Mereka yang ku hargai

Friday, October 29, 2010

Mencari Bidadari Syurga

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis.......


Mencari Bidadari Syurga.

Hati ini sudah patah dengan Bidadari Dunia.Walaupun cantik serta mempersonakan,namun terlalu besar dugaan serta cubaan untuk memiliki Bidadari Dunia ini.Setinggi Everest,Lagi Tinggi Kasihku kepadanya,namun sekali air bah,sekali pantai berubah........Ku kini Mencari Bidadari Syurga yang sejati dan Abadi...Semoga dipertemukan dengannya Ya Allah......(ilmuwan internet)


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.




Sengaja saja saya buat Entri mengenai Cinta ini.Orang Putih memanggil Love,zaman saya bebudak dulu kita orang mengunakan 143.Kadang-kadang seronok juga cinta monyet ni dizaman sekolah dulu.Selepas meninggalkan bangku,barulah cabaran yang sebenar menanti.


Cinta itu Hadir tanpa dipaksa,Cinta itu bukan Buta,namun yang buta adalah Hati,hati yng tidak mengenal mana Cinta yang Palsu,mana yang hakiki.Cinta yang Palsu berdasarkan Nafsu manakala Cinta Hakiki Berdasarkan Hati yang Tulus.. Semoga mereka yang Menyintai serta Dicintai saling menjaga Hati mereka.........(Ilmuwan Internet)


Sekiranya Berminat dengan Penulisan Saya ,mengapa pula tidak membaca Penulisan saya yang dibawah
  1. Mencari MR/MRS Perfect
  2. Pelakonkah anda
  3. Kesetiaan itu satu Mainan
  4. Kesetiaan itu Satu Mainan part Two
  5. Kesetiaan itu satu Mainan part three

3 comments:

  1. best kata2 tentang cinta tu semua..

    lepas ni leh bukukan plak.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. kreatif bebudak dulu-dulu...
    siap ada kod 143 lgi
    hahha

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails