Mereka yang ku hargai

Monday, December 16, 2013

Kembara Cinta





Malam itu,cuaca cerah.Bulan purnama yang mengambang,bersinar terang menerangi kawasan di pinggir pantai itu.Bunyi hempasan ombak yang menghempas pantai sungguh menenangkan.Namun disatu sudut,di dalam suasana malam itu,kelihatan seorang pemuda sedang duduk di kaki pantai.Dengan tidak menghiraukan kesejukan angin malam yang menghembus dan mengigit tulang hitam,pemuda itu tenang merenun pantai di hadapannya.

Entah apa yang dipandangnya,tiada siapa yang tahu.Namun jauh di sudut hati,bergolaknya satu peperangan di antara kewarasan akal fikiran dan hati nurani melawan api cemburu,dendam kesumat dan kekecewaan yang amat mendalam.Pemuda itu mengambil nafas yang agak panjang,kemudian menhembuskannya seolah-olah cuba menenangkan kembali perasaannya....

Di sebalik bebola matanya,walaupun di dalam suasana malam begitu,seperti tayangan gambar ,segala yang berlaku,yang menyebabkan dirinya berada di dalam peperangan itu seolah-olah terpampang di hadapannya.Cukup teliti dan terang,tiada satu yang tinggal.Pertemuan dengan seorang gadis yang bernama Izzah Amirah 2 tahun lalu,membenihkan bunga-bunga cinta dan kebahagian.Namun panas yang disangkakan akan berlarutan sehingga ke petang,bertukar menjadi hujan ribut.

Kebahagian yang dikecapi musnah di dalam seharian sahaja.Tidak pernah difikirkannya yang gadis yang dicintainya selama ini akan menjadi milik orang keesokan harinya.Semuanya kerana kedua ibu bapa Izzah Amirah.Mereka memang menentang keras sejak di awal perhubungan ini.Ditambah pula dengan status mereka sebagai jutawan yan memiliki empayar perniagaan beras di seluruh Malaysia,mana layak anak seorang nelayan yang mengikuti jejak langkah ayahnya untuk menjadi menantu.

Walau puas ditentang dan menyakinkan kedua ibu bapa Izzah Amirah,namun segalanya tidak berhasil.Namun yang paling tidak disangkakannya ialah sikap Izzah Amirah itu sendiri.Izzah Amirah langsung tidak membantah kedua orang tuanya sebaliknya bersetuju dengan segala apa yang mereka katakan.Begitu rapuhkah cinta mereka sehingga apabila dihidangkan dengan kemewahan dan kekayaan,segala yang pernah diucap,dijanjikan di antara seorang gadis yang kaya dengan seorang anak nelayan yang miskin,tidak bermakna lagi.

Pemuda itu kemudiaanya menarik nafasnya dengan panjang sekali lagi,kemudian menghembuskannya seolah-olah segala yang bergolak di hatinya itu turut terkeluar dengan hembusan nafasnya.Kemudian dicapainya sebiji botol yang memang berada di tepinya sejak tadi.Di dalamnya berada segulung kertas,gambar dan seutas rantai tangan.Kesemuanya itu adalah surat-surat cinta diantara mereka,juga ditulisnya luahan hatinya betapa terseksanya menhadapi keadaan itu,sepucuk gambar kenangan diantara mereka dan juga seutas rantai yang mana merupakan hadiah yang paling termahal pernah dibelinya dan diberikan kepada Izzah Amirah.

Dia masih ingat lagi bagaimana dia terpaksa mengikat perut dan melakukan kerja sambilan di malam hari apabila pulang menangkap ikan,hanyalah semata-mata ingin membelikan hadiah itu.Namun kini hadiah itu sudah tidak bermakna,tiada sebarang nilainya.Pemuda itu kemudian berdiri,merenung sejenak permandangan lautan dihadapannya,kemudian sambil memejam matanya,dia melemparkan botol itu jauh ke lautan yang berada di depannya.Perlahan-lahan kemudian dia membuka matanya.Dilihatnya botol itu sudah berada di tengah lautan,perlahanlahan semakin menjauh dan menghilang dari pemandangan....Itulah yang diharapkannya,semoga seperti Botol itu yang semakin menghilang,semoga segala kenangan yang menguris hati itu akan dapat dilupakannya....

Dan pemuda itu,seorang anak nelayan,bernama Ahmad Haikal....



Takdir Tuhan tiada siapa yang mengetahui.Di sebalik peristiwa itu,ada yang dirancangkannya.Botol itu telah semasa berada di tengah lautan,,telah tenggelam dan terdampar di sebuah dasar lautan.Kemudian tidak disangka seekor penyu gergasi yang tidak pernah terbayang saiznya telah mengambil botol itu,dan membawanya ke satu tempat yang tidak pernah dilihat sesiapa.Sebuah Kota Purba,yang mana dikelilingi sebuah kubah gergasi.Kubah gerasi  itu bertindak sebagai lapisan pemisah diantara air laut dengan Kota yang berada di dalamnya.

Penyu gergasi itu kemudiannya menjatuhkan botol itu di atas kubah Gergasi itu.Sebaik sahaja botol itu menyentuh permukaan kubah,ianya seperti ditelan dan jatuh kedalamnya menimpa kota yang berada di dalamnya.Botol itu telah jatuh ke atas sebuah Istana yang tersergam megah dan amat luar biasa bentuknya.


Kota ini adalah sebuah kota yang pernah disebut dan diceritakan oleh Plato seorang cendikiawan pada tahun 335 masihi iaitu 11,600 Tahun yang dahulu.Mengikut ceritanya,seorang pendeta Mesir menceritakan kepadanya mengenai sebuah Kota yang tersangat maju peradabannya yang digelar Atlantis.Mesir pada masa itu terbahagi 2.Satu Mesir Kuno yang mana diperintah Firaun yang membina Piramid,manakal satu lagi digelar Mesir yang terasing kerana Kota itu mengasingkan dirinya dari kesemua perhubungan dengan negara jirannya.Kota itu berada di salah sebuah pulau,dikelilingi arus pasang surut yang sangat deras,yang mana tiada satu pun kapal yang mampu menghampirinya.Satu hari kemudian,satu gempa bumi bawah lautan yang amat dasyat telah melanda kota itu.Perlahan-lahan kota itu tenggelam dan menghilang di dalam pusaran air.

Sejak itu,tiada siapa pun yang pernah melihat kota itu.Firaun Mesir Kuno telah mengarahkan segerombolan anak kapal dan kelasi untuk menjejaki kembali Kota itu.Mereka telah menyelam jauh sehingga sampai ke dasar lautan,namun sungguh pelik kerana kota itu tidak berada di situ,seolah-olah tidak pernah wujud di tempat itu dan berada di tempat yang lain.Sehinggalah ke zaman Moden ini,tiada siapa lagi yang pernah melihat Kota yang dipanggil Atlantis itu.....

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails