Mereka yang ku hargai

Monday, September 3, 2012

Mengapakah Singapura Di pisahkan dari Malaysia

Secangkir Tinta Seluas Pandanan menulis.....Menulis mengenai sejarah yang telah lama berlaku....


 Mengapakah Singapura dipisahkan dari Malaysia?

Salam semua.Singapura atau Temasik sejak zaman berzaman adalah sebahagian dari kesultanan Johor.Semasa Penjajahan British di Tanah Melayu,mereka telah mengasingkan Singapura dari Johor.Di bawah pentadbiran  British mereka membina sebuah pelabuhan perdagangan disana.Pelabuhan Singapura berkembang dengan amat pesat.

British bimbang sekiranya Pelabuhan Singapura mendapat saingan daripada pelabuhan lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti Pelabuhan Melaka dan Pulau Pinang.Untuk itu,mereka menghadkan aktiviti perdagangan di Pelabuhan Melaka dan Pulau Pinang,manakala Pelabuhan Singapura pula tidak dihadkan.Ini membawa kepada kemajuan yang pesat kepada Singapura manakala Pelabuhan Melaka dan Pulau Pinang terbantut perkembangannya.

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan Pengabungan Persekutuan Tanah Melayu,Singapura,Brunei,Sabah dan Sarawak menjadi satu Persekutuan.Rancangan itu telah ditentang oleh Indonesia dan Filipina.Indonesia tidak ingin melihat Tanah Melayu menjadi jauh lebih besar dari Indonesia sendiri.Manakala Filipina menentang kerana mengangap Sabah adalah termasuk di dalam Filipina.Brunei pula memilih untuk tidak menyertai persekutuan itu kerana tidak mahu hak minyaknya dipegang oleh persekutuan.

Singapura bersetuju dengan rancangan itu.Lee Kuan Yew percaya bahawa Komunis akan menyusup masuk ke Singapura jika Singapura merdeka bersendirian.Jadi beliau menerima idea persekutuan ini.Semenanjung Tanah Melayu,Singapura,Sabah dan Sarawak di masukkan kedalam Satu Persekutuan yang dipanggil Malaysia.

Namun selepas Persekutuan Malaysia ditubuhkan,Pemimpin Singapura iaituv Lee Kuan Yew bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.Harus di ingat bahawa pada zaman pemerintahan British,British membawa masuk imigran Cina ke dalam Persekutuan.Kemasukan ini tidak terkawal sehingga akhirnya hampir menyaingi populasi Masyarakat Melayu.Kemasukan Singapura yang majoritinya Orang Cina akan menjadikan mereka Kuasa Dominan mengatasi Masyarakat Melayu sekaligus menjejaskan keseimbangan kaum.

Atas sebab itulah,Tunku Abdul Rahman menghadkan Kuasa PAP(Parti Lee Kuan Yew) hanya di Singapura sahaja.




Saturday, July 14, 2012

jom bernikah...

secangkir tinta seluas pandangan menulis......Menulis dengan niat berkongsi pengetahuan.....

Jom bernikah......

Bernikahlah....

Sudah diciptakan dua insan,
Yang hidup di Dunia...
Takdir ALLAH yang menyatukan ,
Jodoh Manusia...

Mengingatkan Hati yang Hidup,
Ini hanya sementara....
Jangan lagi kau memikirkan,
Harta benda semata.....

 Berbahagialah manusia,
Kepada yang sudah menemukan Fitrahnya,
Bagi membentuk keluarga sakinah,
Bernikahlah kau segera,
Apabila saatnya sudah tiba,
Jangan jadikan alasan,
Bagi menunda....

Bernikah mengurangi dosa dan ,
MAKSIAT,
Bernikah menyatukan bahagia dan,
NIKMAT,
Rezeki manusia,ALLAH yang mengaturnya,
Jangan takut apabila kau,
Berniat mahu bernikah....

Jangan Takut apabila Miskin Harta,
Apabila hanya belum bekerja,
Ataupun takutnya berumahtangga,
Kau jadikan alasan takut bernikah,
Jalan hidup tergantung niatmu,
Apabila kau yakin kau mampu,
Ingatlah Allah sentiasa menyertaimui.....

Bernikah,
adalah....,
Sunah Rasullullah.....

(Syair Pujangga Islam Nasyid Ar -Royyan)

Thursday, July 12, 2012

Bila penyakit Gila glamour melanda Facebook

Salam semua.Pada masa kini kebanyakan muda mudi di Malaysia memiliki akaun Facebook mereka.Golobngan remaja,lepasan sekolah dan Universiti paling ramai yang memiliki Facebook.Facebook seumpama sesuatu yang Wajib ada di dalam kehidupan mereka.

Salah satu tujuan Facebook dicipta ialah untuk meluaskan pergaulan di antara manusia.Namun semakin hari Facebook semakin lama semakin hilang fungsi dan identitinya.Mereka yang mengunakan Facebook terutamanya muda mudi telah dijangkiti penyakit Gila Glamour.

Lihatlah Facebook anda.Semakin banyak aplikasi yang Facebook perkenalkan.Seperti Butang Like,Subcribe dan lain-lain.Sekiranya anda seorang yang terkenal itu boleh diterima,namun bagaimanakah sekiranya anda oran biasa sahaja.Saya dapati ramai muda mudi seperti Wanita memakai pakaian yang seksi-seksi,ketat-ketat dan berahi untuk menarik banyak komen dan pengikut di dalam Facebook mereka.

Mereka seperti berasa seronok dengan jumlah Like dan komen yang diterima.Komen-komen yang nakal dari para lelaki yang gatal langsung tidak menyakitkan hati mereka.Dimanakah akal fikiran mereka ini terletak?

Apa gunanya Kemasyuran dan nama sekiranya tiada jasa dan sumbangan dari anda?Apa yang anda sumbangkan?Badan anda yang seksi dan Montok?

Fikir-fikirkan dan renungkanlah......

Tuesday, May 8, 2012

Rahsia Tarikh Lahir-Penipuan atau Kebenaran

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis.

Tarikh Lahir,Benarkah terdapat Rahsia di dalamnya yang akan menentukan Sikap,kejayaan setiap individu itu? Jawapan saya ialah Tidak.Tiada sebarang Rahsia di dalam tarikh lahirJawapan saya hadir melalui pengalaman hidup saya sendiri,malah saya akan membangkitkan kelemahan mengenai Rahsia tarikh lahir ini.

Saya dilahirkan dengan Kembar lelaki.Kami cuma dipisahkan hanya beberapa minit sahaja.Soalan saya sekiranya kami lahir dengan Tarikh Lahir yang sama,Mengapakah sikap kami berdua berbeza?Kami seolah dua individu yang berbeza,baik sikap,kelakuan kegemaran dan juga kerjaya.

Jawapan saya mengapa kami berbeza ialah PERSEKITARAN.Walaupun kami dibesarkan bersama-sama di dalam satu rumah namun selepas beberapa ketika,kami mula berpisah dan belajar di sekolah yang berlainan.Ini membuatkan kami mengenali Rakan yang berbeza serta suasana yang berlainan.Jadi inilah jawapan mengapa kami berbeza sikap.Jadi apakah Rahsia Tarikh Lahir kami sekiranya kami berbeza Sikap,tidak sama seperti di dalam Apa yang diperkatakan?

Persoalan kedua mengenai Rahsia Tarikh lahir ialah Kejayaan Individu.Sebagai Contoh Tarikh Lahir Mantan Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Doktor Mahatdir Muhammad iaitu pada 10 Julai 1925.Orang yng memiliki tarikh Lahir ini digambarkan sebagai seorang yang sangat Sibuk,Bijak dalam perniagaan dan suka mengambil Risiko.

Jadi Soalan saya jika 1000 orang di Dunia ini lahir pada tarikh ini,adakah 1000 orang ini akan Sangat Sibuk,Bijak di dalam perniagaan dan suka mengambil Risiko?Rasanya mungkin 30 % sahaja.Ini kerana yang membezakan Kejayaan Indivu ialah SIKAP.Kalau Lahir pada hari yang diramalkan orang itu akan jadi KAYA pun,tapi Orang ini PEMALAS,Adakah dia akan jadi KAYA?

Jadi benarkah terdapat Rahsia di dalam tarikh lahir ini?Saya sudah membaca banyak Buku mengenai Misteri,Rahsia Nombor,tarikh Lahir namun setiap kali membaca otak saya akan terfikir mengapa orang yang ada tarikh lahir sama boleh berbea Sikap,Kejayaan jauh berbeza daripada yang tertulis di Buku?Mugkin ada yang benar mengenai apa yan tertulis di Buku,namun banyak juga yang tidak benar.

Tepuk Dada,Tanya selera,Bolehkah kita mempercayai Terdapat Rahsia di dalam tarikh lahir kita?Jawapannya munkin berbeza di dalam setiap individu.

Sekian.....

Friday, May 4, 2012

BLOG baru saya

Secangkir tinta seluas Pandangan menulis....

Salam semua.Baru-baru ini saya telah membuka satu blog baru.Blog ini ditulis seperti Jurnal atau Diari saya.Untuk Makluman anda semua,saya adalah salah seorang Penerima Implan Koklea . Implan Koklea adalah cara terakhir dan tercangih untuk membolehkan orang Pekak Mendengar.

Melalui implan koklea,saya telah mula mendengar bunyi-bunyi yang selama ini tidak pernah dibayangkan.Sungguh indah bunyi-bunyian sama ada bunyian semulajadi atau buatan.Jadi saya berharap agar penulisan blog baru saya yan seperti diari akan membolehkan saya bertukar-tukar maklumat dan berkongsi idea kepada penerima Implan Koklea yang lain.

Walaupun Blog baru saya dikhaskan untuk Penerima  Implan Koklea,saya juga berharap masyarakat yang lain juga sudi menjenguk Blog baru ini.Blog baru saya bernama My Bionic Diary.Terima kasih kalian.


Sekian

Thursday, May 3, 2012

Belajar menghargai melalui Insan Istimewa

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis...


Bagaimana saya mendengar?Pernahkah anda mendengar pepatah bahawa org buta walaupun mata mereka tidak dapat melihat,namun hati mereka celik.begitu juga dn saya.walaupun telinga saya pekak,namun hati saya dapat mendengar.macam itulah saya mendengar semua lagu.Saya belajar Menghargai sesuatu dengan cara yang amat Sukar,saya harap awak juga belajar menghargai sesuatu.seperti dialog ombak rindu,Manusia tidak kejam,namun mereka tidak tahu menghargai....


Saya harap anda semua dapat mengambil iktibar dari pengalaman seoran insan  Istimewa ini yang belajar Menghargai melalui cara yang sukar....



Sekian....

Monday, February 13, 2012

Cinta...wajibkah ada JODOH?

Secengkir Tinta Seluas Pandangan menulis...menulis dari hati....untuk renungan dan fikiran bersama....

Jari jemari dilenturkan,otak ligas mencari-cari idea menulis,ditemani dengan Muzik Mendayu dari kumpulan Michael Learn To Rock,Idea pun tiba.Lantas tanpa disuruh-suruh,jari jemari ini begitu lincah menari-nati di atas papan Keyboard.....


Cinta....Wajibkah ada Jodoh?

Sebut saja Cinta,semua orang tahu.Baik tua muda kesemuanya cukup mengerti erti perkataan ini.Perkataan ini memang tidak boleh dipisahkan dari hidup kita .Ashiteru,Love,Wo Ai ni....Sebutannya berbeza namun sama ertinya.Begitu kuat dan berpengaruh Perkataan ini.Seperti kata Pujangga dahulu,Mandi tidak basah,tidur tidak lena..(Mujurlah si Pujangga ni mencipta perkataan ni pada zaman dahulu,kalau dicipta pada zaman sekarang,rasanya ramai yang dibuang kerja kerana tidak mandi)

Kemudian kita renungkan ayat yang sering kita dengari,kalau sudah jodoh,tidak akan kemana...Mengapakah Jodoh dan Cinta saling berkaitanJodoh mempertemukan kita,manakala Cinta menghubungkan kita.Selepas itu jom ke Alam Perkahwinan...

Namun ada satu lagi yang sering dilupakan,serta cuba dielak oleh mereka yang dilamun perkataan ini.Benda itu ialah Keserasian dan Kefahaman.Lihatlah pasangan yang sudah berpuluh tahun berkahwin dan beranak pinak,namun akhirnya Putus juga di pertengahan jalan.Itu bagi yang telah berkahwin,yang belum ada ikatan yang sah macam pula itu,tentu Frust menongeng kot...

Kesemuanya dengan seribu satu alasan,namun ada satu persamaan,tiada jodoh atau jodoh sudah berakhir.Mengapa terluah perkataan ini sedankan ketika dilamun Cinta,perkataan Jodoh yang menemukan sering terucap di Bibir.Bila sudah berkerat arang,berpantang Rotan,jodoh juga disalahkan?

Renungkan perkataan ini....Ada Jodoh tidak semestinya bersama,namun tidak semestinya tidak akan bahagia, ada jodoh,dapat bersama namun tidak semestinya bahagia.Jodoh cuma mempertemukan .Bahagia atau tidak,serasi atau tidak diri kita dan pasangan yang MENENTUKAN....



Wednesday, February 8, 2012

UFO dan ALIEN teori Yahudi untuk menyesatkan Umat Islam?

Secangkir Tinta seluas Pandangan menulis....

Mengambil sedikit Kesempatan untuk menulis di hari ini.Semoga pembaca mendapat manfaat daripadanya.

UFO/ALIEN Teori baru Yahudi

Salam semua.Tahukah anda bahawa kebelakangan ini di Dunia barat terdapat satu fahaman bahawa Alien serta UFO pernah melawat Bumi pada zaman dahulu serta mengajar Nenek Moyang kita ilmu Pengetahuan?Di antara Persoalan yang dibangkitkan ialah bagaimana masyarakat Mesir Kuno mampu membina Piramid,Masyarakat Tamadun Maya mampu Meramal bintang serta berbagai lagi Tamadun pada zaman dahulu.

Teori ini dikemukankan oleh Erich Von Daniken,seoran penulis berbangsa Swiss.Beliau dilahirkan pada 14 April 1935.Bukunya yang terkenal ialah Chariots of the God telah mencipta fenomena pada masa itu.Pada masa itu,Amerika telah berjaya menghantar Angkasawan Pertama Neil Amstrong yang menjejak kaki ke Bulan.Ditambah pula dengan minat mendalam masyarakat dunia pada masa itu menenai Makhluk Asing,Teori Von Daniken ini dengan mudah meresap ke dalam pemikiran masyarakat.

Von Daniken telah menulis mengenai kehebatan tamadun-tamadun purbakala serta kemajuan yang dicapai oleh Tamadun itu,serta membandingkan dengan kemajuan teknoloi masa kini.Sebagai contoh Patung-patung Dewa Maya,Masyarakat mesir kuno serta tamadun lain mempunyai persamaan mengenai TUHAN yang datang dari Langit.Persamaaan itu seperti mirip Angkasawan Zaman kini atau mirip ALIEN yang diperkatakan pada zaman kita.

Walaupun begitu,Von Daniken menegaskan bahawa bukunya adalah satu teori,yang lebih banyak menpunyai SOALAN berbanding jawapan.Namun teori ini telah diputar belit oleh Kaum yahudi untuk memesongkan akidah Umat Islam.

Bukalah You tube serta saluran Discovery,terdapat banyak cerita serta dokumentari mengenai hal ini.Bagi yang kuat Akal fikirannya memang tidak akan terpengaruh,tetapi bagi yang lemah fikiran mereka bagaimana?Sebagai contoh tahun Lepas heboh di Internet mengenai Kiamat 2012 serta hadis mengenai satu bencana pada pertengahan puasa 2012.Ramai Umat Islam yang terpengaruh serta menyebarkan kepada orang lain,padahal diri sendiri tidak mengetahui kebenarannya.Ini membuktikan umat Islam masa kini amat cetak fikiran mereka.

Jadi bayangkan jika mereka ini membaca serta melihat rancangan itu,tidakkah Akidah mereka akan tergugat.Jika beitu saya ada jawapan untuk semua persoalan anda.Jawapannya Teori Von Daniken hanya menumpukan kepada kemajuan Bangsa dahulu,namun tamadun Islam yang pernah mencapai kegemilangannya tidak pula disebut.Ingatlah bahawa Pemikiran Cendikiawan Islam pada Zaman itu dianggap Luar biasa serta melampaui Zaman.

Sebagai contoh Cendikiawan Islam bernama Al Jazari telah di iktiraf sebagai pencipta ROBOT yang pertama di Dunia.Tahukah anda bilakah Al Jaziri mencipta Robot? Al Jaziri mencipta Robot 200 Tahun lebih awal sebelum Leonardo Da Vinci.Da Vinci di anggap orang barat sebagai orang yang paling Genius sekali,melampaui zamannya.Namun setelah kajian lebih lanjut dilakukan,didapati bahawa Da Vinci sebenarnya telah mengaplikasikan viptaan Al-Jaziri di dalam jurnalnya.Ini menunjukkan bahawa masyarakat zaman dahulu sebenarnya amat pintar,lebih pintar daripada kita di Zaman ini.


Jika pemikiran Cendikiawan Islam pada zaman dahulu sudah melampaui zaman mereka,mengapa pula tamadun terdahulu tidak mampu melampaui zaman mereka?Jadi jelasnya Teori Von Daniken ini ada kekurangan yang amat nyata malah menyesatkan akidah umat Islam.

Semoga bagi mereka yang mengetahui mengenai teori ini,jangan terpedaya.Kuatkan akidah dan keimanan kita.sekian













Monday, February 6, 2012

Rahsia Cendikiawan Islam terbongkar....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis.....

Salam Semua.Bertemu kita sekali lagi.Tahukah anda Rahsia Cendikiawan Islam.Pada zaman Kegemilangan Tamadun Islam,di saat Eropah masih mundur,Umat Islam telah menguasai pelbagai cabang Ilmu pengetahuan sehingga melahirkan ramai Tokoh-Tokoh yang tersohor.Di antaranya Ibnu Sina,Al Khawarizmi,Al Biruni,Ibnu Miskawayh serta ramai lagi.

Kepintaran serta kehebatan Tokoh-tokoh ini amat dikagumi dan dicemburui oleh bangsa yang lain.Semasa Kegemilangan Tamadun Islam.Kota Baghdad di Iraq muncul sebagai bandar yang termaju di Dunia.Pemerintah yang memerintah Baghdad pada masa itu,Khalifah Al-Makmum telah menjadikan Ilmu Pengetahuan sebagai Keutamaan di dalam pemerintahannya.Diwujudkan sebuat Institusi bernama Baitul-Hikmah yang bertanggungjawab menterjemahkan karya-karya serta ilmu pengetahuan dari negara lain ke Bahasa Arab.

Sekarang di dedahkan Rahsia bagaimana Cendikiawan Islam pada masa itu berjaya menguasai pelbagai bidang Ilmu.Jawapannya ialah Al-Quran.Ayat pertama yang diturunkan bermaksud "Bacalah".....Ini bermakna  Al-Quran menerapkan Ilmu Pengetahuan sebagai asas utama di dalam Kehidupan.

Berpegang kepada Prinsip ini,umat islam pada masa itu menjadi kelaparan,Sangat laparkan ilmu pengetahuan sehinggakan walaupun sudah menguasai satu bidang,mereka akan cuba menguasai bidang yang lain.Begitu juga setelah bidang itu dapat dikuasai,mereka akan mencari bidang yang lain. Selagi nafas masih menghembus,nadi masih berdenyut,mereka akan terus memburu ilmu pengetahuan.Kerana itulah salah seorang tokoh islam bernama Al-Jahiz dikatakan telah menemui ajalnya kerana dihempap oleh buku-buku di dalam perpustakaannya.Ini kerana terdapat begitu banyaknya buku yang terdapat disitu.

Jadi saudara saudari sekelian telah mengetahui RAHSIA cendikiawan Islam pada masa dahulu.Mereka berpegang kepada Al-Quran didalam mencari Ilmu.Berbanding kita pada zaman sekarang yang mencari Ilmu,untuk apa,kerana nak cari kerja serta masa depan yang lebih baik.Berbeza dengan Umat Islam zaman dulu yang mencari Ilmu Pengetahuan kerana dituntut di Dalam Al-Quran.

Sekian,Terima Kasih

Saturday, January 28, 2012

Nama yang akan menjadi Terbanyak sekali di Dunia

Secangkir Tinta seluas Pandangan menulis.....


Nama?Apa itu nama?.Nama ialah pangilan yang diberikan kepada seseoran untuk mengenal mereka.Terdapat berjuta ,alah beratus juta nama di dunia ini.Namun tahukah anda SATU NAMA yang akan menjadi Nama yang teramai di Dunia?


Berdasarkan Rekod,Nama yang berada di tanga pertama sekaran ialah JACK.sementara nama yang akan menjadi nama yang teramai dan akan mengunguli carta berada di tempat kedua.Malah tahukah anda bahawa nama ini juga akan Mengegarkan Dunia satu masa nanti,serta membawa sinar dan keadilan,serta menegakkan syariat Islam .


Nama itu ialah MUHAMMAD,nama sempena junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Nama yang akan mengegarkan dunia,membawa sinar keadilan dan menegakkan syariat islam pada satu masa nanti juga bernama MUHAMMAD BIN ABDULLAH,Imam Mahdi Akhir Zaman.......




Sekian,semoga anda beroleh sedikit pengetahuan disebalik apa yang saya rencanakan.....










Monday, January 23, 2012

Saudara Seislam kita Yang Menakluk Lautan 600 Tahun Dahulu....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis.....

Salam Semua.Umat Islam Adalah bersaudara.Walaupun kita berbeza bangsa,kulit,warna namun selagi kita sama-sama Menganut agama Allah yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W,Kita semua adalah bersaudara....Namun dizaman Moden ini,semakin ramai yang melupai Hakikat BERSAUDARA ini...Semoga Kisah Saudara kita ini yang pernah menakluk Lautan 600 tahun dahulu menjadi Iktibar kepada kita....


Laksamana Cheng Ho,Penakluk Lautan Dunia

Pada Tahun 1381,di Wilayah Yunnan,China,terdapat komuniti Cina Muslim disitu. Disitulah Tempat lahirnya seorang budak lelaki,yan ditakdirkan akan menguasai Lautan kelak.Namun sebelum ia berjaya mencapai kejayaan itu,ia akan menempuh pelbagai Cabaran yang amat besar.

Nama sebenar Cheng Ho ialah Ma Ho atau Ma Sanbao.Ayahnya bernama Haji Ma He seorang Pemimpin masyarakat Islam disitu.Pada masa itu,Wilayah Yunnan menyokong Kepimpinan Dinasti Yuan,Iaitu Dinasti Kerajaan Mongol yang memerintah China.Namun pada masa itu,Dinasti Yuan telah ditewaskan oleh Dinasti Ming yang dipimpin oleh Maharaja Hong Wu( Zu Yuanzhang).

Kerajaan Ming telah menguasai Hampir semua Bahagian Cina,namun masih gagal menawan Wilayah Yunnan yang dikuasai oleh Penyokong Dinasti Yuan.Sudah menjadi cita-cita Maharaja Hong Wu untuk menyatukan kembalikan Negara Cina yang telah berpecah belas yang dahulunya diasaskan Oleh Maharaja Shih Huang Ti.

Perang yang Dashyat telah tercetus disitu.Wilayah Yunnan yang dikuasai Penyokong Dinasti Yuan berjaya ditewaskan.Didalam Peperangan itu,Ayah Cheng Ho telah ditawan di jatuhkan hukuman Pancung.(Pada zaman itu,sudah menjadi satu taktik peperangan untuk menawan dan membunuh para pemimpin masyarakat untuk bertujuan menghapuskan ancaman dimasa depan).Cheng Ho pula telah ditawan,Dikasi menjadi Sida.

Namun kerana Kepetahan serta kepintaran Cheng Ho berbicara,Ketua Sida pada masa itu,yan telah diarahkan oleh Maharaja Hong Wu untuk mencari Seorang Pembantu Sida yang akan berkhidmat dengan Puteranya, Putera Zhu Di.Pembantu itu mestilah sebaya dengan Putera disamping memiliki Otak yang cerdas setaraf dengan kepintaran Putera.Cheng Ho telah dipilih kerana otaknya yang cerdas disamping sebaya dengan Tuan Putera.

Cheng Ho dan Putera Zhu Di menjadi Sahabat baik.Walaupun di Majlis Rasmi,Cheng Ho dan Putera membahasakan Diri Tuan,Hamba namun apabila berdua-an,Mereka membahasakan Diri Saudara.Keakraban Hubungan ini umpama Isi dan Kuku,Terlalu akrab.Putera Zhu Di mengajar Cheng Ho apa yang dia ketahui,sementara itu Cheng Ho pula mengajar Putera Zhu Di mengenai kesederhanaan,kesusahan dan penderitaan Rakyat.

Setelah mereka meningkat Dewasa,Cheng Ho muncul sebagai Watak utama membantu Putera Zhu Di mendapatkan Takhta Naga iaitu Maharaja Cina.Putera Zhu Di kemudian menukar namanya dan dikenali sebagai Maharaja Yong Le.Semasa menjadi Maharaja inilah keretakan hubungan Persaudaraan ini mula retak.

Salah satu sebabnya ialah Nama Sebenar Cheng Ho.Seperti yang kita ketahui,Nama Cheng Ho ialah Ma Ho atau Ma Sanbao.Pemaisuri Maharaja ketika itu kebetulan memiliki Nama Keluarga Ma.Permaisuri tidak menyukainya kerana Dirinya Seorang Permaisuri yang dihormati,Sedangkan Cheng Ho seorang Sida dan Hamba.Kerana inilah Cheng Ho terpaksa menukar namanya kepada Cheng Ho.

Sebab keduanya ialah Selepas berjaya Mendapat Takhta Naga,Maharaja Yong Le ingin membunuh semua penyokong Maharaja Terdahulu beserta seluruh Keluara Mereka.Tindakan ini ditegah dan dibantah Keras oleh Chen Ho kerana bertentangan dengan Prinsip Agama Islam iaitu Memaafkan.Atas sebab ini jugalah,Cheng Ho telah di perintahkan oleh Maharaja Yong Le untuk keluar berlayar atas nama Menjalin Hubungan Diplomatik,menyebar Mesej keamanan serta memperluaskan pengaruh Cina.

Pada Masa itu,Pelayaran adalah satu bidang yang teramat merbahaya.Kapal yang dibina diperbuat daripada Kayu,dan digam dengan Damar Pokok.Tidak seperti Kapal Moden yang kukuh yang diperbuat daripada Besi dan di kimpal teguh.Namun Cheng Ho mengangapnya sebagai Cabaran dan menyahutnya.Beserta dengan 300 buah Kapal dan berpuluh ribu anggota seperti Pedagang,Saintis,Tentera,dan Pelbagai lagi lapisan Masyarakat.Tidak ada satu pun di Dunia pada masa itu yang dapat menandingi kekuatan dan kebesaran Armada Pimpinan Cheng Ho.

Kekuasaan Cheng Ho pada masa itu ibarat Amerika Syarikat yang menguasai Dunia pada masa ini.Digeruni dan Ditakuti oleh Musuh dan Disanjung dan diangap Wira Oleh Negara yang mendapat Perlindungan Cina.Malah tidak dinafikan,Kewujudan Melaka juga adalah atas Jasa Cheng Ho.Kerana perlindungan Cina,Kerajaan Siam dan Majapahit yang pada masa itu bercita-cita menawan Melaka terhalang

Pengajaran daripada Cerita Laksamana Cheng Ho ialah Dirinya seorang Muslim yan sejati.Sepanjan hidupnya,dirinya teguh mempertahankan Agama Islam.Bayangkan anda berada ditempatnya,menjadi Hamba kepada Maharaja Cina pada masa itu?Namun kerana keberanian dirinya inilah,Putera Zhu Di tertarik dan membenarkan Cheng Ho mengamalkan aama Islam.Malah Putera Zhu Di yang kemudiannya menjadi Maharaja Cina mengalakkan Cheng Ho menyebarkan ajaran Islam di semua tempat yang dilawatinya didalam Pelayarannya.

Cheng Ho ialah Muslim yang sejati.Seoran Muslim yang sejati bukan menunaikan Solat,berpuasa sahaja tetapi wajib berdakwah menyebarkan ajaran Islam.Inilah yang dilakukan Cheng Ho.Semoga Allah menempatkan Rohnya disisi hambanya yang diredhai....













Monday, January 16, 2012

Best ker Mati Syahid?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis.....Berkongsi Ilmu yang ada didada,untuk renungan dan kebaikan Bersama.......

Mati Syahid,Best ker Mati Syahid?

Salam semua.Bila disebut Mati,kita semua terbayang mengenai saat akhirnya kehidupan kita di dunia ini,dan digantikan dengan Alam Kubur.Namun mati pun ader jenis-jenisnya.Mati Syahid adalah satu kematian yang amat Mulia.Tahukah anda apa keistimewaan Mati Syahid ini?

Mati Syahid ialah umat Islam yang terkorban semasa berperang di jalan Allah untuk memerangi golongan yang tidak beriman kepada Allah.Orang yang mati syahid ini adalah salah satu daripada lima golongan yang bertuah dapat masuk Ke Syurga tanpa perlu dihisab di hari Pengadilan nanti.Malah golongan ini mendapat satu lagi Keistimewaan iaitu mereka walaupun sudah mati,tetapi mereka ini hidup didalam alam lain yang hanya diketahui Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah,Ayat 154,"Janganlah kamu mengatakan sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu Orang yang Mati.Sebaliknya mereka itu orang yang hidup dengan keadaan yang istimewa,tetapi kamu tidak menyedarinya,".

Ayat ini menjelaskan kisah mereka yang mati memperjuangkan agama Allah di medan peperangan melawan org yan tidak beriman kepada Allah.Manakala Maksud mereka itu orang yang hidup ialah mereka hidup didalam Alam yang lain,dimana mereka mendapat nikmat dari Allah sementara menunggu Hari Pengadilan(kiamat).

Beruntunglah Golongan ini kerana mendapat nikmat yang tidak terhingga disisi Allah.Namun,wujudkah Mati Syahid di Zaman moden ini?

Sekian,Assalamualaikum penutup Bicara......

Sunday, January 15, 2012

Ombak Rindu Best?Cerita ini lagi Best

Secankir Tinta Seluas Pandangan Menulis.....Nampaknya Demam Ombak Rindu Semikin menganas.Setelah menghempas di Pawagam,Ombak Rindu Menghentam pula Astro First.Namun itu adalah Cerita Rekaan.Ada satu Kisah Benar di Zaman Rasullulah.Sama-samalah Kita renungkan........


Lelaki hitam yang tiada Jodoh di dunia,Namun mendapat Jodoh Di Akhirat..

Pada aman Rasullulah,Nabi Muhammad S.A.W,ada seorang lelaki yang Hitam Wajah dan kulitnya serta Hodoh.Lelaki ini menemui Rasullulah mengadu mengenai masalah dirinya.Sudah puas dirinya mencari,meminang serta merisik ramai Gadis,namun kesemuanya ditolak kerana wajahnya.Padahal dirinya seorang yang Warak serta kuat Agamanya.Adakah wajah yang menjadi keutamaan berbanding Agama?

Berkata Rasulullah,"Adakah Amr bin Wahab yan berasal dari Suku Tsaqief dan baru masuk Islam berada disini?.Apabila jawapan yang diberi ialah tidak,Nabi Muhammad menyuruh lelaki Hitam itu pergi kerumahnya sambil membawa pesan bahawa Rasulullah sudah mengahwinkannya dengan Anak Gadis Kamu.

Amr bin Wahab memiliki seorang anak Gadis yang cantik dan cerdik bernama Atikah.Pada mulanya lelaki Hitam itu disambut dgn baik,namun oleh kerana ianya hitam dan Hodoh,mereka mula merasa tidak senang dengannya.Apabila Lelaki Hitam itu menyampaikan perintah Nabi Muhammad iaitu dirinya telah dikahwinkan dengan Anak gadisnya,mereka pun menolaknya dengan cara yang kasar.

Apabila anak gadis itu mengetahui perkara itu,dia pun mencari ayahnya serta menyuruh ayahnya menikahkan dirinya dengan Lelaki Hitam itu kerana Rasulullah sendiri yang mengahwinkan mereka.Pergilah bapanya mencari Lelaki hitam itu dan bersetuju mengahwinkan mereka.

Namun,Lelaki hitam itu tiada mas kahwin mahupun harta.Berkata Rasullulah,"Mas Kahwin untuk isteri kamu ditanggung oleh tiga oran daripada kaum Mukminin.Pergilah kepada Uthman bin Affan,Abd Rahman bin Auf dan Ali dan mintalah setiap dari Mereka 200 Dirham.Setelah mendapat wang itu,pergilah ia ke Pasar untuk membeli Hadiah kepada Bakal Isterinya.Maka disini bermulalah kisah yang mengharukan.......


Setibanya ia dipasar,ia pun meronda-ronda mencari hadiah yang sesuai untuk Bakal Isterinya.tiba-tiba ianya terdengar suara dari kejauhan "Wahai Kuda Allah,Kamu Naiklah kenderaan."Kemudian terdengar Suara Nabi Muhammad,"Keluar Berjihad,Keluar Berjihad."

Lelaki Hitam itu melihat ke langit sambil berdoa,"Ya Allah,Tuhan Pencipta Lanit dan Bumi,Tuhannya Nabi Muhammad,saya mengunakan duit ini untuk perkara yang lebih disukai Allah(berkahwin) sedangkan Rasulullah  pula keluar Berjihad memerangi kaum Kafir.Lalu beliau pun mengunakan Semua Wang itu untuk membeli Kuda,Pedang,Tombak dan Perisai.Beliau mengetatkan ikatan serbannya dan Tali Pingangnya serta memakai topi besinya sehingga matanya sahaja yang kelihatan.Beliau berdiri ditengah-tengah barisan para Mujahidin,sehingga mereka tertanya-tanya siapakah gerangan Penunggang kuda yang tidak dikenali itu.Malah Rasullullah juga kehairanan dan tidak mengetahui siapakah Lelaki itu.

Ketika berperang,Lelaki itu mara dengan Beraninya dan tidak gentar.Beliaulah yang berada dibarisan depan,melawan musuh dengan bersenjatakan tombak dan pedang.Ketika kudanya tidak kuat kerana telah cedera,ianya pun turun sambil menyingsing lengannya.Ketika itulah Nabi Muhammd melihat Tangannya yang Hitam dan mengenalinya.Lelaki itu terus berperang sebelum ianya ianya ditikam dan Mati Syahid.

Nabi Muhammad menuju kearahnya lalu mengangkat kepalanya dan meletakkan di pangkuan beliau sambil mengusap tanah yang melekat dimukanya dan berkata"alangkah Harumnya baumu,alangkah Kasihnya Alaah dan Rasulullah kepadanya".

Kemudian Nabi Muhammad Menangis,ketawa dan memalingkan Mukanya sambil berkata kini beliau(lelaki hitam itu) sudah sampai ke Haudh iaitu telaga yan diberikan Allah kepada Nabi Muhammad iaitu Telafa yang airnya lebih putih dari Susu,dan rasanya lebih Manis dari Madu.Sesiapa yang minum airnya satu kali,tidak akan Haus Selama-lamanya.

Rasulullah ditanya lagi,"Ya Rasulullah,mengapa engkau menangis,ketawa dan kemudian berpaling muka daripadanya,?

Nabi Muhammad menjawab,"Aku menangis kerana akan Rindu kepadanya(lelaki Hitam itu).Aku ketawa kerana gembira melihat kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepadanya dan Aku berpaling Muka kerana melihat bakal-bakal Isterinya daripada Bidadari berebut-berebut mahu mendekatinya sehingga terbuka betis mereka.Kerana itulah aku segera memalingkan mukaku kerana Malu."

Inilah dia Lelaki yang tiada jodoh di Dunia,Namun menemui Jodoh di Akhirat.Namun disini saya selitkan sedikit persoalan yang diharap dapat dijawab oleh mereka yang benar-benar membaca kisah ini?

  • Anda sudah membaca,namun mengapa tidak menangis teresak-esak dan mengalirkan Air Mata seperti Di Pawagam sedangkan ianya rekaan,padahal kisah ini adalah Benar?
Sekian,Terima Kasih.......



Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis.....

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails