Mereka yang ku hargai

Monday, December 23, 2013

Kembara Cinta Bahagian 2

Sudah beratus tahun lamanya sejak peristiwa tenggelamnya kota atlantis yang mengemparkan sejarah dunia.Para arkeologi,pakar sejarah di dunia ini sejak dahulu lagi  berlumba-lumba mencari tamadun atlantis ini.Tamadun yang dikatakan memiliki peradaban teknologi yang tinggi melangkaui zamannya,namun kesemuanya gagal menemukannya...

Atlantis yang sebenar telah ditenggelamkan oleh para saintisnya.Raja yang memerintah Atlantis ketika itu,Raja Zamrud memerintahkan para saintisnya menenggelamkan benua mereka dan hidup berasingan dari dunia luar.Ini kerana pada pendapat Raja Zamrud,dunia selain Atlantis dipenuhi tamadun yang mundur serta puak-puak qasar yang dahagakan darah.

Para saintis mereka telah menemukan cara untuk membina kubah elektro yang yang boleh dikawal untuk menghalang serta membenarkan sesuatu masuk dan keluar.Kubah elektro itu juga bersifat halimunan,iaitu mampu menghilangkan seluruh kota daripada pandangan luar.

Sekuat dan sehebat manapun kubah itu,Raja Zamrud masih belum menyakini akannya.Lantas diperintahkan para saintisnya untuk mencipta sejenis senjata pemusnah yang mampu digunakan untuk melindungi kota itu satu ketika nanti.Senjata itu tersangatlah kuat kuasa pemusnahnya sehingga mampu menenggelamkan seluruh benua.

Kerana kekuatan senjata itu,Raja Zamrud telah mengunci senjata itu daripada disalahgunakan oleh rakyatnya.Kunci kepada akses senjata itu telah disimpannya di salah sebuah kotak yang diberi nama Kotak Pandora.

Namun kerana ketamakan salah seorang pembesarnya yang ingin merampas kuasa pemerintahan dan ingin menakluk dunia,maka berlakunya peperangan saudara di dalam kota Atlantis itu sendiri.Peperangan yang berlaku itu telah menyebabkan kekalahan di pihak Raja Zamrud.

Semasa melarikan diri,Raja Zamrud akhirnya sedar bahawa dirinya serta ahli keluarganya tidak dapat melarikan diri.Ini kerana Kubah Elektro yang dibina untuknya telah menjadi penghalang untuknya melarikan diri.Disaat akhir-akhir itulah,Raja Zamrud telah memerintahkan seorang pengikut setianya untuk melarikan diri serta menyembunyikan Kotak Pandora itu.

Raja Zamrud dan seisi keluarganya kesemuanya telah dibunuh dengan kejamnya kecuali seorang  waris lelakinya.Waris itu tidak dibunuh dan dibiarkan hidup bertujuan untuk mengelakkan rakyat jelata yang masih taat setia kepada Raja memberontak.Selain itu,waris itu juga dibiarkan hidup supaya Kotak Pandora itu diserahkan kepada ketua pemberontak itu.

Demi menyelamatkan satu-satunya waris diraja itu,pengikut yang diberi amanah itu terpaksa menyerah diri.Namun pengikut itu bukanlah bodoh.Dirinya sedar bahawa sebaik sahaja pemberontak mendapat kotak Pandora,maka dirinya serta waris diraja akan dibunuh.Dengan sedikit tipu helah,dan muslihat,kotak pandora itu telah berjaya dibawa keluar dari kota oleh seseorang dan kunci untuk membuka kotak pandora itu hanyalah terletak pada waris diraja itu.

Sejak itu,kota Atlantis diselubungi kegelapan dan kemunduran.Kepintaran bangsa yang pernah disanjung dan dikagumi merosot dan menjadi mundur abad demi abad...

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails