Mereka yang ku hargai

Wednesday, September 15, 2010

No Sosilawati Please.....

Secangkir Bicara,Seluas Pandangan Berbicara.....




Salam semua.Pasti semua dapat mengagak apakah tajuk yang Hit di Nuffnang Sekarang ini Tag Datuk Sosilawati Lawiya,Sosilawati dibunuh atau Sisilawati menjadi Popular Tag di Innit.Memang pengakhiran kisah Hidup Sosilawati amat Tragik,Sebagai Umat Islam,kita hanya mampu berdoa semoga Roh Arwah dicucuri rahmat,serta Pembunuhnya mendapat balasan yang setimpal.

Akan tetapi,Itu tidak bermakna sebagai Blogger,kita harus mengunakan Nama serta kisah Sosilawati untuk tajuk muka depan Entri Kita.Dimanakah Moral kita sebagai Blogger.Apakah perbezaan kita dengan surat Khabar,sekiranya entri didalam Post kita itu dicopy serta diubahsuai dari Akhbar Online?Jadi Dimanakah KEBENARANNYA  enti blogger anda?


Fikirkan Famili Sosilawati sekarang ini.Adakah mereka gembira sekiranya berita kematian Sosilawati digembar gembur di Surat khabar?Maaf,mereka tidak suka.Tiada siapa yang suka.KENAPA?Kerna hati pasti akan terus terluka sekiranya terbaca Mengenai Sosilawati.Bak kata orang,Yang dulu harus dilupakan,Mengapakah harus diungkit lagi.....Sekiranya kes itu terjadi kepada kita,sukakah kita sekiranya terbacanya di Blog orang lain.


Sosilawati telah pun pergi.Bukan TUGAS kita sebagai Blogger untuk menghebahkan Berita serta Info terkini mengenai Sosilawati.Itu tugas Akhbar.Sebab itulah,dilihat Nang mereka yang menghantar Post Tajuk ini teramatlah Kecil.Jadi Sepatutnya blogger belajar daripada ini.


Maaf sekiranya ada perkataan yang mungkin menimbulkan kemarahan Blogger,terutamanya yang menulis mengenai Sosilawati.Kita faham tujuan blogger menulis hanyalah untuk memaparkan info serta berita terkini,akan tetapi ada ratusan malah jutaan berita lagi yang boleh ditulis.Mengapakah kesedihan Orang lain yang menjadi Tajuk Entri kita?

5 comments:

  1. salam ...mula-mula ajer hits pastu suam-suam kuku..
    akak pun ambil tau gak kes ni..

    ReplyDelete
  2. Kalau kita posting sekali sahaja tajuk pembunuhan itu sudah mencukupi pada pendapat saya.Tak perlu post topik yang sama setiap hari...

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails