Mereka yang ku hargai

Tuesday, December 10, 2013

Ajari Aku Cinta



Ajari aku cinta....


 Bahagian 1


Cinta...Sebut sahaja perkataan cinta kita semua tahu apakah maksud dan ertinya.Baik tua mahupun muda,hampir kesemuanya pernah merasai nikmatnya Cinta.Orang kata cinta itu buta.Entahlah,benar atau tidak,saya pun tidak tahu.Namun apa yang saya ketahui,Cinta itu walaupun indah,namun tidak semestinya ditakdirkan bersama.

Sebab itulah saya sangat marah dan berdukacita apabila membaca berita-berita di suratkhabar dan majalah mengenai pasangan yang dahulu saling menyintai namun akhirnya berpisah malah bercerai berai.Alasan mereka ialah sudah tiada jodoh,apa mahu buat.Namun adakah mereka sedar bahawa Jodoh hanya menemukan dan menyatukan,namun Kunci kebahagian Cinta terletak pada diri mereka dan pasangan mereka.

Dimanakah segala janij-janji manis yang pernah diucapkan dan dituturkan dengan lemah lembut,dimanakah keprihatinan dan sikap mengambil berat sesama pasangan semasa hangat bercinta dahulu?.Dimanakah kekuatan Cinta mereka,mengapa semakin lama bercinta dan berumahtanga,semakin nipis dan rapuh cinta mereka?.

Siapalah saya ini yang berhak untuk mengadili mereka,malah berbicara mengenai cinta.Namun suatu masa dahulu,saya tidak mempercayai cinta.Namun ALLAH itu Maha Penyanyang.Ditemukan saya pada seorang insan.Insan inilah yang mengajar saya segala-galanya mengenai apakah itu cinta yang sebenarnya.......

Biarlah saya mengenalkan diri saya.Nama saya ialah M.Saya seorang pemuda yang berusia awal 30 an.Saya seorang eksekutif di sebuah syarikat gergasi Pengiklanan.Berjawatan eksekutif  pada usia awal 30 an dan memiliki pendapatan melebihi 6 angka,saya hidup di dalam kemewahan.Sebut apa sahaja,saya mampu memilikinya.Ditambah pula dengan kepintaran dan kecekapan saya apabila diberi tugasan penting oleh majikan,saya mampu menyelesaikannya dengan cemerlang.Kerana itulah saya digelar anak emas syarikat dan diberi segala kemudahan yang tidak diberikan kepada pekerja yang lain.

Di dunia ini masa berputar 24jam sehari.Dalam 24 jam kebanyakan masa saya dihabiskan dengan berjumpa klien,outstation dan menghabiskan berjam-jam bermesyuarat.Selain itu,tiada lagi aktiviti yang saya lakukan.Tamat sahaja kerja saya pada hari itu,saya terus kembali ke rumah.Walaupun saya hidup sendirian,namun saya bukanlah seorang yang liar dan suka bersosial di luar.

Namun saya akui yang hidup saya terasa kosong.Kosong,hambar,sepi dan bermacam-macam lagi perkataan yang mampu mengambarkan perasaan itu.Namun saya tidak pernah mencari jawapan kepada kekosongan itu.Ada rakan yang berkata jawapan kepada kekosongan itu ialah Cinta,namun saya tidak menyakini itulah jawapannya.Ini kerana sejarah silam pernah mengajar saya betapa kejamnya cinta.Sejak itu saya tidak mempercayai lagi cinta dan cuba mengelakkannya daripada hadir di dalam hidup saya.

Namun seperti yang saya katakan di awal cerita saya,ALLAH itu Maha Penyanyang.Di saat saya tidak mempercayai Cinta dan cuba mengelakkan hadir di dalam hidup saya,ditakdirkannya saya bertemu seorang bidadari.Hadirnya banyak mengubah diri ini,dari seorang yang jarang menunaikan solat dan beragama,kini menjadi hambanya yang taat.Biarlah saya memanggil bidadari itu F.Entahlah,bagaimana saya hendak menceritakan bagaimana kami bertemu.Boleh dikatakan yang kami bertemu di dalam keadaan yang melucukan.

Masa itu,F menghadiri temuduga untuk pekerjaan sebagai pembantu peribadi saya.Masa itu juga kebetulan kereta saya rosak di pertengahan jalan,maka saya pun tiba agak lewat di pejabat.Sebaik sahaja tiba,seperti biasa saya pun akan terus ke pejabat saya yang terletak di tingkat 19.Untuk ke pejabat saya,sudah tentulah saya harus menaiki lif bukan.Oleh kerana masa itu merupakan masa yang agak lewat untuk memulakan kerja sudah tentulah ramai yang menunggu giliran untuk menaiki lif.Di antara orang ramai itu ialah saya dan juga F.

Sebaik tibanya Lif,Orang ramai berpusu-pusu menaiki lif.Oleh kerana saya berada di belakang barisan,maka sudah tentulah saya yang terakhir memasuki lif.Sebaik memasuki lif,tiba-tiba bunyi berdeting menandakan bahawa lif terlebih muatan.Seseorang harus keluar supaya lif dapat bergerak.Kebetulan F berada di belakang saya.2kali Lif berbunyi berdeting,namun masih tiada sesiapa yang keluar.

F yang berada di belakang saya tiba-tiba bersuara.“Encik,Lif berbunyi menandakan lif ini terlebih muatan.Oleh kerana Encik orang yang terakhir memasuki lif dan yang paling dihadapan sekali di dalam lif,maka Enciklah yang harus keluar dari lif ini.Kami semua ini sedang mengejar masa.Saya juga harus menghadiri temuduga dan sekarang saya sudah lewat.”kata F.

Saat itu saya harus akui yang hampir kesemua mata memandang F.Di fikiran saya,saya tahu apakah yang difikirkan oleh kesemua mata yang memandang F itu.Sudah tentu mereka semua memikirkan “Sungguh berani kamu berkata demikian,tidak kenalkan kamu kepada Encik M,salah seorang Eksekutif syarikat ini,?”.Namun jauh di sudut hati,saya akui yang saya berasa agak kagum tentang keberanian gadis yang bernama F ini.Dia berani menegur saya sedangkan yang lain hanya membisu.Tidak penting sama ada saya seorang yang berkuasa atau tidak,bukan?.Maka saya pun melangkah keluar dan pintu lif pun tertutup.....



No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails