Lelaki hitam yang tiada Jodoh di dunia,Namun mendapat Jodoh Di Akhirat..
Pada aman Rasullulah,Nabi Muhammad S.A.W,ada seorang lelaki yang Hitam Wajah dan kulitnya serta Hodoh.Lelaki ini menemui Rasullulah mengadu mengenai masalah dirinya.Sudah puas dirinya mencari,meminang serta merisik ramai Gadis,namun kesemuanya ditolak kerana wajahnya.Padahal dirinya seorang yang Warak serta kuat Agamanya.Adakah wajah yang menjadi keutamaan berbanding Agama?
Berkata Rasulullah,"Adakah Amr bin Wahab yan berasal dari Suku Tsaqief dan baru masuk Islam berada disini?.Apabila jawapan yang diberi ialah tidak,Nabi Muhammad menyuruh lelaki Hitam itu pergi kerumahnya sambil membawa pesan bahawa Rasulullah sudah mengahwinkannya dengan Anak Gadis Kamu.
Amr bin Wahab memiliki seorang anak Gadis yang cantik dan cerdik bernama Atikah.Pada mulanya lelaki Hitam itu disambut dgn baik,namun oleh kerana ianya hitam dan Hodoh,mereka mula merasa tidak senang dengannya.Apabila Lelaki Hitam itu menyampaikan perintah Nabi Muhammad iaitu dirinya telah dikahwinkan dengan Anak gadisnya,mereka pun menolaknya dengan cara yang kasar.
Apabila anak gadis itu mengetahui perkara itu,dia pun mencari ayahnya serta menyuruh ayahnya menikahkan dirinya dengan Lelaki Hitam itu kerana Rasulullah sendiri yang mengahwinkan mereka.Pergilah bapanya mencari Lelaki hitam itu dan bersetuju mengahwinkan mereka.
Namun,Lelaki hitam itu tiada mas kahwin mahupun harta.Berkata Rasullulah,"Mas Kahwin untuk isteri kamu ditanggung oleh tiga oran daripada kaum Mukminin.Pergilah kepada Uthman bin Affan,Abd Rahman bin Auf dan Ali dan mintalah setiap dari Mereka 200 Dirham.Setelah mendapat wang itu,pergilah ia ke Pasar untuk membeli Hadiah kepada Bakal Isterinya.Maka disini bermulalah kisah yang mengharukan.......
Setibanya ia dipasar,ia pun meronda-ronda mencari hadiah yang sesuai untuk Bakal Isterinya.tiba-tiba ianya terdengar suara dari kejauhan "Wahai Kuda Allah,Kamu Naiklah kenderaan."Kemudian terdengar Suara Nabi Muhammad,"Keluar Berjihad,Keluar Berjihad."
Lelaki Hitam itu melihat ke langit sambil berdoa,"Ya Allah,Tuhan Pencipta Lanit dan Bumi,Tuhannya Nabi Muhammad,saya mengunakan duit ini untuk perkara yang lebih disukai Allah(berkahwin) sedangkan Rasulullah pula keluar Berjihad memerangi kaum Kafir.Lalu beliau pun mengunakan Semua Wang itu untuk membeli Kuda,Pedang,Tombak dan Perisai.Beliau mengetatkan ikatan serbannya dan Tali Pingangnya serta memakai topi besinya sehingga matanya sahaja yang kelihatan.Beliau berdiri ditengah-tengah barisan para Mujahidin,sehingga mereka tertanya-tanya siapakah gerangan Penunggang kuda yang tidak dikenali itu.Malah Rasullullah juga kehairanan dan tidak mengetahui siapakah Lelaki itu.
Ketika berperang,Lelaki itu mara dengan Beraninya dan tidak gentar.Beliaulah yang berada dibarisan depan,melawan musuh dengan bersenjatakan tombak dan pedang.Ketika kudanya tidak kuat kerana telah cedera,ianya pun turun sambil menyingsing lengannya.Ketika itulah Nabi Muhammd melihat Tangannya yang Hitam dan mengenalinya.Lelaki itu terus berperang sebelum ianya ianya ditikam dan Mati Syahid.
Nabi Muhammad menuju kearahnya lalu mengangkat kepalanya dan meletakkan di pangkuan beliau sambil mengusap tanah yang melekat dimukanya dan berkata"alangkah Harumnya baumu,alangkah Kasihnya Alaah dan Rasulullah kepadanya".
Kemudian Nabi Muhammad Menangis,ketawa dan memalingkan Mukanya sambil berkata kini beliau(lelaki hitam itu) sudah sampai ke Haudh iaitu telaga yan diberikan Allah kepada Nabi Muhammad iaitu Telafa yang airnya lebih putih dari Susu,dan rasanya lebih Manis dari Madu.Sesiapa yang minum airnya satu kali,tidak akan Haus Selama-lamanya.
Rasulullah ditanya lagi,"Ya Rasulullah,mengapa engkau menangis,ketawa dan kemudian berpaling muka daripadanya,?
Nabi Muhammad menjawab,"Aku menangis kerana akan Rindu kepadanya(lelaki Hitam itu).Aku ketawa kerana gembira melihat kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepadanya dan Aku berpaling Muka kerana melihat bakal-bakal Isterinya daripada Bidadari berebut-berebut mahu mendekatinya sehingga terbuka betis mereka.Kerana itulah aku segera memalingkan mukaku kerana Malu."
Inilah dia Lelaki yang tiada jodoh di Dunia,Namun menemui Jodoh di Akhirat.Namun disini saya selitkan sedikit persoalan yang diharap dapat dijawab oleh mereka yang benar-benar membaca kisah ini?
- Anda sudah membaca,namun mengapa tidak menangis teresak-esak dan mengalirkan Air Mata seperti Di Pawagam sedangkan ianya rekaan,padahal kisah ini adalah Benar?
Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis.....
No comments:
Post a Comment