Mereka yang ku hargai

Sunday, October 3, 2010

Melayu Bodoh.

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Berbicara......



Melayu Bodoh  adalah tajuk Entri saya.Amat Keras dan terlalu tajam maknanya.Namun,memang benar,Bangsa kita adalah tidak berakal.Saya ingin memberitahu mengapa saya berkata demikian.


Orang Melayu sering mengeluh kerana gaji mereka tidak cukup serta sebesar mana.Namun,dalam duit yang tidak mencukupi itu,masih ada BAJET untuk bermain nombor Ekor....itulah Kebodohan Pertama Bangsa Kita...


Di tempat kerja saya,berhampiran ada pusat menerima taruhan atau Sport Toto.Saban hari selepas balik kerja,saya melalui kedai itu(kerana laluan untuk ke rumah saya melalui kedai itu).Teramat kerap saya melihat,orang melayu dengan MEGAH dan BANGGANYA memasuki pusat itu tanpa ada rasa malu.Ada yang mengendung anak kecil,ada yang dikepalanya terlekap kemas Songkok atau Kopiah,ada yang bertongkat tua kerepot,malah kaum ibu juga tidak terkecuali.


Ramai kawan saya yang sebangsa dengan saya,mengakui mereka bermain Nombor Ekor.Masa rehat bersama,atau pun semasa berbual,masing-masing tanpa malu,menayang nombor yang mereka beli,dengan harapan ESOK mereka akan MENJADI OKB.OKB itu ialah Orang Kaya Baru.Namun,bagi saya,OKB itu ialah Orang Kayap Baru.


Pernahkah anda mendengar orang menanam emas,maka akan tumbuh pokok yang buahnya Emas.Pelik serta Mustahil bukan,Itulah yang sering saya nasihati mereka,mereka tidak MENAFIKAN yang emas tidak akan berbuah emas,Namun KeTAMAKAN mereka menutup Akal fikiran mereka.


Mencari Wang amat susah,terumanya bagi yang bergaji rendah,Namun membelanjakan amat mudah.Rezeki yang berkat,yang asalnya SUCI serta BERSIH,menjadi HINA dan KOTOR.


Saya amat yakin,ada diantara rakan blogger yang mengetahui dilema ini,serta memiliki sahabat atau saudara yang memiliki tabiat Bodoh ini.Setujukah anda jika saya katakan Ini KEBODOHAN bangsa kita?

6 comments:

  1. itu je yang buatkan bangsa kita bodoh?

    hahahaha.

    ReplyDelete
  2. salah satu kebodohan.Sudah tahu halal dan haram,masih melakukan,kan bodoh itu.Bila duit xder,merungut gaji sikit,duit susu anak,lain-lain, tertangguh.

    ReplyDelete
  3. kita semua bodoh kerana secara tidak langsung kita menghalalkan wujudnya kedai nombor ekor di situ...

    ReplyDelete
  4. kat kampung gua bile hari masuk gaji, komfem depan kedai judi tu jalan jem penuh ngan oran melayu beli tiket berjudi...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Mereka bukan sahaja bodoh tetapi di lengkapi dengan pakej bangang sekali...

    Tapi kalau di Jerantut mereka perlu beli nombor dengan berhati-hati.Kalau mereka tidak bernasib baik mereka akan di tangakap oleh pegawai Pejabat Agama Islam Pahang.

    Masa tu barulah mereka nak rasa maulu....

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails