Mereka yang ku hargai

Wednesday, December 11, 2013

ajari aku cinta bahagian terakhir

ajari aku cinta bahagian terakhir

Saya dengan F semakin rapat.Sedikit demi sedikit sikap ego dan keras saya terhadap nasihat dan tunjuk ajarnya mengenai agama islam mula meluntur.Hati saya semakin tertarik dan semakin tenang apabila mendampingi ALLAH yang Maha Esa.Solat yang tidak pernah dilakukan,menjadi kewajipan seharian saya.Begitu juga dengan ibadah yang lain,kesemuanya saya lakukan.

Saya semakin yakin yang F adalah jodoh saya.Bertemu F adalah satu anugerah yang di kurniakan Ilahi.Perlahan-lahan otak saya ligat memikirkan bagaimanakah caranya untuk saya menyatakan Cinta saya kepada F.Semasa mencari-cari idea itu.....pada satu hari F datang ke pajabat saya.........

Hari itu tidak akan saya lupa di dalam sejarah hidup saya.F dengan wajahnya yang bersinar-sinar dan tersenyum memandang saya.Tangannya menghulurkan sekeping sampul surat.Saya meneliti sampul itu.Seperti Kad Undangan perkahwinan.Saya agak tentunya adik beradik F yang akan berkahwin,dan F mahukan saya menghadiri majlis itu.

Jari saya membuka pantas sampul surat itu di hadapan F.Emm benar tekaan saya,kad undangan perkahwinan,berwarna merah hati.Saya belek muka hadapannya,terpampang nama bakal Raja Sehari itu.Encik K dengan Cik F.Mata saya terbeliak,lidah saya terasa kelu.Saat itu suasana terasa sangat sepi.Hati saya seperti dihancurkan,dilenyek dilemper dari bangunan yang tinggi.Berkecai seribu tidak dapat bercantum kembali.

Saya merenung F yang berada di hadapan saya.Dia masih  tersenyum lagi dihadapan saya.Perlahan-lahan saya membuka bicara dan berkata adakah benar yang dia bakal berkahwin?.Mengapakah sepanjang perkenalan kami,F tidak pernah menyebut mengenai Encik K?.Saya terasa seperti ditipu.Saat itu ingatan saya terhadap betapa kejamnya cinta pada saya suatu ketika dahulu kembali menyerang saya.

F masih tersenyum.Dengan suaranya yang lembut,F memberitahu bahawa dia tidak memberitahu mengenai Encik K kerana mereka memang tidak pernah bercinta.Encik K adalah anak kenalan ayahnya.Encik K seorang Imam Muda di sebuah masid,dan telah melamarnya.Bukankah di dalam agama Islam,memilih mereka yang kuat beragama sebagai pasangan adalah keutamaan?.

Saya hanya mampu terdiam.Memang benar kata-katanya itu,namun tidak pentingkah Cinta.Lalu saat itu juga saya meluahkan segala perasaan saya.F juga terdiam masa itu.Selesai meluahkan perasaan,saya melihat F.Untuk seketika suasana di dalam pejabat saya sunyi sepi.

Namun akhirnya F memecahkan kebuntuan.Sekali lagi dengan senyuman yang tidak lekang di bibir,F memberitahu bahawa dia merasa amat gembira dan bertuah kerana saya menyukainya.Namun Cintanya dan hatinya hanyalah milik Allah sahaja.Sebelum beredar keluar,F sempat memberitahu saya "Menyintai tidak bermakna kita dapat bersama dengan orang yang kita sukai.Perancangan Allah itu Luas.Walaupun kita mahukan yang itu dan memintanya,namun sekiranya tidak di izinkannya,maka yakinlah yang Allah mempunyai perancangan yang lain untuk diri kita....

Kini sudah 2 tahun berlalu.F kini bahagia bersama dengan Encik K,seorang Imam Muda.Perkahwinan mereka yang tidak berasaskan cinta tetapi bertunjangkan agama Islam sangat membahagiakan.F telah pun berhenti kerja sebagai penbantu peribadi saya tidak lama selepas mereka berkahwin.Alasan F dia ingin menjadi suri rumah sepenuh masa.Saya hanya mampu melihatnya pergi begitu sahaja.Tidak ada apa-apa yang dapat saya lakukan.



Namun semakin lama saya semakin sedar apa yang telah F ajarkan kepada saya.Apakah erti Cinta yang sebenarnya.Cinta yang sebenar hanyalah Cinta kepada Allah S.W.T,cinta yang kekal abadi.Cinta sesama makhluk adalah Fana.Benarlah seperti kata F,walaupun kita menginginkan sesuatu,namun apabila Allah tidak memberinya,maka ia mempunyai perancangan yang lain.Perancangan yang dibuatnya kepada saya ialah saya menjadi semakin hampir kepadanya,semakin taat dan tunduk kepadanya.....

Buat kesemua insan yang berada di luar sana,Hargailah jodoh anda.Ingatlah saat-saat kesukaran yang kamu lalui sebelum dapat bersama.Tidak kesemua insan di dunia bertuah seperti kamu yang di izinkan dapat bersama mereka yang dicintai.Menyintai tidak semestinya bersama.Walaupun tidak bersama,itu tidak bermakna kamu tidak dapat mengecapi kebahagian.Semoga satu hari nanti saya akan bertemu dengan tulang rusuk saya....Insya Allah.....




No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails