Salam Semua....Semua tahu Innit adalah salah satu tempat untuk Menarik Trafik ,juga untuk mempersembahkan karya penulisan seseorang.Bagi Blog yang baru saja dilahirlan,dimana Pemilik Blog itu baru mula belajar,Innit adalah seperti Sekolah Blog.Melalui Innit,dapat bertukar pandangan,menambah ilmu pengetahuan dan mendapatkan kenalan Blogger yang baru.
Akan tetapi,dimanakah Perpaduan Diantara Blog Melayu.Seringkali yang terpapar di Featured Post.dimana Blog yang bukan melayu mendapat NANG yang tinggi.Memang banyak Blog melayu juga tersenarai di Ruangan Featured Post,tetapi Nang yang diterima mengecewakan.
Selain Tajuk yang gempak,atau ISI yang menarik,tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh blog Melayu untuk menambah Nang.Adakah kerana Blog Melayu kekurangan kualiti,gambar pula tangkap muat atau cuma menyalin artikel dari internet,maka kurangnya sambutan di blog Melayu.
Jika benar ini penyebabnya,mengapakah Blog bukan Melayu yang memaparkan artikel yang sama seperti blog Melayu masih mampu meraih Nang yang tinggi.Jawapannya kerana Mereka Bersatu Padu serta menjalinkan Hubungan yang erat.Apabila mereka Ping post terbaru,rakan-rakan mereka akan memberikan sokongan,begitu juga sebaliknya.
Nang yang tinggi penting kerana pembaca yang melihat jumlah Nang,mungkin akan tertarik untuk melihat apa yang menyebabkan Post itu tinggi Nangnya.Ini sekaligus menambahkan trafik.Walaupun anda rajin mengunjungi blog orang lain,malah nang mereka,tak semuanya akan kembali membaca Blog anda.Beritahulah pada saya,apakah Tajuk post terbaru Rakan blogger atau Follower anda?
Bersatu kita Teguh,bercerai kita Roboh.
Ini hanyalah cetusan pendapat penulis.Bukanlah niat penulis untuk menimbulkan isu perkauman,tetapi menyedarkan rakan Blog pentingnya perpaduan didalam Blog.Belajarlah dari Blog yang bukan Melayu.
![]() |
| Secangkir Tinta,Seluas Pandangan |

