Mereka yang ku hargai

Thursday, November 25, 2010

Halal Malaysia-Laku Di Luar Negara,Murah Di Negara sendiri...

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis....berkongsi pendapat serta renungan.....


Salam semua......

Halal Malaysia_Laku di Luar Negara,Murah di Negara Sendiri.

Halal!Satu Tanda yang menunjukkan bahawa sesuatu benda itu sama ada ianya makanan,pakaian,atau apa saja yang akan digunakan oleh Masyarakat Islam,didalamnya tidak terdapat sesuatu yang menyalahi hukum syarak.Namun di Malaysia sendir,Halal ini dipandang Murah serta enteng.Sama ada melalui penipuan Logo JAKIM atau pun memalsukan kandungan Bahan.

Halal pada masa kini teramat luas Bidangnya serta Bahannya.Berbeza dengan di Zaman Dulu,Zaman sekarang teramat Kompleks.Sebagai contoh 90% kosmetik mengandungi sumber Babi.Sumber dari Gelatin,urat serta Kolagen dari Babi digunakan sebagaikan sebagai agen untuk mengekalkan Warna serta ketahanan pemakaian Kosmetik pada Pengguna.Pengunaan kosmetik itu termasuklah Ubat Kumur,Lipstik,Deodoran serta pelbagai lagi barang Kosmetik.Kebanyakan berasal dari Luar Negara seperti Korea,Japan serta Eropah.


Namun walaupun ianya disahkan Halal,ianya hanya disahkan Halal di Negara terbabit ,bukan di Negara Malaysia sendiri.Proses Halal itu bukan saja bahan-bahannya,namun juga termasuk pemprosesan bahan,penghantaran serta pembungkusan.Jika Bahannya Halal,namun bungkusannya berasal dari sumber Haram,Adakah Halal juga Kosmetik itu?

Di Malaysia,terdapat pelbagai kosmetik Buatan Malaysia yang dihasilkan sendiri oleh Masyarakat Islam.Namun,sambutan terhadapnya masih lagi dingin.Ini kerana rakyat kita masih MERAGUI,bukan meragui Status HALAL,tetapi KEBERKESANAN kosmetik itu.Keberkesanan atau Halal yang Paling utama?Kecantikan atau Hukum Agama yang dipilih?


Di luar Negara seperti China dan Arab,Kosmetik Malaysia teramat mudah mendapat tempat didalam Masyarakat sana.Masyarakat disana sekiranya diajukan mengenai Kosmetik Malaysia,mereka terus membelinya tanpa ragu.Ini kerana Logo serta Status HALAL MALAYSIA sendiri amat terkenal di Luar Negara.Kerana itulah,Kosmetik Malaysia,walaupun baru senang mendapat pasaran kerana Status HALAL MALAYSIA itu.Namum itu tidak bermakna ianya tidak bermutu.Kosmetik Malaysia mengunakan Bahan Tradisional seperti Daun Jambu,Kunyit lain-lain.Bahan ini tidak mampu memberi kesan SEGERA kepada pemakainya,namun didalam jangka masa Panjang,Hasilnya pasti terserlah.


Terdapat beribu Kosmetik di Pasaran.Usahlah menuding jari serta menyerahkan tugas itu kepada JAKIM.Masyarakat Islam sendiri yang harus BERUBAH,serta BERTINDAK.Sedangkan Diluar Negara,Halal Malaysia teramat Laku, dinegara ini ianya dipandang Murah serta Remeh.Itu Baru Kosmetik,terdapat berjuta lagi Bahan diluar sana.BERTINDAK atau BERDIAM,apakah pilihan ANDA?


Ingin tahu mengenai Kosmetik Anda halal atau tidak?Dapatkan jawapannya didalam laman Web rasmi JAKIM.

1 comment:

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails