Mereka yang ku hargai

Thursday, September 30, 2010

Malaysia harus memiliki serta membangunkan senjata perang ini

Secangkir Tinta Seluas Bicara ingin mengemukan idea......

Senjata apakah yang paling berkesan dimasa depan,yang mampu menewaskan musuh,serta merosakkan segala komunikasi serta kemudahan mereka.Malah mampu mengelakkan Korban nyawa yang tinggi.Jawapannya ialah EMP.
ikhsan google,cara letupan emp

EMP ialah Denyut Elektrik (Bahasa inggerisnya Electromagnetic Pulse) yang terhasil daripada tindakbalas letupan Nuklear atau peralatan Elektrik yang berkuasa.EMP mampu memusnahkan litar serta segala yang berkaitan mengenai mekatronik.Hasilnya,peralatan yang bernilai berjuta-juta dollar mampu dirosakkan dlmm sekelip mata.Walaupun begitu merbahaya,EMP tidak mendatangkan kesan kepada manusia.
ihsan google,contoh bom emp

Satu bom EMP mampu memusnahkan seluruh rangkaian Elektrik sebuah bandar.Radar tidak berfungsi,peralatan elektrik juga begitu,membuatkan kita mampu menang Tanpa menitikkan satitis darah pun sekiranya di  ancam.

Gambaran radius letupan emp

EMP boleh dihalang dengan menyalut wayar serta peralatan elektrik dengan penebat khas,namun kosnya teramat besar.Ini kerana ianya memerlukan tenaga pakar yang banyak untuk memasangnya,peralatan itu harus dibuka dan dileraikan satu persatu disalut serta dipasang balik.Ini menyebabkan ianya tidak praktikal dari segi kos untuk melindungi kesemua peralatan.

Amerika serta Negara barat yang lain sedang mengkaji dan membangunkannya sebagai satu senjata.Malaysia harus mengambil kesempatan ini untuk meneroka serta memajukan lagi teknologi persenjataan kita.Usahlah terlalu bergantung kepada Senjata kuasa barat yang lain,kerana ianya hanya menguntungkan mereka saja sedangkan di Malaysia,terdapat ramai yang berkemampuan.

Tuesday, September 28, 2010

Nang Blog Orang Lain,tidak memungkin mereka membalas Trafik Anda

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Berbicara....


Jemu sudahku dengan Innit...Walaupon ku selalu kerap mengunjugi Blog mereka yang menghantar Post di Innit serta memberikan mereka Nang ku sebagai sokongan terhadap Blogger Melayu,namun maklumbalas sestengah dari mereka amat mengecewakan.Ini kerana ramai yang bersikap "Peduli Apa dengan Blog Orang Lain" sedangkan mereka lupa ,tanpa sokongan dari segelintir Kecil Blogger seperti diriku,mereka Tidak akan dapat up Trafik mereka di Innit.



Kebanyakan dari Mereka memang menulis kerana ingin trafikitu sudah pasti,malah banyak yang biasa saja,tiada yang menarik,namun ku tetap memberi sokongan kepada mereka.Jika  Blogger Melayu tidak menyokong Blogger Melayu,siapa Lagi...Contohi Blogger Cina,mereka membentuk Komuniti sendiri,saling menyokong Sesama blog,sebab itu trafik mereka jauh meninggalkan kita.Sekiranya anda tidak percaya,cubalah pergi ke featured post berbahasa Inggeris,lihat betapa Besarnya Nang mereka walaupun hanya bercerita Mengenai Makan apa Hari ini atau Tempat yang Menarik.

Monday, September 27, 2010

Jangan Beli kereta Sekarang,tidak berbaloi kawan-kawan....

Secangkir Tinta,Seluas Pandangan Menulis....

Kereta Telah menjadi salah satu keperluan asasi Manusia.Sejak Dicipta oleh Henry Ford,Kereta talah berkembang dengan pesatnya.Namun,keburukan kereta ialah bahan bakarnya yang mencemarkan alam sekitar.Namun,bukan itu yang menjadi persoalan Entri ku ini..

Persoalanku ialah Sekiranya Anda membeli kereta sekarang dengan Pinjaman 9 tahun.....Akan Tetapi Dalam jangka masa 9 tahun itu,minyak akan kehabisan,bagaimana dengan kereta anda itu?Anda menghabiskan masa selama 9 tahun untuk membayar pinjaman bank,namun selepas habis membayar,minyak pula sudah kehabisan....

Memang,jawapam termudah ialah membeli kereta baru,namun bagi mereka yang berpendapatan rendah,membeli kereta baru amat membebankan..Jawapan kepada alternatif penganti bahan bakar ini ialah NGV,namun bagi mereka yang membeli kereta seperti Viva,savy yang mana ruangnya amat terhad,dimanakah hendak meletakkan Tangki NGV itu?

Sekarang ini,pengeluar Kereta Terkemuka dari Luar Negara sedang sibuk atau mula mengeluarkan kereta yang menjimatkan minyak seperti Hybrid,atau mengunakan bahan bakar baru seperti Etanol.Udara Mampat dan Lain-lain lagi.Ini kerana sebagai Negara Pengimport Minyak,mereka sedar akan kekurangan minyak dimasa depan,serta melihat peluang terawal untuk mendominasi perniagaan Ini.

Jadi,bagi mereka yang berminat untuk membeli kereta, fikirkan satu perkara,bukan soal kenaikan harga minyak,tetapi Selama mana minyak mampu bertahan?

Sunday, September 26, 2010

Apa kena dengan Nuffnang dengan Innit

Secangkir Tinta Seluas Pandangan....


Salam semua,baru-baru ini Status Gliterattiku telah ditukar kepada Status Biasa.Puas aku memikirkan mengapakah statusku telah ditukar,sedangkan kesetiaanku kepada Nuffnang tidak berbelah bahagi.

Jadi ku Ringankan Tangan melayangkan sepucuk Warkah,bukan Surat Layang kepada Pihak Nuffnang,bertanya mengapakah statusku telah berubah.Tunggu punya tunggu,hari ini,statusku telah berubah kepada Gliteratti semula,namun apa yang menghairankan tiada maklumbalas dari Pihak Nuffnang mengenai Statusku yang berubah itu.Aku perlukan maklumbalas itu,kerana dengannya,dapatlah diriku mengetahui apa kesilapanku,dan mengelakkannya dimasa depan.


Mungkin ,berlaku kekeliruan didalam sistem Komputer Nuffnang menyebabkan statusku itu berubah.Rugi beberapa hari kerana kurang pendapatan dari Iklan.Malah trafikkku juga menjunam kerana dilarang menyertai Innit.

Tadi ku utuskan Post terbaruku pada Innit,namun pelik,walaupun sudah ping,tidak keluar,eh eh eh,apa dah jadi ni dengan Nuffnang dengan Innit......Pelik aku,Ku cuba postkan kembali,namun hampa kerana Innit menyatakan sudah diping....Aik,jika sudah diping,kemana pula postku itu.....


Pelikkkkkkkkk aku dengan Innit kebelakangan ini.....

Saturday, September 25, 2010

Paper kita Tidak Telus..

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis....



Hari ini saya amat geram membaca paper.Tajuk yang membuatkan saya geram ialah Sosilawati Tidak dirogol.Tentu semua sedia maklum akan khabar ini.Apa yang membuatkan saya Geram ialah Tindakan Paper  yang berniat untuk meraih untung dengan mengunakan Tajuk ini.


Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman ,Datuk Seri Mohd.Bakri Zinin menegaskan didalam paper bahawa Sosilawati tidak dirogol,sekaligus menafikan laporan beberapa Akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis menyiasat Kemungkinan Sosilawati turut dirogol.


Kita para blogger faham bahawa Tajuk yang gempak akan menaikkan Trafik,begitu juga dengan paper.Tetapi dimana Hati nuraninya paper kita apabila tergamak menulis kemungkinan ini.Saya yakin jualan paper yang mengunakan tajuk Sosilawati dirogol meningkat dengan mendadak.Ini kerana Minat rakyat Malaysia untuk mengetahui perkembangan Kes Sosilawati.Dalam Hal ini,ianya bermotifkan Keuntungan semata-mata.Ini kerana ianya tidak berlandaskan daripada pihak polis sendiri,sebaliknya andaian pihak Paper sendiri.



Jadi dimana integriti serta ketelusan Paper kita hari ini............

Sunday, September 19, 2010

Kereta Baru LAWAN Secondhand?Dari Sudut Kewangan...

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis............



Gambar dari Google


Salam semua,Tajuk Entri saya hari ini ialah Kereta Baru Lawan Secondhand,yang mana terbaik.Walaupun sudah banyak diperdebatkan dan dibincang melalui Surat Khabar dan Internet,Namun itu semua mengutarakan kebaikan dan keburukan Kereta Baru dan Lama.Antaranya Jaminan Waranti,Accident Free dan Lain-lain.

Disini,saya ingin mengutarakan sesuatu yang mungkin harus dipertimbangkan oleh mereka yang ingin membeli kereta Terpakai.Sebagai Contoh Proton Saga Tahun 2005(Iswara),Dinilaikan berhargarm10,000.Manakala Setelah itu,Nilai jualan Baliknya meningkat Sehingga Rm 17,000.Ini bermakna Kereta yang anda ingin beli itu,Walaupun Pada fikiran anda nampak Murah,namun Keuntungan yang diraih oleh Penjual Kereta itu lebih banyak dari Yang Anda fikirankan.



Katakan Nilai kereta itu 17,000.anda berhutang dengan bank selama 9tahun,Ini bermakna anda kerugian lebih banyak dari sepatutunya,sedangkan Harga asal kereta itu cuma Rm 10,000,berganda yang anda perlu bayar.Jadi kemanakah nilai wang anda pergi sedangkan wang sekali ganda itu boleh digunakan untuk membeli sesuatu yang lebih penting.

Friday, September 17, 2010

Nuffnang-Ku ada Idea untuk tingkatkan NANG blogger Melayu.....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Berbicara.....





Salam semua.Ilmuwan Internet mendapat idea untuk diajukan kepada Nuffnang berkenaan menaikkan Nang Blogger Melayu.Tahukah para blogger semua,Nuffnang juga terdapat Di Singapura,Australia serta Philipines.Oleh kerana itu,Pengunaan Bahasa Inggeris Di Dalam Blogger menarik tumpuan Ahli Nuffnang dari Negara terbabit untuk membaca serta mengundi.


Dicadangkan Nuffnang membuka cawangannya di Indonesia.Ini kerana terdapat berjuta-juta pengguna Internet di Indonesia,serta faktor bahasa Melayu yang digunakan hampir sama dengan Bahasa Melayu Malaysia.Ini memungkinkan Trafik serta Bilangan Nang yang lebih besar dari Indonesia.


Sebagai contoh peristiwa Rakyat Indonesia membakar bendera Malaysia di depan kedutaan Malaysia di Indonesia,turut mendapat perhatian para blogger disana.Malah,mereka juga turut mencari maklumat serta maklumbalas rakyat Malaysia menerusi Blogger Malaysia.


Disamping para blogger Melayu mendapat Faedah,Nuffnag turut mendapat faedah menerusi Pengiklanan yang semakin bertambah.Seperti yang dimaklumkan,Pengguna Internet di Indonesia jauh leboh besar dari Malaysia.Ini memungkinkan Pengiklanan yang akan menjana lebih banyak wang.



Encik Nuffnang,Kiranya ideaku ini boleh dilaksanakan?,,,,,




Ku mengharapkan Komen yang positif dari Rakan Blogger semua.Terima Kasih tidak terhingga kerana sudi membaca penulisanku ini....

Wednesday, September 15, 2010

No Sosilawati Please.....

Secangkir Bicara,Seluas Pandangan Berbicara.....




Salam semua.Pasti semua dapat mengagak apakah tajuk yang Hit di Nuffnang Sekarang ini Tag Datuk Sosilawati Lawiya,Sosilawati dibunuh atau Sisilawati menjadi Popular Tag di Innit.Memang pengakhiran kisah Hidup Sosilawati amat Tragik,Sebagai Umat Islam,kita hanya mampu berdoa semoga Roh Arwah dicucuri rahmat,serta Pembunuhnya mendapat balasan yang setimpal.

Akan tetapi,Itu tidak bermakna sebagai Blogger,kita harus mengunakan Nama serta kisah Sosilawati untuk tajuk muka depan Entri Kita.Dimanakah Moral kita sebagai Blogger.Apakah perbezaan kita dengan surat Khabar,sekiranya entri didalam Post kita itu dicopy serta diubahsuai dari Akhbar Online?Jadi Dimanakah KEBENARANNYA  enti blogger anda?


Fikirkan Famili Sosilawati sekarang ini.Adakah mereka gembira sekiranya berita kematian Sosilawati digembar gembur di Surat khabar?Maaf,mereka tidak suka.Tiada siapa yang suka.KENAPA?Kerna hati pasti akan terus terluka sekiranya terbaca Mengenai Sosilawati.Bak kata orang,Yang dulu harus dilupakan,Mengapakah harus diungkit lagi.....Sekiranya kes itu terjadi kepada kita,sukakah kita sekiranya terbacanya di Blog orang lain.


Sosilawati telah pun pergi.Bukan TUGAS kita sebagai Blogger untuk menghebahkan Berita serta Info terkini mengenai Sosilawati.Itu tugas Akhbar.Sebab itulah,dilihat Nang mereka yang menghantar Post Tajuk ini teramatlah Kecil.Jadi Sepatutnya blogger belajar daripada ini.


Maaf sekiranya ada perkataan yang mungkin menimbulkan kemarahan Blogger,terutamanya yang menulis mengenai Sosilawati.Kita faham tujuan blogger menulis hanyalah untuk memaparkan info serta berita terkini,akan tetapi ada ratusan malah jutaan berita lagi yang boleh ditulis.Mengapakah kesedihan Orang lain yang menjadi Tajuk Entri kita?

Sunday, September 12, 2010

Kenapa Blog Melayu tidak Berdaya Saing?

Secangkir Tinta,Seluas Pandangan Menulis.............





Salam semua,Kenapakah blog Melayu Tidak Berdaya Saing?Jawapannya anatlah mudah.Persaingan yang amat Hebat sesama Blog.Umumnya mengetahui bahawa berita terkini juga merupakan salah satu cara untuk menarik trafik ke blog kita.Tambahan pula ada lebih 16 juta pengguna internet di Malaysia,yang mana memungkinkan tajuk itu mungkin menjadi Pilihan Pengguna Internet di Malaysia.


Sebagai Contoh,Kes Bunuh dan Bakar Pengasas Nouvelles Visage,Sosilawati bersama 3 orang pembantunya yang sedang heboh diperkatakan di MediaMassa.Lihat sajalah pada ratusan,malah ribuan blog menulis mengenainya.Kesemuanya mengikut versi yang tersendiri,.Walaupun dikatakan tersendiri,malah ada yang mendakwa mendapat dari sumber yang lain,Kebenarannya ialah ianya diceduk serta ditiru dari Media Massa seperti Metro,Kosmo atau Berita Harian Online.


Sekiranya ada yang mendakwa mendapat info dari sumber yang lain.adakah ianya mempunyai hubungan atau orang yang terlibat didalam kes itu.Sedangkan Pihak Berkuasa pun masih menyiasat,sudah ada berbagai Versi ysng dikeluarkan.


Cubalah Fikirkan,sekiranya didalam Surat Khabar serta Berita Tv dan Online pun rakyat dapat mengetahuinya,maka untuk apa lagi mereka membaca didalam blog?Jadi sudah hilang kelainan atau apa yang menarik mengenai sesuatu Blog itu.Sudah pasti blog anda terpaksa bersaing dengan kebiasaan Masyarakat iaitu Suratkhabar bukan?


Salah seorang yang berjaya didalam dunia blog pernah berkata,Carilah tajuk serta Berita yang kurang orang tahu atau cariannya didalam Internet.Usahlah bimbang sekiranya Takut tajuk itu tidak popular,kerana ianya sesuatu yang baru.Semakin Kurang cariannya,maka semakin ramai yang membaca.Ini kerana persaingan Tajuk itu tidaklah sesengit mana.Harus diingat bahawa Pengguna Internet di Malysia mencecah 16juta,sekiranya Tajuk yang tidak popular itu mampu meraih 1% saja dari Pengguna,bayangkan betapa besarnya trafik anda.


Kesimpulannya,Usahlah kerana sesuatu Tajuk itu mendapat Perhatian Masyarakat sekarang,Maka anda pun harus menulis mengenainya.Tidak salah menulis mengenainya,akan tetapi biarlah ianya mempunyai Kelainan serta perbezaan dari Blog yang Lain.Sekiranya sama saja isi kandungannya,MAKA adakah ianya dapat bersaing dengan blog yang Lain?




 Cetusan Idea Tinta......
Perbezaan Menghasilan sesuatu yang diluar jangkaan,berlainan dengan kesamaan yang menghasilkan Hasil yang setara.....

Saturday, September 11, 2010

Secangkir Tinta,Seluas Pandangan Menulis.....

Salam semua.Inilah penulisan sulung Blog ini.Bila Tinta Berbicara,Jari Menari.......Tujuan Blog ini dihasilkan ialah untuk menzahirkan Akal fikiranku kedalam Bentuk Penulisan.Bak kata pepatah"Pena lebih Tajam daripada Mata Pedang".Berkongsi pepatah yang sama,semoga penulisanku ini dapat menusuk serta membuka mata mereka yang membaca....



Salam perkenalan yang pertama dariku.....Secangkir Tinta,Seluas Pandangan.

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails