Mereka yang ku hargai

Monday, November 29, 2010

Mampukah kepintaran manusia Membina Time Machine

Secangkir Tinta Seluas Pandangan berbicara....Mencungkil Daya kepintaran manusia...


Time Machine?


Back 2futute filem yg menimbulkan fenomena


Time Machine atau Mesin masa,adalah satu Imaginasi serta Khayalan manusia.Sejak manusia mampu berfikir serta bertamadun,mereka sering membayangkan seseorang dari masa depan melawat mereka.Namun Mampukah kepintaran Manusia Mencipta sejenis alat yang mampu memutarkan Waktu dan Masa kepada masa Lepas atau Masa Depan.....


Zaman sekarang,kemajuan teknologi manusia semakin memuncak.Manusia telah berjaya mendarat dibulan serta menghantar Misi angkasa ke merata Planet.Sekarang Para Saintis sedang berusaha untuk mencipta satu keadaan yang membolehkan manusia hidup di Planet Lain.Sesuatu yang dianggap mustahil dimasa dahulu mungkin mampu direalisasikan dimasa depan.


Namun sepintar-pintar manusia,mampukah mereka mencipta Mesin masa?Manusia mampu ke Bulan,malah tidak mustahil manusia mampu ke planet marikh serta menetap di luar Angkasa kelak.Ini semuanya kerana Kuasa Allah.Ianya tidak berlawanan dengan Kuasa serta ciptaan Allah.Namun mencipta mesin masa adalah menyalahi serta melawan luasa Allah.


mesin masa hanyalah khayalan saja-pinjam en.google gambar


Didalam Al-Quran,telah jelas disebut bahawa umat islam harus menghargai masa itu kerana IANYA TIDAK BOLEH DIPUTARKAN KEMBALI.Semua manusia bertanggungjawab keatas segala perbuatan mereka.Ilmu manusia hanyalah sedikit,seperti setitik noktah diatas kertas A4.Segala ilmu dataangnya dari Allah.Allah telah menjelaskan bahawa manusia harus menghargai masa kerana ianya tidak boleh diputar kembali.Jadi seberapa tinggi kepintaran manusia pun,manusia tidak dpat kembali ke masa lepas.

Ianya hanyalah khayalan serta imaginasi manusia.Malah Nabi Muhammad S.A.W serta para nabi pun tiada satu pun diberi kuasa untuk kembali ke masa dahulu atau masa akan datang.Hanya diberikan bayangan serta pengetahuan dari Allah.Lihatlah Malaikat.Walaupun mereka diberi kuasa yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia,namun tiada satupun pernah disebut dapat kembali kemasa lepas mahupun akan datang.Begitu juga dengan Dajjal.walaupun diberi kuasa menghidupkan orang mati,namun tidak diberi kuasa ini.


Maka sedarlah dari Angan-angan,Mesin Masa hanyalah sekadar Imaginasi serta khyalan manusia saja.

Friday, November 26, 2010

Secangkir Tinta Menulis...Mengimbau kenangan lama....

Teman,
Betapa cepatnya masa berlalu,
Pejam Celik sudah 10 Tahun kita meninggalkan Bangku Sekolah,
Masing-masing membawa haluan sendiri,
Ada yang Hilang tanpa khabar,
Umpama angin yang menghilang.......

Teman,
Baru semalam Kita bermain bersama,
Berlari-lari Di Tadika Kemas,
Sama-sama belajar Abjad A,B,C,D,
Itulah Perkenalan pertama Kita.....
(Untuk Firdaus Mustakim kawan tadikaku)

Teman,
Masihku ingat semasa di Sekolah Rendah Kampung Melayu,
Hafiz Dan kawan baikku,
Semasa Rehat kami sering berkongsi Bekal,
Hafiz,ku rindui Nasi Goreng serta Keropok sajian Ibumu.....
(Untuk Hafiz Dan,kawan karibku....)

Teman,
Kita menganjak pula ke alam remaja,
Banyak suka Duka kita yempuhi bersama,
Ku kenali ramai kawan yang sejati disana,
Ridhwan Mahan,Arip Bahnan Dan Alwee Sayuti,
Tak lupa juga 4 serangkai Nani,Shida,Watie serta Citi....
Musuh ketatku juga Osman Amin..(jangan marah man),
Seronokkan masa itu Kawan-kawan......

Kini 10 tahun telah berlalu,
Ramai kawanku kini telah membina Masjid yang Baru,
Ku Doakan mereka semua berbahagia,
Terutamanya Shida dan Ridhwan Mahan,
Yang akan bersatu pada 27hb 11 ini....
Semoga berbahagia ke anak Cucu.........


Maaf pantun ini tidak seperti pantun,
Dari seorang kawan yang merindui Saat itu....
Saat yang tidak akan KEMBALI lagi.......



Thursday, November 25, 2010

Halal Malaysia-Laku Di Luar Negara,Murah Di Negara sendiri...

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis....berkongsi pendapat serta renungan.....


Salam semua......

Halal Malaysia_Laku di Luar Negara,Murah di Negara Sendiri.

Halal!Satu Tanda yang menunjukkan bahawa sesuatu benda itu sama ada ianya makanan,pakaian,atau apa saja yang akan digunakan oleh Masyarakat Islam,didalamnya tidak terdapat sesuatu yang menyalahi hukum syarak.Namun di Malaysia sendir,Halal ini dipandang Murah serta enteng.Sama ada melalui penipuan Logo JAKIM atau pun memalsukan kandungan Bahan.

Halal pada masa kini teramat luas Bidangnya serta Bahannya.Berbeza dengan di Zaman Dulu,Zaman sekarang teramat Kompleks.Sebagai contoh 90% kosmetik mengandungi sumber Babi.Sumber dari Gelatin,urat serta Kolagen dari Babi digunakan sebagaikan sebagai agen untuk mengekalkan Warna serta ketahanan pemakaian Kosmetik pada Pengguna.Pengunaan kosmetik itu termasuklah Ubat Kumur,Lipstik,Deodoran serta pelbagai lagi barang Kosmetik.Kebanyakan berasal dari Luar Negara seperti Korea,Japan serta Eropah.


Namun walaupun ianya disahkan Halal,ianya hanya disahkan Halal di Negara terbabit ,bukan di Negara Malaysia sendiri.Proses Halal itu bukan saja bahan-bahannya,namun juga termasuk pemprosesan bahan,penghantaran serta pembungkusan.Jika Bahannya Halal,namun bungkusannya berasal dari sumber Haram,Adakah Halal juga Kosmetik itu?

Di Malaysia,terdapat pelbagai kosmetik Buatan Malaysia yang dihasilkan sendiri oleh Masyarakat Islam.Namun,sambutan terhadapnya masih lagi dingin.Ini kerana rakyat kita masih MERAGUI,bukan meragui Status HALAL,tetapi KEBERKESANAN kosmetik itu.Keberkesanan atau Halal yang Paling utama?Kecantikan atau Hukum Agama yang dipilih?


Di luar Negara seperti China dan Arab,Kosmetik Malaysia teramat mudah mendapat tempat didalam Masyarakat sana.Masyarakat disana sekiranya diajukan mengenai Kosmetik Malaysia,mereka terus membelinya tanpa ragu.Ini kerana Logo serta Status HALAL MALAYSIA sendiri amat terkenal di Luar Negara.Kerana itulah,Kosmetik Malaysia,walaupun baru senang mendapat pasaran kerana Status HALAL MALAYSIA itu.Namum itu tidak bermakna ianya tidak bermutu.Kosmetik Malaysia mengunakan Bahan Tradisional seperti Daun Jambu,Kunyit lain-lain.Bahan ini tidak mampu memberi kesan SEGERA kepada pemakainya,namun didalam jangka masa Panjang,Hasilnya pasti terserlah.


Terdapat beribu Kosmetik di Pasaran.Usahlah menuding jari serta menyerahkan tugas itu kepada JAKIM.Masyarakat Islam sendiri yang harus BERUBAH,serta BERTINDAK.Sedangkan Diluar Negara,Halal Malaysia teramat Laku, dinegara ini ianya dipandang Murah serta Remeh.Itu Baru Kosmetik,terdapat berjuta lagi Bahan diluar sana.BERTINDAK atau BERDIAM,apakah pilihan ANDA?


Ingin tahu mengenai Kosmetik Anda halal atau tidak?Dapatkan jawapannya didalam laman Web rasmi JAKIM.

Thursday, November 18, 2010

Kopiah Buruk dan Songkok Baru

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis...menulis untuk berkongsi pengetahuan....


Kopiah Buruk Dan Songkok Baru.....


Satu hari di hari Jumaat,semasa umat islam sedang berduyun-duyun datang ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat.....Disatu tempat,semasa Imam sedang berkhutbah,duduklah seorang Pemuda dengan pemuda yang lain.Pemuda yang pertama memakai Songko baru yang cantik manakala yang kedua pula hanya berkopiah buruk....

Songkok Baru:Assalamuaikum kawanku Kopiah.

Kopiah Buruk:Waalaikumsalam Songkok.

Songkok Baru:Sudah berapa lama tuanmu membelimu?

Kopiah Buruk:Sudah 2 tahun lamanya Songkok.

Songkok Baru;Diriku juga sudah 2 tahun lamanya,namun mengapa terlalu jauh benar perbezaan kita.

Kopiah Buruk:Perbezaan apa maksudmu Songkok.

Songkok Baru:Mengapa dirimu terlalu buruk benar ku lihat sedangkan diriku masih baru lagi.Tuanku ini           seorang yang amat menyanyangiku,disimpannya aku didalam kotak untuk mengelakkan diriku terkena habuk.Tuanku juga hanya mengunakan diriku hanyalah beberapa kali saja,Jawab Songkok dengan Angkuh.


Kopiah Buruk:Alangkah bertuah hidupmu Songkok kerana mendapat tuan yang menyayangimu,sedangkan
tuanku ini tidak.Setiap hari akan dipakainya akan aku,setiap masa.Tidak pernah lekang dirinya dengan ku.Semasa Solat air sembahyangnya akan menyejukkan diriku ini,semasa solat,terasa nyaman hatiku.Tuanku juga tidak pernah lepas Menunaikan solat malam,setiap hari dia menangis mengenangkan dosanya semasa menghadap Allah S.A.W.Walaupun diriku ini buruk,Namun akau bertuah kerana mendapat Tuan yang soleh,yang mengunakan diriku setiap HARI,Kerana TUGASKU ialah melindungi Rambut Tuanku semasa solat.


Alangkah malunya Songkok Baru mendengar jawapan Kopiah Buruk itu.Barulah dirinya tersedar yang dirinya Hanyalah PERHIASAN saja sedangkan Kopiah Buruk itu pula MENJALANKAN tugasnya setiap hari.Apalah gunanya sesuatu barang itu,seperti sejadah yang cantik,Alquran yang menarik danSongkok yang baru yang mana hanyalah bertindak sebagai perhiasan saja iaitu amat jarang digunakan,walhal setiap benda itu ada tugasnya yang tersendiri...Wallahualam......

Tuesday, November 16, 2010

Rahsia Kesihatan termudah serta menyenangkan

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis......


Rahsia Kesihatan yang paling Termudah serta Menyenangkan......

Kesihatan atau Wang yang Lebih yang lebih penting masa kini.Kedua-duanya saling berkaitan satu sama lain.Kalau tanpa wang,bila kita sakit,macamana nak membiayai kos Rwatan,manakala kalau tiada kesihatan,tentu tidak dapat bekerja kerana uzur bukan?


Pelbagai jenama serta ubatan telah dihasilkan,sama ada secara tulen ataupun tiruan,murah atau mahal.Keseuanya bermotifkan satu sahaja iaitu KEUNTUNGAN.Sebagai penguna,biarlah alah membeli,menang memakai.Berpada-padalah apabila mengunakan sesuatu barangan atau ubatan itu,tidak kiralah Mahal mahupun Murah....

Namun,ada satu cara menjaga kesihatan yang mana ianya terlelu mudah untuk diamalkan.Cara itu ialah MINUM AIR 8GELAS.Kenapa kita mesti minum air .Jawapannya mudah,80% tubuh kita mengandungi air.Pernahkah anda mendengar elemen yang terdapat pada tubuh manusia iaitu,Api,Air,Tanah serta Udara.Jadi elemen air penting didalam kehidupan seharian.



Air bertindak sebagai ejen mencairkan darah.Darah yang terlalu pekat akan menjadi kotor serta menimbulkan pelbagai masalah dikemudian hari.Umpama segelas Nescafe,Sekiranya kita ingin membuat air,tentulah kita membuatnya dengan kurang pekat,kerana jika terlalu pekat,pahit rasanya.Begitu juga dengan Darah.Darah memerlukan air untuk mencairkannya.Darah yang cair akan menjadi lebih bersih serta lancar perjalanan darahnya.Ini kerana ianya lebih ringan serta kurang kandungan kotoron yang boleh menyumbat saluran darah.


Di Jepun,Terdapat satu amalan kesihatan yang diamalkan oleh Masyarakat disana.Ianya amat berkesan untuk menghilangkan sakit-sakit badan,kepala serta tidak sedap badan pada pagi hari,terutamanya semasa bekerja.Caranya ialah dengan Minum air suam(suhu kurang 50 darjah celcius panasnya) sebelum mandi.Amalan ini bertindak berasaskan bahawa semasa kita bangun tidur,Toksin yang terkumpul didalam badan amatlah tinggi.Dengan meminum Air Suam,ianya akan melarutkan serta mengurangkan toksin itu.


Air juga adalah rahsia Awet Muda serta Kecantikan.Kesemua Produk Kecantikan malah petua tradisional juga memerlukan air.Malah kita juga tidak dapat menafikan,malah selalu mendengar Pakar kesihatan menasihatkan mengambil air sebanyak 8 gelas sehari.Jika pakar juga telah bersetuju yang air amat penting untuk kesihatan,mengapa pula kita tidak mengamalkannya.....


Untunglah di Malaysia ini Air bersih amat mudah didapati serta murah.Sekiranya anda seorang yang sibuk didalam kerja,maka gantikan air dengan Sup atau hidangan yang banyak berkuah didalam pemakanan.Melebihkan buah-buahan didalam makanan juga dibolehkan terutamanya yang banyak kandungan air,namun amat tidak DIGALAKKAN  bagi mereka yang menghidap Diabetes serta Kencing manis.Ini kerana Buah-buahan juga memiliki KANDUNGAN GULA YANG TINGGI.

Malah didalam Islam juga,elemen air juga menjadi salah satu dari ibadah.Antaranya ialah Berwudhu.Berwudhu bertujuan membersihkan anggota luar badan yang terdedah dari kotoron untuk menghadap Allah S.W.T. ataupun membaca Al-Quran



Amat Mudah bukan cara yang ringkas ini untuk menjaga kesihatan.Selamat Mencuba............

Sunday, November 14, 2010

Selamat Hari Raya Qurban semua

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis.....


Menghayati erti Korban yang sebenar....

Apakah itu Qurban yang sebenarnya.Malah ramai umat islam yang keliru serta memandang remeh mengenai Hari Raya Qurban ini berbanding Hari Raya Puasa.Memang Hari Raya Puasa kita berpuasa selama sebulan,penat lelah menahan lapar dahaga maka kita diberi Sambutan Raya.Namun Hari Raya Qurban Lebih Baik dan Lebih besar Fadihlatnya.

Apa itu Qurban.Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji(selepas solat Aidil Adha) dan hari-hari Tasyriq iaitu 11,12,dan 13 zulhijjah.Ibadah Qurban dituntut kerana beribadah kepada Allah S.W.T iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah iaitu Nabi Ibrahim a.s yang mana ianya kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

               
Hukumnya Sunat Muakad ke atas orang yang memenuhi Syarat-syarat yang berikut:
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Baligh serta berakal
  4. Berkemampuan melaksanakan ibadah Qurban
Qurban wajib bagi orang yang mampu atau berkecukupan tapi bila tidak melaksanakan kurban, Nabi Muhammad SAW mengingatkan : "Barang siapa yang sudah mampu dan mempunyai kesanggupan tapi tidak berQurban, maka dia jangan dekat-dekat kemushallahku." Hadis tersebut merupakan sindiran bagi orang-orang yang mampu dan banyak harta tapi tidak mahu berQurban.

Hikmah serta Fadhilat Qurban

  1. Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  2. Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan  Allah s.w.t.
  3. Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
  5. Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  6. Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.


    Erti Ibadah Berkorban yang sebenarnya ialah beribadah kepada Allah S.W.T.Ibadah Qurban yang dilakukan walaupun sekali akan memberi balasan yang berlipat kali ganda di Akhirat Kelak iaitu sebagai Binatang Tungangan Kamu semasa melintasi Titian Al-Sirat Al-Mustaqim kelak.Di Dunia kita sebulan Top up seratus sebulan(paling sedikit) ataupun berbelanja untuk bergaya membeli seluar Jeans jenama Levis beratus ringgit namun untuk melaksanakan Ibadah Qurban tidak mampu.Berqurbanlah kamu walaupun sekali sekiranya mampu....
      

    Pinjam gambar dari Encik Google
     

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails