Mereka yang ku hargai

Tuesday, October 26, 2010

Jangan Bermimpi nak Ke Piala Dunia Malaysiaku....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis......


Mimpi dan Angan-angan.........Mampukah Malaysiaku ini layak ke Piala Dunia satu Hari nanti.....Jawapannya mungkin tidak..

5 Sebab mengapa Malaysia tidak akan ke Piala Dunia:
  1. Mutu permainan Pemain Malaysia amat jauh dari pemain asing yang lain.Sebagai contoh,Kawalan Bola.Kawalan bola amat penting untuk memastikan kemenangan.Ada masanya kita perlu tahu masa untuk menyimpan atau melepaskan bola,namun dengan skil permainan Malaysia,Pemain harus lebih banyak menyimpan Bola.Ini kerana Kemahiran Hantaran mereka serta kebolehan merampas bola di udara amatlah mengecewakan.Penguasaan Bola Pasukan Malaysia masih lemah,Pasukan lawan amat mudah merampas bola sekaligus menjaringkan gol.Pertahanan Malaysia juga janganlah gentar untuk berdepan dengan Penyerang mereka,merampas bola dengan Apa juga cara(bukan jangan cara kotor ).Rantailah pergerakan lawan,pasti akan menyukarkan mereka menjaringkan gol.Hantaran juga perlulah tepat,ini kerana Hantaran Bola kita kurang tepat serta mudah dibaca dan dipintas lawan.Satu lagi ialah KELAJUAN.Penyerang serta pemain sayap kita haruslah memiliki kelajuan larian yang laju,lebih dari pertahanan lawan.Lihatlah Wayne Rooney,Michael Owen, Drogba serta Ronaldo,mereka memiliki kelajuan yang membolehkan mereka melepaskan diri dari kawalan pertahanan Lawan.
  2. Kelemahan pentadbiran Pasukan Negeri.Kelemahan ini amatlah ketara kerana selalu terpapang di Muka Suratkhabar mengenai isu kelewatan gaji serta Bonus,masalah Hutang yang tertunggak dan pelbagai lagi masalah yang lain.Alasan Persatuan bahawa Geran tahunan yang diperolehi dari Fam kecil dan terhad adalah tidak masuk akal.Persatuan harus bijak mencari sumber pendapatan yang lain,tidak bergantung saja kepada Fam.Mereka harus sedar bahawa bukan Tiada penaja yang ingin menaja mereka,namun pasukan mereka tidak bermutu serta kurangnya sambutan dari penonton.Penaja mahukan kejayaan didalam pasukan seperti   mendapat Sekurangnya Satu Piala,namun jika beraksi sekadar melepaskan batuk ditangga saja,usahlah bermimpi untuk mendapat Tajaan.
  3. Pemain sendiri.Anda harus meningkatkan prestasi permainan anda sendiri.Jika anda sudah berikan 100% usaha,berikan 120% usaha.Lihat serta contohi pasukan kerdil dari negara lain,Mereka jauh lebih rendah skil permainannya namun mampu juga mengikat kita apabila berlawan.Contohi juga kejayaan Pasukan Bola Sepak IRAQ,mereka pernah memenangi Piala Asia(Jika tidak silap) walaupun negara mereka berantakan.Mereka bermain kerana LAPARKAN KEMENANGAN,selagi belum sampai ke minit dan saat terakhir,selagi itu tidak akan menyerah.Ini tidak,setelah dibolosi 2,3 gol.semangat bermain terus pudar dan hilang.Usaha yang berterusan akan menghasilkan kejayaan.Penonton sebenarnya ingin melihat Pasukan Malaysia bermain dengan bermutu,walaupun kalah,kalahlah dengan bermaruah.Biarlah kalah 10 berbalas satu bila menentang Pasukan gergasi seperti Real Madrid atau Juara Piala Dunia,asalkan dapat mengegarkan Gwang lawan sekurangnya sekali..
  4. Eropah Lebih baik untuk pemain Malaysia menimba Ilmu.Buang pemikiran itu,Bukan Eropah saja memiliki Pemain yang terbaik,banyak lagi negara seperti Argentina,Brazil.Pernah saya membaca Satu keratan akhbar bahawa suasana Eropah yang sejuk Membolehkan Pemain berkembang dengan Lebih baik.Jika begitu,kenapa Brazil,yang iklimnya khatulistiwa sama panasnya dengan Malaysia mampu menjulang Piala Dunia serta melahirkan hampir 2,3 kali ganda pemain yang berkualiti.? Lihat juga kepada Negara Miskin seperti Afrika,Cameroon,Ghana,Ivory Coast.Mereka jauh lebih miskin dari negara kita yang kaya,malah bajet untuk Bola sepak Negara kita pun lebih besar dari Mereka,namun mereka mampu  melahirkan Pemain bertaraf Dunia seperti Didier Drogba,Michael Essien dan Lain-lain lagi.
  5. Penonton sendiri.Berikanlah sokongan,penuhilah stadium bila Pasukan Malaysia bermain.Janganlah diejek atau dibooooo bila Gawang Malaysia dibolosi.Serulah serta Laungkan Kata Malaysia Boleh,Semangat pemain pasti akan meningkat.Itu yang penting.Laungkan Malaysia Boleh,biarlah bergema diseluruh Sudut Stadium...

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails