Mereka yang ku hargai

Monday, February 28, 2011

Quran Untuk Dimakan?

Secangkir Tinta Seluas Tinta Menulis.....


Quran Untuk Dimakan?

Salam semua.Terkejutkah anda mengenai Tajuk Ini.Memang benar wujudnya Quran untuk Dimakan.Di Arab Saudi,telah munculnya Satu trend untuk mencetak Ayat Al-Quran pada kek.Quran Kek ini mendapat sambutan dari pada Para Ibu Bapa dan sekolah Tahfiz sebagai Hadiah dan Semangat kerana berjaya menghafaz Al-Quran.

Bagi Pihak Ibu Bapa ini,cetakan Ayat Al-Quran ini lebih islamik dan bermakna daripada gambar kartun dan objek Alam yang biasa terdapat pada kek.Dari sini,Trend ini semakin merebak dan Bertambah teruk apabila Quran Kek ini mula mendapat sambutan pada majlis Perkahwinan,Kesyukuran dan Pelbagai Lagi.

Kerana Ini,Syeik Abdul Aziz Alu Syeikh,Mufti Besar Arab Saudi mengeluarkan Fatwa melarang ayat Al-Quran dicetk dan digunakan pada Kek.Perbuatan itu seperti mempersendakan dan Menghina Al-Quran.

Kata Mufti ini,

Menghormati Al-Quran ialah dengan Membacanya,Menghafalnya,Mendengarkan Bacaannya dan Melaksanakan Ajaran Yang disampaikan dari Ayat Al-Quran,Bukan memakannya.

Salah satu Quran Kek
Pinjam Gambar Google


P/S Sumber Rujukan daripada Majalah Al-Islam Keluaran Mac 2011.Dapatkan segera dipasaran.Padat dengan Informasi mengenai Islam

Friday, February 25, 2011

Kenapa EMAS tidak Sesuai Sebagai Matawang?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis....


Kenapa Emas tidak sesuai sebagai matawang?



Salam semua.Ramai yang mengetahu mengenai pelaburan emas.Emas sejak dahulu sehingalah sekarang nilainya tetap stabil.Jika berlaku penurunan pun,ianya langsung tidak menjejaskan.Ini kerana Emas tidak disandarkan kepada matawang,jadi ianya tidak terikat dan bebas untuk diapungkan harganya.Malah
kerana Emas tidak dapat Dicipta berbanding Duit kertas,ianya menjadi jauh lebih stabil.

Baru-baru ini,heboh mengenai pelaburan emas.Malah ramai yang mencadangkan emas dijadikan matawang yang baru.Pakar ekonomi juga ramai yang bersetuju.Namun saya tidak bersetuju Emas dijadikan Matawang.Alasan saya bersebab.Saya sebenarnya menyokong Emas sebagai matawang,tetapi sebelum Emas dijadikan Matawang,saya mahu semua SISITEM KAPITALIS,BANK-BANK YANG MENGAMALKAN RIBA dihapuskan dan digantikan dengan Sistem Kewangan ISLAM.Apa gunanya menukar Matawang sekiranya Riba serta Sistem Kapitalis masih diamalkan,malah ianya hanya akan menghancurkan Nilai Matawang itu saja.


Sebagai Contoh pinjaman Perumahan.Semua sedia maklum sekiranya anda meminjam Wang dari Bank untuk membeli Rumah,nilai bayaran balik sama dengan harga Rumah itu.Itu bermakna sekiranya anda meminjam RM100K,Anda terpaksa membayar RM200K.Inilah sistem Riba.Jadi sekiranya kita menukar Matawang kepada Emas,Maka Emas yang harus dibayar sudah tentulah Jauh lebih banyak bukan?


Kesimpulannya,Emas sesuai dijadikan Matawang,namun Segala Sistem Kapitalis serta Riba haruslah dihapuskan Dahulu.....

Monday, February 21, 2011

Apa yan lebih Mahal dari Emas permata dimasa depan........

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis....


Dimasa depan.apa yang lebih MAHAL dari Intan Permata?Jawapannya ialah MAKANAN.Cuba dilihat zaman kita sekarang.Kenaikan Harga barang makanan memang tidak dapat dielakkan.Kemarau yang berpanjangan,Banjir serta Bencana Alam memusnahkan Tanah Pertanian serta Penternakan.

Bayangkan suntuk menanam Padi memakan masa 6bulan,namun musnah dlm Banjir Sehari Dua.Jadi Kekurangan Bekalan Makanan dimasa depan akan semakin Meruncing.Ditambah dengan Peningkatan Mendadak Penduduk Dunia,Kebuluran akan melanda negara Pengeluar makanan yang terbesar,namun Miskin seperti India,Pakistan serta Afrika.

Ringkasnya Dimasa Depan,Intan Berlian tidak berguna.Makanan telah menjadi terlalu Mahal dan Amat berharga untuk Dibazirkan......

Asam Didarat,Garam di Laut.....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis....Jari jemari menari perlahan.......


Sedikit Nasihat Untukku Teman.....

Asam Di Darat,Garam di Laut,akhirnnya bertemu jua didalam Kuali.Namun perlunya Nisbah yang Serasi Diantaranya.Terlebih Asam,Menjadi Masam,Terlebih Garam,Menjadi Masin.

Begitu juga dengan Rencah Hidup berpasangan.Ada Jodoh pun,walaupun bersama,Tidak semestinya Bahagia.Jodoh hanya Mempertemukan dan Mengikat.Soal Kenahagian,Diri Sendiri dan Pasangan yang menentukan.Jika tubuh terluka,mampu disembuhkan,namun jika Hati yang Terluka,Hanya masa Rawatannya...


Ajal dan Maut Di Tangan Tuhan.Namun Soal Perpisahan Jodoh,Kebanyakan Bukan kerana Takdir.Segalanya Berpunca dari Keserasian dan Tolenrasi Bersama.........


Nukilan Dariku...ILMUWAN INTERNET..untukmu TEMAN....



Selamat Tinggal Kenangan....

Friday, February 18, 2011

Pergilah Sayang







Salam semua.Ini adalah sambungan dari Entri Cinta Sejati:Cinta Bodoh yang pernah diterbitkan beberapa Hari Lepas.Seorang Kawan telah mengambil keputusan Melepaskan Yang tersayangkan kepada Seorang Lelaki.Harapannya melihat Yang tersayang bahagia bersama Lelaki itu....

Akan tetapi,Kawan saya itu juga telah bersumpah tidak mahu bercinta lagi.Saya sebagai seorang rakan puas menasihatinya namun ditolaknya.Inilah Jawapannya daripada Seorang yang mengerti Erti Cinta yang sebenar....

"Melepaskannya Lebih sukar dari yang dijangka.Sakitnya bukan kepalang,hanya Mati Jawapannya.Aku pernah berjanji padanya dulu bahawa Hatiku Miliknya.Kini wanita yang kusayang itu,yang ku rindui itu bukan wanita yang ku kenali dan ku rindui dulu.Dirinya telah Mati.Maka separuh hatiku juga Telahpun terkubur.Bagaimana diriku ini hendak menyintai org lain.Tidak adil untukku memberikan hanya Separuh Hatiku saja."


Untuk apa bersatu sekiranya tidak akan Bahgia,Untuk apa berkahwin jika akan Bercerai,Untuk apa menyintai dan setia jika akan Putus.Dunia ini Fana.Bersendirian seorang diri tidak bermakna Hidup ini akan Kosong....Keluarga dan Teman-teman rapat akan mengisi kekosongan itu....Insyaaalah.

Wednesday, February 16, 2011

Revolusi di semenanjung Arab tanda kemusnahan Israel?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis....Menulis sekadar menambah pengetahuan...


Revolusi DiSemenanjung Arab:Tanda kemusnahan Israel?

Salam semua.Sekarang ini kerajaan Diktator Yang Dipimpin Oleh Husni Mubarak telah pun tumbang.Sekarang Revolusi sedang merebak di Tunisia,serta Negara Arab yang lain.Negara seperti Arab Saudi dengan Pantas mengumumkan pelbagai Inisiatif seperti kenaikan Gaji kepada kakitangannya.

Namun,benarkah Kebangkitan Revolusi Di semenanjung Arab ini tanda kemusnahan Israel.Telah tertulis bahawa terdapat 3 tanda kemusnahan dan kebangkitan Israel iaitu pertama semasa pimpinan Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W,Baitulmuqaddis jatuh dibawah tentera Islam.Kedua Kebangkitan Israel iaitu Penubuhan Negara Israel yang berdaulat.Semua mengetahuinya iaitu Selepas Perang Dunia Ke2,Negara Israel telah diiktiraf sehingga kini.

Yang Ketiga dan Terakhir ialah Kemusnahan Negara Israel.Terdapat Satu tentera yang amat kuat dapat memusnahkan seluruh negara Israel.Negara itu terletak disemenangjung Arab.Jadi benarkah Revolusi Disemenanjung Arab tanda kemusnahan Israel?Hosni Mubarak adalah sekutu Israel,begitu juga dengan beberapa Negara Arab lain yang walaupun tidak menyokong Israel tetapi mengiktiraf Israel.


Israel pasti Musnah.Cuma tidak diketahui bilakah ianya akan berlaku...Janji ALLAH YANG MAHA BERKUASA AMAT NYATA......YANG DITINDAS AKAN MENDAPAT KEADILANNYA....



Hosni Mubarak-Diktator serta Sekutu Israel

Cinta Sejati Cinta BODOH?

Secangkir Cinta Seluas Pandangan....Menulis berdasarkan Cerita Seorang Rakan.....


Seorang rakan saya baru-baru ini dilanda kesedihan.Sebagai seoran rakan yang mengambil berat,saya pun bertanya.Pada mulanya amat payah untuknya membuka Mulut,namun akhirnya segala yang terpendam terluah juga.

Cerita rakan,dirinya mengenali serta bercinta dengan seorang Gadis yang sebaya dengannya.Tahun ini genap 6 tahun percintaan mereka.Namun mahligai percintaan selama 6 tahun runtuh dalam masa beberapa bulan.Semuanya semata-mata si Buah Hati menemui seorang lelaki yang lain.

Diawal perkenalan buah hati dengan Lelaki itu,Telah wujud bibit-bibit kemesran.Si rakan dapat mengesan yang Cinta serta Mahligai terancam,lalu bertindak untuk mempertahankannya.Namun seperti Air Bah,begitu cepat Cinta berubah.Walaupun terluka,namun dilepaskan si Buah Hati kepada Lelaki itu...

Saya yang mendengar merasa terharu.Terfikir juga mengapa Lelaki ini Bodoh,melepaskan Si Buah Hati kepada Lelaki itu.Jawapannya pendek,namun mampu membuatkan kita berfikir......

"Cinta tidak bermakna bersatu.Cinta yang sebenar ialah melihat yang tersayang bahagia.Walaupun Diri sendiri terluka.Itulah Cinta yang sebenarnya....iaitu BELAJAR UNTUK MELEPASKAN........"

Berapa ramai yang pasangan yang memiliki jiwa seperti Lelaki Ini?Adakah Cinta anda benar-benar sejati......

Monday, February 14, 2011

AIR SEBAGAI PENYEMBUH PENYAKIT

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis.....Air sebagai penyembuh penyakit.....



Benarkah Air Boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit?Jawapannnya Boleh.Didalam Islam sendiri,Nabi Muhammad S.A.W banyak kali mengunakan air untuk menyembuhkan penyakit kaum muslimin.Malah Nabi Muhammad S.A.W juga pernah mengunakan air lebihan Wudhu nya untuk menyembuhkan penyakit.

Pernahkah anda melihat didalam Majlis bacaan Yasin,air diletakkan ditengah-tengahnya.Banyak kali juga bukan.Sebenarnya Air MAMPU MENDENGAR.Didalam Kajian yang dijalankan,didapati air yang didedahkan kepada bunyian yang merdu dan lembut,Molekulnya berubah menjadi Seperti Hablur Kristal yang Cantik.Manakala air yang didedahkan kepada Bunyi yang keras dan Teruk,Molekulnya menjadi Lebih teruk lagi.

Bacaan Yasin serta Ayat Al-Quran adalah termasuk didalam Bunyi yang merdu itu.Air juga adalah Ciptaan Allah.Sedangkan Manusia terpesona dengan kelunakan serta keindahan Bacaan Al-Quran,begitu Juga Air.Sebab itu apabila anda hendak meminum Air,Hendaklah mengucapkan Bismillahirahmannirahim,serta selawat kepada Junjungan kita Nabi Muhammad.Insyaaallah Air itu boleh menjadi penawar,jauh lebih baik dari Ubatan yang dicipta Manusia....

Sunday, February 13, 2011

KIAMAT-Yang Wajib dan Haram mengenainya.....

Secangkir Tinta Seluas pandangan Menulis....Menulis unntuk memberi Kesedaran kepada Umat Islam....

KIAMAT-Yang Wajib dan Haram mengenainya

Kiamat.Menyebut namanya pun sudah terasa gerun dihati.Itulah Hari Pembalasan,Hari Kemusnahan Alam ini.Yang bernyawa pasti mati..tiada yang kekal dialam Ini,Hanya ALLAH saja Yang Kekal.Namun dengan peredaran Masa,ramai yang terleka dan Lalai mengerjakan suruhan Allah.

WAJIB-Umat Islam wajib mempercayai Hari Kiamat.Ini termaktub didalam Rukun Iman.Rukun Iman berada didalam Kedudukan Nombor Lima.

HARAM-Hari Kiamat itu pasti akan berlaku.Namun bilakah ianya akan berlaku,tiada siapa yang tahu,hanya Allah Yang maha berkuasa.Namun sejak dahulu lagi sehingga sekarang,ramai yang cuba mengagak serta mengira bilakah Hari Kiamat akan berlaku.Inilah yang Haram dan boleh menjejaskan Akidah Umat Islam.Ditambah lagi dengan beberapa petanda kecil sebelum Hari Kiamat,membuat semakin ramai yang membuat andaian dan ramalan tersendiri.

Sebagai Contoh Hari Kiamat akan berlaku pada 2012 apabila bintang Nibula melanggar Bumi,berdasarkan kalender MAYA.Ada juga yang membuat andaian dan ramalan yang dengan bencana alam yang semakin kerap berlaku,hari kiamat akan berlaku selepas 40 tahun atau selepas beberapa ketika.

Para Nabi serta Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W juga apabila ditanya bilakah berlakunya Kiamat itu hanya menerangkan tanda-tandanya,namun bila diajukan bilakah ia?Maka Nabi Muhammad S.A.W hanya menjawab ajukan Soalan itu kepada Allah Yang Maha Kuasa,Tiada Manusia di dunia ini yang mengetahui bilakah ianya akan berlaku.Kiamat adalah kekuasaan Allah.

Mereka menanya kepadamu tentang Kiamat,Bilakah Terjadinya,.'Sesungguhnya pengetahuan tentang Kiamat itu adalah Disisi Rabb-KU,tidak seorang pun yang dapat menjelaskan Waktu  kedatangannya selain Dia.Kiamat itu amat Berat(huru-hara bagi Mahkluknya) yang dilangit dan di Bumi.Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba",mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu mengetahuinya.Katakanlah,"Sesunguhnyapengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah disisi Allah,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Surah Al-A"raf:187



Maka janganlah kita umat Islam terpedaya dengan ramalan tentang bilakah kiamat akan berlaku.Ianya akan merosakkan akidah Islam kita.Satu Soalan yang akan MENYEDARKAN anda,Sekiranya mereka yang Bijak itu dapat meramal bilakah Kiamat,DAPATKAH MEREKA MERAMAL HAYAT MEREKA,MATI MEREKA?Jawapannya TIDAK.Maka seberapa bijak mereka meramal Kiamat pun,Ajal mereka sendiri tidak dapat diramal.

Saturday, February 12, 2011

Valentine:HARAM namun TIDAK TELUS....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis....Agak lama menyepi.......Syukur kerana diberi sedikit kesempatan untuk menulis....


Valentine:Haram namun TIDAK TELUS

14 Febuari.Hari ini adalah hari yang amat dinantikan oleh semua pasangan kekasih mahupun Suami Isteri.Hari ini terkenal sebagai Hari Kasih Sayang.Sambutan ini bermula apabila seorang Paderi Kristian mati kerana Cintanya kepada Kekasihnya.Sejak itu,Valentine telah menjadi tradisi....

Di dalam Islam,Valentine ini Hukumnya Haram.Ini kerana Sambutan Valentine sebenarnya sebagai memperingati Peristiwa Paderi Kristian itu.Tentu semuanya sudah tahu bukan.Namun Setiap Tahun,walaupun larangan telah Dikeluarkan untuk melarang umat Islam menyambut Valentine,Ianya dipandang Remeh oleh Umat Islam sendiri.

Tiada gunanya Melarang sekiranya Jabatan Agama sendiri tidak telus.Lihatlah Dikaca tv anda,Di Surat Khabar malah dimana-mana Tempat Pasar Raya mahupun Restoren ,terdapat pelbagai Iklan yang mengalakkan umat Islam menyambutnya.Tidak terfikirkah Mereka ini?Dimanakah Ketelusan Jabatan Agama?

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails