Mereka yang ku hargai

Friday, December 13, 2013

Namaku Hang Jebat


Pagi itu aku terlewat bangun.Sedar-sedar sahaja jam sudah pukul 8 pagi.Entah bagaimana aku terlupa untuk mengunci jam loceng pada malamnya.Jadi inilah akibatnya terlewat bangun.Sebut sahaja Lambat tiba ke tempat kerja,terbayang diriku wajah Encik Mirul,Penyeliaku yang bengis.Lambat sedikit sahaja pasti akan dileteri.Macamlah pejabat itu dia yang punya,"kata hatiku sambil bergegas menuju ke bilik Air.

Selesai sahaja mandi dan menukar baju kerja,aku terus mencapai kunci kereta yang terletak  di atas meja solek,dan terus menuju ke luar rumah dimana kereta kesayanganku setia menanti di luar.Honda Civic 2.0,berwarna merah garang kebanggaanku. Aku pun menghidupkan enjin kereta kesayangan ku dan kemudian Honda Civicku laju membelah jalanan menuju ke Putrajaya,Tempat kerjaku.

Sampai sahaja di tempat parkir kereta,mataku melilau mencari-cari parkir kosong.Time-time begini memang susah hendak mendapat parkir yang kosong.Salah diriku juga yang terlupa mengunci jam semalam.Menyesal kemudian tiada gunanya.Nampaknya nasib diriku agak bertuah hari itu.Tidak lama kemudian aku pun berjaya mendapatkan parkir yang kosong.

Usai meletak kereta,aku pun terus bergegas ke pejabat.Semasa menuju ke pejabatku,di tepi kaki lima mataku tiba-tiba terpandang seorang pengemis yang sedang duduk di satu sudut.Pelik aku melihatnya.Bukanlah bermaksud aku tidak pernah melihat pengemis,cuma pengemis ini sangat berlainan benarnya.Dengan berbaju melayu berwarna hitam pekat yang sudah koyak sana-sini,bersamping dan berkaki ayam.Di lengan kirinya penemis itu memakai sejenis gelang tangan yang bagi aku seperti fesyen yang tersangat lama.Fesyen yang kuno.Orang gila agaknya,bisik hatiku,dan aku terus menuju ke pejabatku.

"Assalamualaikum",kataku memulakan khabar kepada Cik Mala penyambut tetamu di pejabatku.Ku lihat Cik Mala membalas dengan senyuman manis kepadaku sambil berkata bahawa aku sangat bertuah pada hari itu kerana Encik Mirul tidak datang bekerja hari ini.Dari apa yang di dengari isterinya sakit.Mendengar itu,hatiku melonjak girang dan terus ke mejaku......

Waktu rehat tengahari pun tiba.Biasanya pada waktu begitu aku akan turun menuju ke kedai makan kegemaranku di pertengahan bulan.Ku namakan kedai itu Kedai pertengahan bulan kerana pada waktu macam inilah Poketku semakin mengering.Kedai itu sahaja yang paling murah di sekitar tempat ini.Rasa makanannya,emmm janji kenyang perut,senang hatikan.....

Sampai sahaja di kedai itu,seperti biasa aku pun memesan makanan kegemaranku iaitu Nasi Gereng Pedas Berapi.Hah nak tahu tidak mengapakah namanya beitu rupa.Sebenarnya diriku ini peminat makanan yang sangat pedas.Kalau tidak pedas rasa macam tiada rasa.Semakin pedas baru ada Kick kata orang .Tidak lama kemudian pesananku pun sampai dan aku pun terus menjamu selera.Sedang asyik ku nikmati makanan ku,tiba-tiba pengemis yang ku fikir gila itu turut berada di situ.Pengemis itu menuju ke kaunter dan ku lihat Makcik Zabedah terus membungkus lauk dan kemudian diberikannya kepada pengemis itu.

Pengemis itu pun menyerahkan gumpalan wang kertas yang ku tak pasti berapa nilainya dan kemudian berlalu pergi.Mataku dengan matanya bertemu semasa pengemis itu melalui mejaku.Tajam sungguh pandangan matanya.Tidak pernah ku melihat pandangan yang sebegitu tajam.Entah-entah pengemis itu tahu yang aku berfikir dirinya gila agaknya.Hairan Bin Ajaib fikirku.Namun aku malas nak berfikir yang bukan-bukan,yang penting makanan di hadapanku ini.lalu aku pun terus menghabiskan saki baki makananku...

2 bulan berlalu.Hampir setiap hari bila aku menuju ke tempat kerjaku,Pengemis gila itu sentiasa berada di tempat yang sama.Panas terik,hujan ribut pengemis itu tetap setia berada di tempat itu.Dan setiap kali tiba waktu makan tengahari pasti pengemis itu akan berada di kedai makan pertengahan bulan itu.Skrip yang sama berulang.Setiap kali pengemis itu tiba,tanpa sepatah kata pun yang terkeluar dari mulut pengemis itu,ku lihat makcik Zabedah tetap membungkus lauk yang sama,dan menerima gumpalan wang dari pengemis itu.

Pernah aku menanya kepada makcik Zabedah,Siapakah pengemis itu dan kenapa setiap kali pengemis itu datang,dia seperti mengetahui apa yang di ingini oleh pemgemis itu.Tidak pernah sekali pun dia melihat penemis itu membuka mulut dan bersuara.Menurut makcik Zabedah,sejak hari pertama dia berjumpa dengan penemis itu(pengemis itu sendiri yang datang ke kedainya),memang dia tidak pernah bersuara.Puas Makcik Zabedah bertanya apa yan dimahukannya,namun tiada jawapan.Hanya mata pengemis itu sahaja yang memandang ke arah juadah lauk pauknya.Jadi fahamlah Makcik Zabedah yang pengemis itu kelaparan.Lalu segera dibungkuskannya lauk dan nasi untuk pengemis itu.Niatnya hanyalah untuk membantu sahaja.Tanpa di sangka pengemis itu menghulurkan segumpal wang ke arahnya dan berlalu pergi.

Wang yang diterima itu kadang-kadang tidak mencukupi,kadang-kadang melebihi.Namun setiap hari macam itulah yang berlaku.Mendengar jawapan makcik Zabedah,aku pun turut merasa kasihan mendengarnya.Semenjak itu sekiranya aku ada memiliki wang berlebihan,pasti akan ku berikan kepada pengemis itu.Ianya berlanjutan sehinggalah pada suatu malam,berlakunya suatu peristiwa yang mengubah hidupku.

Malam itu aku bekerja lebih masa.Penyeliaku Encik Mirul memang berniat menyusahkanku.Dia memberikan aku kerja berlebihan dan menuntut aku menyiapkannya pada hari itu juga.Memang dasar Orang tua,suka menyusahkan orang,Gerutu hatiku.Namun apa boleh dibuat,Arahan tetap arahan.Selesai sahaja menyiapkan kesemua kerja,aku pun bergegas pulang.Perutku sudah mula berkeroncang tanda minta di isi.Ku lihat jam pada pergelangan tangan,sudah pukul 10 malam.Fikirku pada waktu itu,hendak singgah sebentar di 7eleven membeli roti dan sedikit makanan.Malas rasanya hendak singgah di kedai makan.

Di luar,keadaan agak gelap.Pada hari itu,nasibku agak malang.Aku terpaksa memarkir kereta agak jauh dari pejabatku.Parkir di situ agak gelap kerana tiada lampu yang menyinarinya.Sedang aku berjalan,tiba-tiba sekumpulan lelaki yang entah dari mana muncul di hadapanku.Salah seorang dari mereka mengeluarkan sebilah pisau sambil mengarahkanku menyerahkan segala benda berharga yang ku miliki.Manakala salah seorang dari mereka pula memegang tanganku dan memeriksa poket seluarku.Aku cuba melawan dan kemudian Debukkk.Aku terjatuh tersungkur.Lelaki yang memegang pisau itu melepaskan satu tumbukan padu tepat ke daguku.

Berpinar dan berdesing telingaku.Dalam keadaan tidak terdaya melawan,tiba-tiba disebalik kegelapan,muncul satu bayangan gelap.Dengan satu jurusan yang seperti kilat,salah seorang dari lelaki yang mengepungku itu tersungkur terbaring.Aku menoleh ke belakangku.Pengemis yang selama ini ku sangkakan gila dan yang sering ku berikan wang berdiri gagah di belakangku.Pandangan matanya berapi-api,seperti akan menelan sesiapa sahaja yang berada di laluannya.

Melihat seorang dari rakan mereka tersungkur,kumpulan lelaki yang mengepungku mula menyerang pengemis itu.Tidak dapat aku bayangku betapa teruknya nanti pengemis itu dibelasah hanya semata-mata ingin membantuku.Namun sangkaanku meleset.Dengan beraninya si pengemis itu membuka jurus-jurus silatnya.Kekudanya tegap,dan segala serangan ditepisnya dengan sangat mudah.Kemudian dibalasnya serangan mereka.Tidak pernah ku melihat jurus silat seperti yang ditunjukkan oleh pengemis itu.Sekelip mata sahaja kumpulan lelaki yang ingin merompakku telah berjaya ditewaskan.

Pengemis itu kemudian menuju ke arahku.Dibantunya aku berdiri,manakala kumpulan lelaki itu pula melarikan diri.Setelah aku berjaya memulihkan tenagaku,aku pun ingin berterima kasih kepada pengemis itu.Namun pengemis itu telah pun ghaib entah kemana.Puas aku mencari namun tidak berjumpa.Bimbang keselamatan diriku dan memikirkan kemungkinan kumpulan lelaki itu akan berpatah kembali,aku pun terus menuju ke arah kereta dan bergegas pulang...

Selama 2 hari berikutnya aku terpaksa meminta cuti sakit.Bengkak sedikit di daguku penangan tumbukan itu.Hilang kemachoan wajahku.Namun sepanjang cuti sakit itu,di kepalaku tidak henti-henti memikirkan mengenai pengemis itu dan jurus-jurus silatnya.Aku bertekad keesokannya akan ku cari dan berterima kasih kepadanya.

Keesokannya.Seperti biasa pada waktu makan tengahari aku pun telah menunggu di kedai pertengahan bulan itu.Seperti yang dijangka,pengemis itu berada di sana.Setelah menerima bungkusan nasi dari makcik Zabedah,aku pun seera merapati penemis itu.Pengemis itu hanya membiarkanku mengikutinya.Setelah agak jauh,dia pun berhenti dan menolehku.Melihat keadaan itu,aku pun segera merapatinya.Aku mengucapkan salam kepadanya.Pengemis itu hanya mengangguk.Kemudian ditunjukkannya ke arah satu tempat dan dia pun menuju ke arah itu.Aku mengikutinya.Setelah sampai,dia pun duduk berteleku sambil membuka bungkusan makanannya.Aku hanya melihatnya.Perasaan kasihan menyelubungi diriku.Ku ucapkan terima kasih kepadanya di atas pertolongannya 2 hari yang lalu.

Pengemis itu menganguk lagi.Kemudian tanpa di sangka pengemis itu menyebut namaku.Aku pun terperanjat.Macamana pula dia mengetahui namaku sedangkan kami tidak pernah berbual pun.Nama penuh lagi.Di dalam kehairanan itu,Pengemis itu pun membuka cerita mengatakan bahawa dia mengenali keturunanku.Aku semakin kehairanan.Lalu aku pun terus bertanya bermacam-macam soalan mengenai ibu bapaku,datuk nenekku,dimana mereka tinggal dan bermacam lagi.Kesemuanya dijawab oleh pengnemis itu dengan tepat.

Pengemis itu kemudian membuka cerita memberitahu bahawa susur galur keturunanku bertemu dengan pahlawan terulung Melayu satu ketika dahulu.Namun tidak diberitahunya siapakah pahlawan itu.Aku terus mendesaknya dengan soalan-soalan yang lain.Tidak senang dengan serangan pertanyaan dariku,pengemis itu membuat satu isyarat dari jarinya.Serta merta mulutku seperti terkunci rapat.Hanya mataku yang mampu memandang pengemis itu.....

"Anak,Maafkan hamba kerana terpaksa mengunci mulutmu.Bukalah telingamu dan dengarlah cerita ini.Hamba datang dari satu tempat yang teramat jauh dari sini.Hamba adalah seorang pahlima diraja satu ketika dahulu.Namun hamba telah membuatkan Sultan murka dan hamba telah dihukum bunuh.Namun kerana ketinggian ilmu pertahanan diri yang dimiliki oleh hamba,tentera diraja tidak berdaya membunuh hamba."

"Sultan Adil Sultan disembah,Sultan Zalim sultan disanggah.Itulah perkataan hamba.Sultan suatu ketika dahulu telah bertindak melulu menghukum bunuh sahabat hamba.Alasan kesalahannya adalah kerana sahabat hamba itu dituduh berzina dengan dayan diraja.Masakan hamba tidak berang dengan tuduhan itu.Hamba kenal akan sikap sahabat hamba.Kami membesar bersama-sama bersama 3 lagi sahabat kami.Bermain,mengaji serta mempelajari ilmu pertahanan diri bersama-sama.Kami berlima telah menuntut ilmu dari Tuan Guru Megat Terawis,seorang guru ilmu persilatan yang tidak ada toloknya dan seorang guru agama.Setelah berjaya menuntut ilmu,kamilah tunggak kerajaan.Negara jiran tidak berani menyerang negara kami kerana kehebatan kami berlima",kata pengemis itu.



Aku yang di saat itu walaupun terkunci mulut,namun difikiranku telah memikirkan yang pengemis ini memang benar-benar gila.Aku mula merasa risau keselamatan diriku.Bayangkan mulutku terkunci,kakiku pula seperti dipaku di tanah.Tidak dapat melarikan diri,hanya mampu menanti ajal yang tiba...

"Setelah sahabat hamba itu dihukum bunuh,Sultan telah melantik hamba menggantikan tempat sahabat hamba.Kesempatan itu di ambil oleh hamba untuk meraih kepercayaan Sultan.Hamba terpaksa berpura-pura setia kepada Sultan sedangkan di luar pengetahuan Sultan,Hamba berniat memberontak.Sedikit demi sedikit hamba mengumpul kekayaan dan membelakangi Sultan.Sehingga satu ketika,Sultan mengetahui perbuatan hamba dan menitahkan hukuman bunuh dijalankan ke atas hamba.

HAHAHAHA,Pengemis itu tiba-tiba ketawa dengan sangat kuat.Wajahnya kelihatan puas dan gembira.Kemudian disambung ceritanya: Namun tiada siapa yang setanding dengan hamba.Hanya sahabat hamba yang dihukum bunuh itu sahaja yang mampu menewaskan hamba.Hamba telah mengganas dan menyerang istana.Sultan dan pengikutnya telah melarikan diri.Pada waktu itulah hamba telah menjadi Raja yang baru.Namun diluar pengetahuan hamba,rupa-rupanya Sahabat hamba itu masih hidup lagi,diselamatkan oleh Tuan guru kami.Sahabat hamba telah kembali,namun kembalinya hanyalah untuk melaksanakan titah perintah Sultan yang zalim itu".



Aku melihat wajah pengemis itu.Wajah yang pada mulanya seperti gembira kerana memberontak(pada ceritanya),kini bertukar bengis dan marah apabila tiba soal sahabatnya yang mahu melaksanakan titah Sultan itu.

"Kami telah bertarung selama 3 hari 3 malam,namun masih tiada tanda-tanda siapa yang akan memenangi pertarungan itu.Namun di saat getir itu,tiba-tiba hamba telah tersalah langkah mengatur buah silat.Jurus hamba telah dipatahkan,keris hamba telah dirampas dan hamba telah ditikam di perut.Namun hamba juga berjaya mencederakan sahabat hamba itu.Kesempatan itu diambil hamba untuk melarikan diri.Disaat melarikan diri itu,hamba telah mengganas dan membunuh sesiapa sahaja yang berada di dalam laluan hamba.Tua muda,Perempuan atau lelaki kesemuanya hamba bunuh.

Sahabat Hamba telah berjaya menemui hamba setelah 2hari hamba melarikan diri.Sekali lagi kami bertarung namun hamba ditewaskan dengan mudah.Di saat Sahabat hamba ingin menghunuskan keris di dada hamba,Tuan Guru kami Megat Terawis telah datang menyelamatkan hamba.Dengan ketinggian ilmunya,hamba telah dihantar dan dikurung di zaman ini,sehingga satu masa nanti hamba akan dikembalikan.

Selesai bercerita,raut wajahnya yang bengis itu bertukar normal semual.Melihat itu hatiku mula lega.Di fikiran aku mula merangka langkah-langkah untuk melarikan diri....

'Hamba ada seorang anak,Nadim namanya.Setelah pemergian hamba,Sahabat hamba itu telah membela anak hamba dan menjadikannya anak angkat.Setelah besar dikahwinkan anak hamba dengan anak perempuannya yang bernama Tun Mas Jiwa.Dari keturunan itulah lahirnya susur galur kamu.",katanya sambil merenungku.

Kemudian dengan satu lagi isyarat tangan,mulutku dan kakiku yang terkunci kembali pulih seperti biasa.Rancanan yang ku rangka untuk melarikan diri tadi tiba-tiba hilang sebaliknya digantikan dengan perasaan ingin tahu yang membara.Walaupun diriku menyatakan cerita yang disampaikan pengemis itu adalah karut,gila tidak masuk akal dan sebagainya,namun apabila pengemis itu bercerita mengenai susur galur keturunanku,aku tidak dapat menolak perasaan ingin tahu ini.

"Jadi dari cerita pakcik,pakcik ini adalah salah seorang moyang saya,"?tanyaku pula.

Pengemis itu hanya mengangguk sahaja.

"Jika benar cerita pakcik,itu bermakna pakcik sepatutnya berusia ratusan tahun,sedangkan pakcik sekarang ini kelihatan seperti baru berumur awal 30 tahun,"? soalku lagi.

"Bukankah sudah hamba katakan yang hamba dibawa kesini  oleh Tuan Guru hamba Megat Terawis.Ketinggian dan kehebatan ilmunya janganlah dipertikaikan lagi,"jawab Pengemis itu.

Aku berundur perlahan-lahan kebelakang.Bukannya untuk melarikan diri sebaliknya mencari ruang untuk bernafas dan menghadamkan cerita dari pengemis ini.Sungguh tidak masuk dek akal akan cerita ini.Namun terbayang difikiranku kejadian 2 hari lepas dimana telah ku lihat kehebatan ilmu persilatan yang dimiliki pengemis ini.Malah baru sebentar tadi pengemis itu mengunci mulut dan kakinya.Orang biasa tidak mampu melakukan kesemua itu.

Treeet,treeet,treeet.......

Bunyi deringan dari telifon ku kedengaran.Aku segera menyeluk poket seluar dan mengeluarkan telifonku.Dari Penyeliaku Encik Mirul.Segera ku jawab panggilan itu.Terkejut aku bahawa penyeliaku telah memberitahu bahawa aku telah terlewat selama 2 jam dari masa rehat makan tengahari tadi.Aku memandang pengemis itu lagi dan bersedia untuk berundur pergi.Pengemis itu hanya mengangguk seperti membenarkanku pergi.Namun sebelum sempat aku melangkah,tiba-tiba pengemis itu bersuara lagi....

"Cerita yang disampaikan ini adalah benar.Hamba bukanlah gila.Nama sahabat hamba itu Hang Tuah dan nama hamba HANG JEBAT,".........


Kini telah 2 minggu berlalu.Semenjak hari itu,tidak kelihatan lagi pengemis itu.Namun ceritanya masih berbekas lagi di fikiranku.Sehinggalah satu hari aku berkesempatan untuk pulang ke rumah kedua ibu bapaku.Aku telah mengajukan pertanyaan mengenai susur galur keturunanku.Amat memeranjatkan kerana mereka telah merahsiakan sesuatu.Ayahku telah mengeluarkan suatu bekas yang kelihatan seperti kotak yang dibaluti dengan kain kuning.

Dibukanya kotak itu dan kelihatan Sebilah keris yang telah berkarat dan satu gelang tangan yang kelihatan sangat tua.Segera ku ingati yang gelang itu amat menyerupai seperti yang dipakai pengemis itu.Lalu aku menanya kedua ibu bapaku adakah benar kami keturunan Hang Jebat,pahlawan Melayu Melaka yang terkenal kerana telah Memberontak kepada Sultan Melaka 500 tahun dahulu.




Ibuku hanya terdiam.Sementara ayahku pula memberitahu bahawa tiada bukti yang mengaitkan keturunanku dengan Hang Jebat.Segala-galanya cerita,bukti dan apa-apa yang dapat membuktikan susur galur kami telah musnah semasa kampung kami terbakar 100 tahun yang lalu.Malah dahulu juga sesiapa sahaja yang dikaitkan dengan Hang Jebat dan memiliki pertalian darah dengannya akan disishkan dan dipinggirkan.Sebab itulah lama kelamaan ianya dilupakan orang.


Aku masih termangu-manggu.Sunguh sukar untuk diriku menerima cerita yang disampaikan oleh pengemis itu.Bayangkan seorang yang hidup 500 tahun dahulu telah dibawa ke zaman moden ini dan dikurung disini.Bagaimana hendak diterima oleh akal sedangkan mesin masa pun masih belum tercipta lagi dizaman yang moden ini.

Sehinggalah sekarang ini Pengemis itu tidak dijumpai lagi.Namun sehingga kini juga aku masih tertanya-tanya adakah benar HANG JEBAT masih hidup lagi.........








1 comment:

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails