita tu. Jodoh itu adalah kualiti dalaman yang ada dalam pasangan kita. Kita kena cari 'jodoh' itu dalam pasangan kita. Dan untuk itu, kita kenalah bercinta. Dan masa bercinta, jangan harapkan apa-apa. Dan yang ada hanyalah Dia.

    Dan bila dah kawen, 'aku' dan 'dia' tu akan lenyap bila dah ada 'mereka' (anak-anak). Barulah institusi rumahtangga jadi OK. Kot?
    Aku pun masih mengkaji lagi...

    ReplyDelete
  6. tak ada yg perfect...
    klu perfect hdup psti rasa bosan

    ReplyDelete
  7. tak der sapa pun dlm dunia nie yang perfect, yang serasi mungkin ada...

    ReplyDelete
  8. keburukan dan kebaikkan dia sempurna di mata kita,maka dialah mr perfect kita (dlm kata lain,kita menerima dia seadanya,dia menerima kita seadanya)

    ReplyDelete
  9. huhuhu..tak semua org perfect kan....huhu...

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails