Mereka yang ku hargai

Sunday, November 14, 2010

Selamat Hari Raya Qurban semua

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis.....


Menghayati erti Korban yang sebenar....

Apakah itu Qurban yang sebenarnya.Malah ramai umat islam yang keliru serta memandang remeh mengenai Hari Raya Qurban ini berbanding Hari Raya Puasa.Memang Hari Raya Puasa kita berpuasa selama sebulan,penat lelah menahan lapar dahaga maka kita diberi Sambutan Raya.Namun Hari Raya Qurban Lebih Baik dan Lebih besar Fadihlatnya.

Apa itu Qurban.Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji(selepas solat Aidil Adha) dan hari-hari Tasyriq iaitu 11,12,dan 13 zulhijjah.Ibadah Qurban dituntut kerana beribadah kepada Allah S.W.T iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah iaitu Nabi Ibrahim a.s yang mana ianya kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

               
Hukumnya Sunat Muakad ke atas orang yang memenuhi Syarat-syarat yang berikut:
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Baligh serta berakal
  4. Berkemampuan melaksanakan ibadah Qurban
Qurban wajib bagi orang yang mampu atau berkecukupan tapi bila tidak melaksanakan kurban, Nabi Muhammad SAW mengingatkan : "Barang siapa yang sudah mampu dan mempunyai kesanggupan tapi tidak berQurban, maka dia jangan dekat-dekat kemushallahku." Hadis tersebut merupakan sindiran bagi orang-orang yang mampu dan banyak harta tapi tidak mahu berQurban.

Hikmah serta Fadhilat Qurban

  1. Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  2. Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan  Allah s.w.t.
  3. Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
  5. Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  6. Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.


    Erti Ibadah Berkorban yang sebenarnya ialah beribadah kepada Allah S.W.T.Ibadah Qurban yang dilakukan walaupun sekali akan memberi balasan yang berlipat kali ganda di Akhirat Kelak iaitu sebagai Binatang Tungangan Kamu semasa melintasi Titian Al-Sirat Al-Mustaqim kelak.Di Dunia kita sebulan Top up seratus sebulan(paling sedikit) ataupun berbelanja untuk bergaya membeli seluar Jeans jenama Levis beratus ringgit namun untuk melaksanakan Ibadah Qurban tidak mampu.Berqurbanlah kamu walaupun sekali sekiranya mampu....
      

    Pinjam gambar dari Encik Google
     

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails