Mereka yang ku hargai

Thursday, December 5, 2013

Pendedahan Penipuan tengkorak Kristal

Assalam semua.Bila idea menulis datang sendiri.Jari jemari ini menari-nari.....

TENGKORAK KRISTAL:Pendedahan Penipuan di dalamnya.

Ingat lagikah anda mengenai filem Indiana Jones yang terbaru tidak lama dahulu.Di dalam filem itu ada memaparkan mengenai tengkorak kristal.Kononnya tengkorak kristal itu berasal dari Angkasa lepas dan kepunyaan makhluk Asing.


beberapa contoh ambar tengkorak kristal yg dijumpai

Namun itu di dalam Filem.Realitinya semakin maju masyarakat kita,semakin banyak benda dan penipuan yang dilakukan.Ada yan berjaya dirahsiakan penipuan itu,ada juga yang berjaya di dedahkan.Inilah salah satu penipuan yang telah dilakukan untuk mengaburkan mata masyarakat dunia kita.

Filem Indiana Jones yang menggunakan tema Tengkorak Kristal


Tengkorak Kristal merupakan sejenis bongkah Kristal yang berbentuk tengkorak Manusia.Tengkorak kristal ini dijumpai pada tahun 1924 oleh penjelajah British bernama Frederick Mitchell-Hedges di reruntuhan pusat istiadat kaum Maya di Lubaantun,Honduras.Tengkorak ini diperbuat daripada kristal lutsinar bersaiz tengkorak manusia dan memiliki anatomi tengkorak yang tepat.

Tengkorak kristal yang pertama diberi nama sempena orang yang menjumpainya iaitu Mitchell-Hedges besaiz dengan ketinggian 13cm,panjang 18cm,lebar 13 cm dan berat 5.4 kg.Selain tengkorak ini,beberapa tengkorak yang lain turut dijumpai di tempat-tempat berasingan di dunia ini dan diberi nama seperti Tengkorak kristal Ami(Mexico),Sha Na Ra(Mexico),Max(Guatemala),Synergy(Micronesia),Einstein(Mexico),Mayan Skull (Honduras),ET(Guatemala) dan Mahasamatman(Honduras).Kesemua tengkorak ini memiliki anatomi tengkorak manusia yang tepat,namun berbeza dimensinya.Malah terdapat banyak lagi tengkorak kristal yang dijumpai dan diberi nama-nama tertentu.

Salah satu pendapat yang mashyur mengenai tengkorak kristal ini ialah jumlah sebenar kesemua tengkorak kristal ini adalah 13 buah,dan sekiranya digabungkan ianya dapat menyelamatkan dunia.Pendapat yang lain pula menyatakan bahawa tengkorak kristal merupakan portal ke alam roh,mampu menyanyi,meramal,menyembuhkan penyakit malah mendatangkan sumpahan.

Namun melalui penyelidikan serta pemerhatian yan mendalam,kesemua hujah-hujah dan pendapat mengenainya berjaya dipatahkan dan di dedahkan.Ini kerana melalui ujian yang di lakukan ke atas tengkorak dari Aztec Maya oleh Smithsonian Institution mendapati terdapat kesan ukiran pada tengkorak kristal menggunakan Carborundum,sejenis pelelas moden yang masih belum ada pada zaman pra-Columbus.Ini bermakna usia tengkorak kristal sebenarnya adalah pada awal abad ke 19.

Melalui kajian yang lain pada tengkorak kristal Musee du Quai Branly oleh pasukan penyelidik Nasional Centre Recherche et de restorasi des musees de France (Pusat penyelidikan Perancis) menyimpulkan terdapat kesan gilapan,lelasan pada tengkorak kristal menggunakan alat Moden.Daripada hasil ujian pemecut Zarah,mereka turut mendapati terdapat kesan air tersumbat yang berasal dari abad ke 19.

Penyelidik Jane Walsh Maclaren dari Smithsonian turut menemui dokumen yang mendapati bahawa Eugene Boban adalah pencipta tengkorak kristal ini.Boban turut menghasilkan beberapa tengkorak kristal lain yang diandaikan berasal daripada kebudayaan purba.Kesemua tengkorak ini dihasilkan di Jerman pada tahun 1867-1886.

Eugene Boban Pencipta Tengkorak Kristal

Dengan pendedahan ini,maka sudah terbuktilah bahawa penipuan yang dilakukan ini hanyalah semata-mata berasaskan keuntungan dan untuk menyimpangkan manusia daripada kebenaran.Ini kerana tidak kuran manusia yang mempercayai bahawa tenkorak kristal memiliki kuasa ajaib dan mampu menyelamatkan dunia.Kita sebagai umat islam wajib percaya pada ALLAH yang Esa,dan tidak mempercayai terdapatnya benda lain yang memiliki kuasa.Syirik namanya itu...

Sekian,Sharing Is Caring...

Sumber melalui pembacaan buku dan Internet...

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails