Mereka yang ku hargai

Tuesday, January 11, 2011

Awas dengan Khurafat Moden pada blog!

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis......

Pernahkah Satu ketika dahulu anda mendapat mesej dari Sms,email mahupun Blog yang menyatakan sesuatu Ayat yang kononnya dipetik dari Al-Quran.Ayat ini diceritakan kebaikannya sekiranya disebarkan seperti mendapat kenaikan gaji,keuntungan yang melimpah luah.Sekiranya Engan disebarkan,maka bala akan menimpa mereka yang enggan.

Inilah yang menjadi persoalan serta perbincangan Tajuk saya Hari ini.Memang benar ramai yang pernah menerima ayat ini,tidak terkecuali saya dan rakan-raakan saya.Namun bersyukurlah kerana saya masih mampu berfikir bahawa ianya hanyalah DAKYAH.Malangnya masih ramai rakan saya yang mempercayainya dan menyebarkan ayat ini.


Maka diatas rasa kesedaraan ingin menyedarkan umat Islam,saya terpanggil untuk menulis mengenai perbuatan ini.Sedarkah anda bahawa Hanya Allah yang berhak menurunkan Bala itu.Katakan seorang Imam yang 24 jam hidupnya mengabdikan dirinya kepada Allah menerima Mesej itu,namun tidak mengendahkan,maka apakah Segala perbuatannya tidak BERMAKNA sekiranya diturunkan BALA oleh ALLAH kerana tidak menyebarkan ayat itu?Kedua katakan juga sekiranya ayat itu bermaksud KEBAIKAN UNTUK MENGINGATKAN,Mengapakah pula terdapatnya BALA?Sedangkan didunia ini,masih ramai yang berbuat MAKSIAT,serta Kejahatan,namun ALLAH masih memberi mereka Peluang untuk berubah,masih menyayangi mereka.

Untuk menguatkan lagi Hujjah saya,Firman ALLAH melalui Surah az-Zumar ayat 38 memberi peringatan yang bermaksud"Katakanlah(kepada Mereka),"Kalau demikian,bagaiman fikiran kamutentang yang kamu sembah melainkan daripada Allah itu,?Jika ALLAH hendak menimpakan aku dengan sesuatu bahaya,dapatkah mereka mengelakkan atau Menghapuskan bahayanya itu,atau Jika ALLAH hendak memberi Rahmat kepadaku,dapatkah mereka menahan Rahmatnya itu,?. Katakanlah Lagi,"Cukuplah bagiku,ALLAH(Yang menolong dan memeliharaku),kepadanya hendaknya berserah(bertawakal)orang-orang yang berserah Diri,".

Sedarlah Saudara-saudaraku.Janganlah ada diantara kamu yang mempercayai SMS,mahupun cerita itu.Adakah SMS,EMAIL mahupun Surat itu jauh lebih berkuasa daripada ALLAH?Apa gunanya kita berdoa setiap hari sekiranya dengan hanya satu sms yang disebarkan,kita akan mendapat kebaikan.Apa gunanya saha sekiranya dengan sms hidup kita berubah senang.

Malah didalam sms itu,langsung tiada tertulis dengan jelas ayat AL-QURAN mahupun cerita darimana ianya dipetik.Terus terang saya katakan,Saya telah mendapat banyak sms itu,namun semuanya tidak pernah saya Hiraukan.Adakah BALA telah menimpa saya kerana mengendahkan SMS itu.Jawapannya tidak SEKALI,SEBALIKNYA rezeki saya bertambah murah........ 


Semoga umat Islam mengunakan Akal Fikiran sendiri serta bersandarkan kepada AL-Quran,bukannya kepada Hati dan Perasaan (Takutkan BALA)......



1 comment:

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails