Mereka yang ku hargai

Saturday, September 25, 2010

Paper kita Tidak Telus..

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis....



Hari ini saya amat geram membaca paper.Tajuk yang membuatkan saya geram ialah Sosilawati Tidak dirogol.Tentu semua sedia maklum akan khabar ini.Apa yang membuatkan saya Geram ialah Tindakan Paper  yang berniat untuk meraih untung dengan mengunakan Tajuk ini.


Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman ,Datuk Seri Mohd.Bakri Zinin menegaskan didalam paper bahawa Sosilawati tidak dirogol,sekaligus menafikan laporan beberapa Akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis menyiasat Kemungkinan Sosilawati turut dirogol.


Kita para blogger faham bahawa Tajuk yang gempak akan menaikkan Trafik,begitu juga dengan paper.Tetapi dimana Hati nuraninya paper kita apabila tergamak menulis kemungkinan ini.Saya yakin jualan paper yang mengunakan tajuk Sosilawati dirogol meningkat dengan mendadak.Ini kerana Minat rakyat Malaysia untuk mengetahui perkembangan Kes Sosilawati.Dalam Hal ini,ianya bermotifkan Keuntungan semata-mata.Ini kerana ianya tidak berlandaskan daripada pihak polis sendiri,sebaliknya andaian pihak Paper sendiri.



Jadi dimana integriti serta ketelusan Paper kita hari ini............

3 comments:

  1. Salam saudara najib. Salam ziarah.

    Secara tersirat, ini jugak la yang saya maksudkan dalam entry saya dalam
    http://mohdsabree.blogspot.com/2010/09/buffered-earning-what-you-dont-know-and.html yang lepas.

    Ada satu part berkenaan bagaimana nak tarik perhatian pembaca untuk baca entry kita iaitu masukkan elemen seks, duit dan wanita.

    Melalui elemen seks biasa sangat surat khabar guna perkataan seperti khalwat, rogol, liwat, skandal. Ini menjurus kearah seks cuma bezanya akhbar guna kreativiti menjadikan tulisan mereka bukanlah bahan bacaan lucah.

    Kalau bab duit saya pasti semua dah pakar.

    Seterusnya wanita. Contoh headline, Kes Bunuh Ayah Pin. 2 gadis bawah umur suspek pembunuhan.

    Orang laki nak tau kenapa wanita boleh jadi suspek, dan orang perempuan berminat nak tau jugak.

    ReplyDelete
  2. cara marketing. sop pun pernah guna teknik ini untuk trafik..

    ReplyDelete
  3. Salam.. gitulah cara org nak carik duit dan mengaut keuntungan lebih macam2 cara dia org buat..mmg hampeh..

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails