Mereka yang ku hargai

Sunday, February 13, 2011

KIAMAT-Yang Wajib dan Haram mengenainya.....

Secangkir Tinta Seluas pandangan Menulis....Menulis unntuk memberi Kesedaran kepada Umat Islam....

KIAMAT-Yang Wajib dan Haram mengenainya

Kiamat.Menyebut namanya pun sudah terasa gerun dihati.Itulah Hari Pembalasan,Hari Kemusnahan Alam ini.Yang bernyawa pasti mati..tiada yang kekal dialam Ini,Hanya ALLAH saja Yang Kekal.Namun dengan peredaran Masa,ramai yang terleka dan Lalai mengerjakan suruhan Allah.

WAJIB-Umat Islam wajib mempercayai Hari Kiamat.Ini termaktub didalam Rukun Iman.Rukun Iman berada didalam Kedudukan Nombor Lima.

HARAM-Hari Kiamat itu pasti akan berlaku.Namun bilakah ianya akan berlaku,tiada siapa yang tahu,hanya Allah Yang maha berkuasa.Namun sejak dahulu lagi sehingga sekarang,ramai yang cuba mengagak serta mengira bilakah Hari Kiamat akan berlaku.Inilah yang Haram dan boleh menjejaskan Akidah Umat Islam.Ditambah lagi dengan beberapa petanda kecil sebelum Hari Kiamat,membuat semakin ramai yang membuat andaian dan ramalan tersendiri.

Sebagai Contoh Hari Kiamat akan berlaku pada 2012 apabila bintang Nibula melanggar Bumi,berdasarkan kalender MAYA.Ada juga yang membuat andaian dan ramalan yang dengan bencana alam yang semakin kerap berlaku,hari kiamat akan berlaku selepas 40 tahun atau selepas beberapa ketika.

Para Nabi serta Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W juga apabila ditanya bilakah berlakunya Kiamat itu hanya menerangkan tanda-tandanya,namun bila diajukan bilakah ia?Maka Nabi Muhammad S.A.W hanya menjawab ajukan Soalan itu kepada Allah Yang Maha Kuasa,Tiada Manusia di dunia ini yang mengetahui bilakah ianya akan berlaku.Kiamat adalah kekuasaan Allah.

Mereka menanya kepadamu tentang Kiamat,Bilakah Terjadinya,.'Sesungguhnya pengetahuan tentang Kiamat itu adalah Disisi Rabb-KU,tidak seorang pun yang dapat menjelaskan Waktu  kedatangannya selain Dia.Kiamat itu amat Berat(huru-hara bagi Mahkluknya) yang dilangit dan di Bumi.Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba",mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu mengetahuinya.Katakanlah,"Sesunguhnyapengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah disisi Allah,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Surah Al-A"raf:187



Maka janganlah kita umat Islam terpedaya dengan ramalan tentang bilakah kiamat akan berlaku.Ianya akan merosakkan akidah Islam kita.Satu Soalan yang akan MENYEDARKAN anda,Sekiranya mereka yang Bijak itu dapat meramal bilakah Kiamat,DAPATKAH MEREKA MERAMAL HAYAT MEREKA,MATI MEREKA?Jawapannya TIDAK.Maka seberapa bijak mereka meramal Kiamat pun,Ajal mereka sendiri tidak dapat diramal.

1 comment:

  1. nice sharing info..
    kiamat itu pasti..
    adakah kita telah bersedia?

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails