Mereka yang ku hargai

Showing posts with label Nuffnang-Ku ada Idea untuk tingkatkan NANG blogger Melayu.... Show all posts
Showing posts with label Nuffnang-Ku ada Idea untuk tingkatkan NANG blogger Melayu.... Show all posts

Wednesday, October 20, 2010

Berblogging-Antara Realiti dan Fantasi.....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan berbicara........



Berblogging-Antara Realiti dan Fantasi...


Salam semua....Berblogging tidak dapat dipisahkan dari kehidupan blogger semua.Tanyalah apa itu blog,blogwalking,Nuffnang dari A sampai Z akan diterangkan.Namun wujudkah salah faham mengenai Berblogging ini.Adakah Penulis yang anda Kenali melalui Blognya ataupun yang meninggalkan komen yang bernas didalam Artikel anda,adalah orang yang sama diluar sana....


Trimas Encik Google kerana meminjam word ini


Sebagai contoh,Blog A dinamakan Cabaran Hidupku...Didalamnya terkandung senarai cabaran yang dilaluinya seperti kehidupannya,kepayahannya,kegembiraannya.Namun,adakah benar Kesemuanya Yang diperkatakanya....Ataupun adakah terselitnya sedikit Pembohongan...semata-mata untuk mendapatkan sesuatu yang dipanggil TRAFFIK.


Didalam blog,mungkin kita mengenali sebagai yang mesra,sering menyapa rakan-rakan,memberi komen yang bernas,Namun mungkin diluarnya dia seorang yang pendiam,memencilkan diri dan dianggap kera sumbang.Realiti dan Fantasi amat jauh bezanya..Berblogging hanyalah Fantasi,iaitu kita berjumpa,berkenalan serta membina silaturahim melalui Blogger.Tidak pernah kita bersua muka,bertanya khabar serta mengenali diri blogger yang lain.


Mungkin disatu masa kelak,kita berjalan-jalan dipasar raya,terserempak dengan rakan Blogger,berselisih bahu,namun tidak mengenalinya,sedangkan didalam Fantasi,kita AKRAB dengannya......Siapa tahu,namun tidak mustahil ianya akan berlaku jugakan....

Hanya Nuffnang yang menjadikan Fantasi berubah ke Realiti.Melalui program perjumpaan,rumah Terbuka,Majlis berbuka Puasa atau apa saja acara,Para Blogger yang hanya berchit chat di Innit dpt bertemu.Acapkali juga berlaku,persahabatan baru yang seBENAR-BENAR persahabatan terjalin.Namun,ada beratus Blogger diluar sana,malah ada berjuta laman Blog diMalaysia.Terima Kasih Nuffnang kerana menjadikan Fantasi ke Realiti..



Berbalik kepada pembaca,adakah anda berblogging hanyalah untuk Fantasi saja ataupun Realiti....

Friday, September 17, 2010

Nuffnang-Ku ada Idea untuk tingkatkan NANG blogger Melayu.....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Berbicara.....





Salam semua.Ilmuwan Internet mendapat idea untuk diajukan kepada Nuffnang berkenaan menaikkan Nang Blogger Melayu.Tahukah para blogger semua,Nuffnang juga terdapat Di Singapura,Australia serta Philipines.Oleh kerana itu,Pengunaan Bahasa Inggeris Di Dalam Blogger menarik tumpuan Ahli Nuffnang dari Negara terbabit untuk membaca serta mengundi.


Dicadangkan Nuffnang membuka cawangannya di Indonesia.Ini kerana terdapat berjuta-juta pengguna Internet di Indonesia,serta faktor bahasa Melayu yang digunakan hampir sama dengan Bahasa Melayu Malaysia.Ini memungkinkan Trafik serta Bilangan Nang yang lebih besar dari Indonesia.


Sebagai contoh peristiwa Rakyat Indonesia membakar bendera Malaysia di depan kedutaan Malaysia di Indonesia,turut mendapat perhatian para blogger disana.Malah,mereka juga turut mencari maklumat serta maklumbalas rakyat Malaysia menerusi Blogger Malaysia.


Disamping para blogger Melayu mendapat Faedah,Nuffnag turut mendapat faedah menerusi Pengiklanan yang semakin bertambah.Seperti yang dimaklumkan,Pengguna Internet di Indonesia jauh leboh besar dari Malaysia.Ini memungkinkan Pengiklanan yang akan menjana lebih banyak wang.



Encik Nuffnang,Kiranya ideaku ini boleh dilaksanakan?,,,,,




Ku mengharapkan Komen yang positif dari Rakan Blogger semua.Terima Kasih tidak terhingga kerana sudi membaca penulisanku ini....

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails