Mereka yang ku hargai

Thursday, November 18, 2010

Kopiah Buruk dan Songkok Baru

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis...menulis untuk berkongsi pengetahuan....


Kopiah Buruk Dan Songkok Baru.....


Satu hari di hari Jumaat,semasa umat islam sedang berduyun-duyun datang ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat.....Disatu tempat,semasa Imam sedang berkhutbah,duduklah seorang Pemuda dengan pemuda yang lain.Pemuda yang pertama memakai Songko baru yang cantik manakala yang kedua pula hanya berkopiah buruk....

Songkok Baru:Assalamuaikum kawanku Kopiah.

Kopiah Buruk:Waalaikumsalam Songkok.

Songkok Baru:Sudah berapa lama tuanmu membelimu?

Kopiah Buruk:Sudah 2 tahun lamanya Songkok.

Songkok Baru;Diriku juga sudah 2 tahun lamanya,namun mengapa terlalu jauh benar perbezaan kita.

Kopiah Buruk:Perbezaan apa maksudmu Songkok.

Songkok Baru:Mengapa dirimu terlalu buruk benar ku lihat sedangkan diriku masih baru lagi.Tuanku ini           seorang yang amat menyanyangiku,disimpannya aku didalam kotak untuk mengelakkan diriku terkena habuk.Tuanku juga hanya mengunakan diriku hanyalah beberapa kali saja,Jawab Songkok dengan Angkuh.


Kopiah Buruk:Alangkah bertuah hidupmu Songkok kerana mendapat tuan yang menyayangimu,sedangkan
tuanku ini tidak.Setiap hari akan dipakainya akan aku,setiap masa.Tidak pernah lekang dirinya dengan ku.Semasa Solat air sembahyangnya akan menyejukkan diriku ini,semasa solat,terasa nyaman hatiku.Tuanku juga tidak pernah lepas Menunaikan solat malam,setiap hari dia menangis mengenangkan dosanya semasa menghadap Allah S.A.W.Walaupun diriku ini buruk,Namun akau bertuah kerana mendapat Tuan yang soleh,yang mengunakan diriku setiap HARI,Kerana TUGASKU ialah melindungi Rambut Tuanku semasa solat.


Alangkah malunya Songkok Baru mendengar jawapan Kopiah Buruk itu.Barulah dirinya tersedar yang dirinya Hanyalah PERHIASAN saja sedangkan Kopiah Buruk itu pula MENJALANKAN tugasnya setiap hari.Apalah gunanya sesuatu barang itu,seperti sejadah yang cantik,Alquran yang menarik danSongkok yang baru yang mana hanyalah bertindak sebagai perhiasan saja iaitu amat jarang digunakan,walhal setiap benda itu ada tugasnya yang tersendiri...Wallahualam......

2 comments:

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails