Sharing is Caring.Kini sudah tiba masanya untuk saya berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan yang saya perolehi.Tajuk blog saya hari ini ialah Ikan Oarfish,Naga Di lautan....
Ikan Oarfish-Naga Di Lautan
Ikan Oarfish adalah salah satu jenis ikan di dunia ini yang sangat menyerupai Naga.Bentuk badannya yang seperti ular,memanjang dan bersaiz gergasi membuatkan dirinya digelar Naga.Ikan Oarfish termasuk di dalam keluarga Regalecidae.Ikan Oarfish pertama kali ditemui di pantai bermuda pada tahun 1860 dengan kepanjangan 4.9 meter.
Ikan Oarfish yang panjangnya 7.8 meter dijumpai oleh U.S Navy Seal di pantai Coronado,California,Amerika Syarikat pada tahun 2003. |
Ikan Oarfish(regalecus glesne) adalah yang terpanjang dan terbesar ditemui di Teluk Mexoco pada tahun 2008.Ukuran ikan ini sepanjang 17 Meter.Ikan ini dapat hidup di dalam kedalaman 1,000 Meter di bawah lautan.
lakaran ikan Oarfish |
Nama keluarga Regalecidae berasal daripada bahasa Latin regalis yang bermaksud Diraja.Ikan ini amat jarang dijumpai hidup-hidup,malah kebanyakan yang dijumpai ialah bangkaimya yang sudah mati,Ikan ini bertulang belakang,menjadikan ikan ini sebagai ikan yang memiliki tulang paling panjang di dunia.
Ikan ini hidup bersendirian dan memakan ikan kecil dan plankton.Oleh kerana tabiat hidupnya yang berada di bawah kedalaman 1000 meter,tidak banyak yang diketahui mengenai ikan ini.
Kepala ikan Oarfish |
Gambar menunjukkan Ikan Oarfish yang ditemui. |
Wallahualam.Mungkinkah ikan ini sebenarnya NAGA yang disangkakan oleh Nenek Moyang kita.Seperti yang diketahui,Ikan Oarfish telah wujud beratus-ratus tahun dahulu.Lihatlah Saiznya pada masa kini,mungkinkah pada zaman dahulu ianya bersaiz GERGASI dan kerana itu ianya digelar Naga.....
Peliknya ikan ni yer
ReplyDelete