Mereka yang ku hargai

Sunday, September 12, 2010

Kenapa Blog Melayu tidak Berdaya Saing?

Secangkir Tinta,Seluas Pandangan Menulis.............





Salam semua,Kenapakah blog Melayu Tidak Berdaya Saing?Jawapannya anatlah mudah.Persaingan yang amat Hebat sesama Blog.Umumnya mengetahui bahawa berita terkini juga merupakan salah satu cara untuk menarik trafik ke blog kita.Tambahan pula ada lebih 16 juta pengguna internet di Malaysia,yang mana memungkinkan tajuk itu mungkin menjadi Pilihan Pengguna Internet di Malaysia.


Sebagai Contoh,Kes Bunuh dan Bakar Pengasas Nouvelles Visage,Sosilawati bersama 3 orang pembantunya yang sedang heboh diperkatakan di MediaMassa.Lihat sajalah pada ratusan,malah ribuan blog menulis mengenainya.Kesemuanya mengikut versi yang tersendiri,.Walaupun dikatakan tersendiri,malah ada yang mendakwa mendapat dari sumber yang lain,Kebenarannya ialah ianya diceduk serta ditiru dari Media Massa seperti Metro,Kosmo atau Berita Harian Online.


Sekiranya ada yang mendakwa mendapat info dari sumber yang lain.adakah ianya mempunyai hubungan atau orang yang terlibat didalam kes itu.Sedangkan Pihak Berkuasa pun masih menyiasat,sudah ada berbagai Versi ysng dikeluarkan.


Cubalah Fikirkan,sekiranya didalam Surat Khabar serta Berita Tv dan Online pun rakyat dapat mengetahuinya,maka untuk apa lagi mereka membaca didalam blog?Jadi sudah hilang kelainan atau apa yang menarik mengenai sesuatu Blog itu.Sudah pasti blog anda terpaksa bersaing dengan kebiasaan Masyarakat iaitu Suratkhabar bukan?


Salah seorang yang berjaya didalam dunia blog pernah berkata,Carilah tajuk serta Berita yang kurang orang tahu atau cariannya didalam Internet.Usahlah bimbang sekiranya Takut tajuk itu tidak popular,kerana ianya sesuatu yang baru.Semakin Kurang cariannya,maka semakin ramai yang membaca.Ini kerana persaingan Tajuk itu tidaklah sesengit mana.Harus diingat bahawa Pengguna Internet di Malysia mencecah 16juta,sekiranya Tajuk yang tidak popular itu mampu meraih 1% saja dari Pengguna,bayangkan betapa besarnya trafik anda.


Kesimpulannya,Usahlah kerana sesuatu Tajuk itu mendapat Perhatian Masyarakat sekarang,Maka anda pun harus menulis mengenainya.Tidak salah menulis mengenainya,akan tetapi biarlah ianya mempunyai Kelainan serta perbezaan dari Blog yang Lain.Sekiranya sama saja isi kandungannya,MAKA adakah ianya dapat bersaing dengan blog yang Lain?




 Cetusan Idea Tinta......
Perbezaan Menghasilan sesuatu yang diluar jangkaan,berlainan dengan kesamaan yang menghasilkan Hasil yang setara.....

3 comments:

  1. a'ah betul tu..bila kita tulis benda yang ramai dah tulis, hilanglah keunikan dan eksklusifnya blog kita..

    ReplyDelete
  2. tak semua yg menulis blog tu kerana passionate..
    kebanyakan menulis hanya nak up trafik dan kaut duit hasil dari iklan yg disiarkan di blog masing2

    ReplyDelete
  3. hmm, kalau dulu.. org blog sbb nak share ape yg diorg nak... tp skrg ni, org blog smta2 utk kpuasan m'lihat trafic tgi m'langit.. pastu dpt dana dri iklan.. yg diorg asyik su org yg jenguk blog tekan bnda ala tu...

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails