Mereka yang ku hargai

Tuesday, December 10, 2013

Ajari aku Cinta bahagian 2

Ajari aku cinta bahagian ke2

Sementara menanti Lif yang lain,saya tersenyum sendirian.Di dunia ini masih ada juga gadis yang sepertinya.Sebaik sahaja lif tiba,saya pun segera masuk dan menuju ke tingkat 19.Sampai di pejabat saya,jadual kerja yang agak padat menanti saya.Namun disebalik jadual kerja itu,terselit sesi interview sebagai penemuduga bagi jawatan pembantu peribadi saya.

Sudah agak lama juga jawatan pembantu peribadi saya itu dikosongkan.Ini kerana tiap kali kekosongan itu di isi,pasti pembantu baru saya itu tidak mampu bertahan lama.Saya harus akui sikap saya yang agak baran dan mementingkan kesempurnaan semasa bekerja.Saya pasti akan mengamuk sekiranya mutu kerja orang bawahan saya tidak menepati standart saya.Ramai juga yang telah angkat kaki kerana tidak dapat mencapai standart saya.

Oh yer,bagaimana dengan F.Rupa-rupanya F ingin menghadiri temuduga sebagai pembantu peribadi saya.Saya hanya menyedarinya apabila membelek-belek kesemua resume calon-calon.Saya tidak sempat menghadiri sesi temuduga itu kerana berlakunya hal diluar jangkaan,jadi saya hanya menyerahkan sahaja urusan itu kepada sumber manusia.

Entah mengapa,saya tertarik dengan resume F.Baru tamat belajar di sebuah Universiti Swasta,anak ke tiga dari 5 beradik,tiada pengalaman kerja dan berasal dari kampung.Gadis kampung rupanya.Di fikiran saya,hati saya merasakan F mungkin calon yang sesuai.Dia berani menegur saya tatakala yang lain hanya membisu.Jadi dengan hanya satu panggilan ke jabatan Sumber Manusia,segala-galanya telah diuruskan.....


Hari pertama F?.Entah mengapa kami bertemu lagi semasa menunggu lif.Kebetulan juga hari itu saya dengan dia tiba agak lewat dan orang ramai sedang menunggu lif.Sebaik lif pun tiba,kami pun memasuki lif.Pelik juga kerana keadaan seperti pertama kali kami berjumpa berulang kembali.Lif yang kami naiki terlebih beban.F sekali lagi berada di belakang saya,dan oleh kerana saya yang terakhir memasuki lif dan paling hadapan,sudah tentu saya yang harus keluar bukan.Sebelum sempat F membuka mulut,saya sendiri menoleh ke arah F dan berkata,nampaknya saya yang harus keluar bukan,Cik F.

F hanya tersenyum kambing sahaja memandang saya.Saya melangkah keluar dan semasa pintu lif bertutup perlahan,saya dapat melihat kerutan di dahi F.Tentu F kebingungan kerana sebelum saya keluar tadi,saya menyebut namanya.... .:p

Tibanya saya di tingkat 19 pejabat saya,saya dapat melihat F sedang bercakap dengan salah seorang staff saya.Saya tahu dia sedang melaporkan diri untuk bertugas,maka perlahan-lahan saya menyelinap di belakangnya.Saya memasuki pejabat saya dan seperti biasa,rutin kerja saya pun bermula.

Di luar pejabat saya.F tengah melaporkan diri.Salah seorang staff saya yang bernama H membantu F pada hari pertamanya itu.H mengenalkan F kepada kesemua staff saya,membawanya melawat sekeliling kawasan dan juga menerangkan skop kerjanya.Dalam masa itu,sempat juga H memberitahu F mengenai Sikap baran saya dan ketinggian standart mutu kerja yang perlu dicapainya.Saya yakin F mula merasa bimbang dan gugup .

Tiba masanya,H membawa F untuk berjumpa saya.Pintu bilik diketuk dan F memasuki bilik saya seorang diri.Sebaik sahaja F melihat saya yang sedang berdiri di hadapannya,Muka F berubah.Saya tidak akan lupa bagaimana raut wajah F pada masa itu........


Masa silih berganti.Kini sudah setahun F bekerja sebagai pembantu peribadi.Sebagai pembantu peribadi saya,nampaknya sangkaan saya bahawa F tidak mampu bertahan lama meleset.F bukan sahaja mampu bersabar menghadapi tekanan kerja yang saya berikan,malah F juga sentiasa berada di samping saya.Saya harus akui ketika ini,diri saya mula timbul satu perasaan sayang kepada F.Tetapi keegoan lelaki saya serta sejarah silam membuatkan hati saya keras terhadap F.Sebagai orang bawahan,F melakukan kerjanya dengan baik,malah lebih dari itu.F sering mengingatkan saya bersolat,menasihati malah memberikan saya tunjuk ajar di dalam soal agama.

Namun hati saya tetap keras,seperti batu.Segala nasihat,tunjuk ajar F mengenai agama saya ketepikan.Bagi saya F hanya orang bawahan saya,tidak layak untuk mengajar saya mengenai soal agama.Banyak kali juga saya memarahi F dan memintanya supaya jangan berlagak Alim,namun keesokannya F tetap dengan  nasihat agama.Akhirnya saya sudah lali dan hanya membiarkan segala ajarannya mengalir....

          


Oh yer.Tahukah anda,walaupun saya majikan dan dia orang bawahan,apabila kami keluar outstation,sayalah Driver dan dialah Bos.Bagaimana itu?.Seperti yang kita ketahui,F seorang yang kuat beragama.Sudah tentu tidak molek sekiranya dia berdua-duaan di dalam kereta saya walaupun sekadar urusan kerja.Bagi saya,saya tidak kisah pun,namun bagi F,soal ini teramat berat.F mahu membawa kereta sendiri,jadi sebelum saya bersetuju,saya melihat keretanya.Terkejut saya bahawa kereta F sudah buruk dan usang.Terfikir juga saya mampukah kereta seburuk ini sampai ke destinasinya ataupun ianya akan tercabut dahulu kesemua aksesori dan peralatannya.Namun F tersenyum dan mengatakan Insya ALLAH pasti akan sampai ke destinasi.

Tapi saya tetap berkeras dan berdegil.Bagi saya masa adalah Emas.Emas adalah Duit dan duit tidak boleh dilepaskan.Setelah puas kami bertegang leher,akhirnya F setuju menaiki kereta saya namun dengan satu syarat.Syaratnya Dia duduk dibelakang dan saya di depan.APA?Mahu terkeluar biji mata saya,mahu tercabut telinga saya mendengar kata-katanya itu.Mana boleh,saya Bos dan dia pekerja.Saya berada di hadapan memandu seperti driver dan dia duduk di belakang seperti bos.

Namun F tetap F,bila dia menetapkan syarat,Yang putih tetap putih,tidak boleh berganjak sedikit pun.Mungkin kerana sudah biasa dengan sikap F,akhirnya saya bersetuju.Sejak itu sayalah Driver dan dialah Bos....



No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails