Mereka yang ku hargai

Thursday, April 14, 2011

TIPU-Syurga di bawah Telapak Kaki Ibu......

Secangkir Tinta Seluas Pandangan........



TIPU........PENIPU.....Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu adalah Bohong.....Saat ini aku bersendirian.Diriku tidak terurus,kusut Masai bak Pengemis di Tepi Jalan....Langsung tidak padan dengan Statusku sebagai Wakil Rakyat di Bandar Terkaya Di Negara ini.....

Ibu......Mengapa dikau bersusah payah membesarkan Diriku ini......

Ibu......Mengapa dikau tidak Marah akan Diriku Ini.......

Ibu......Mengapa dikau masih sanggup memaafkan Diriku.......

Aku anak yang Derhaka.Aku adalah Si Tanggang Moden yang Melupakan Jasa Ibu yang Melahirkan....Akulah Si Syaitan dan Iblis Dunia yang Terkutuk yang sanggup meninggalkan Ibu sendiri Di Tepi Jalan bak Sampah yang Terbuang.......Akulah Juga yang memekakkan Telinga apabila Ibu Merayu jangan Ditinggalkan di Tepi Jalan......Anak apakah aku ini........


Tipu,Tipu semuanya Tipu,Iya aku yang menipu Diri sendiri,Menafikan Kebenaran Ayat itu.Iye,aku yang Berdusta,yang membutakan Mata,menulikan Telinga dan Membisukan Lidahku..........Lihatlah Diriku sekarang........


Kerjayaku sebagai Wakil Rakyat Musnah angkara Surat Khabar yang memaparkan Kejahatanku kepada Ibu Sendiri,Isteri dan Anakku menyisihkan diri daripada ku kerana Jijik dengan Perbuatanku,Iya aku yang Bersalah kerana Berdusta kepada mereka.Aku yang berdusta mengatakan menghantar Ibu Ke Kampung kerana Ibu mahu berada disana........Salahku semua ini......


Benarlah bak kata Pepatah,Seorang Ibu mampu menjaga 10,malah 100 anak,Namun 10 hatta 100 anak pun tidak mampu menjaga Ibu Seorang...............



Ingatlah Balasan Anak yang menderhaka kepada Ibunya iaitu
  1. Rezekinya tidak diberkati
  2. Amal jariahnya walaupun sebesar Gunung setinggi Langit tidak diterima Allah
  3. Di pendekkan Umurnya Didunia ini
  4. Tidak dimasukkan ia kedalam Syurga selagi tidak diampunkan Dosanya oleh Ibunya...
  5. Matinya penuh dengan Azab seksaan yang selayaknya.....

Pinjam Gambar dari ILUVISLAM

Wednesday, April 13, 2011

Tidakkan Hilang Melayu Didunia-Hang Tuah....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis......

Tidakkan Hilang Melayu diDunia.....Kata-kata Keramat Hang Tuah ini mungkin akan berkubur untuk selamanya....Bayangkan sekiranya Hang Tuah Masih Hidup lagi atau Dibawa Oleh Pengembara Masa untuk melihat Kehidupan kita sekarang.

Pasti Hang Tuah akan mengeleng-eleng kepala.Melihat gejala Sosial generasi Muda seperti HOMEMADE VIDEO SENDIRI oleh orang Melayu sendiri,Pembuangan Bayi,Perpecahan diantara Masyarakat Melayu serta Keruntuhan Akhlak.

Tentu Hang Tuah akan berfikir sedalam-dalamnya kata Keramatnya.Mungkin Hang Tuah akan menyatakan,Biarlah Melayu Hilang DiDunia,daripada Diseksa Di Akhirat kelak.......

Tuesday, April 12, 2011

Maafkan Diriku AYAH.......

Secangkir Tinta Menulis,,,,,,,,,



Maafkan saya Ayah.Saat ini air mata mengalir Deras.Bagaikan Sebuah Empangan yang Rebah,mengalir Deras tidak tertahan......


Dihadapan,Ayah yang dikasihi terlantar Kaku tidak bernyawa.Terasa Sejuk seperti Air Batu Tubuh ayah yang ku rangkul itu.Saat ini segala Dosaku dan kesilapan perbuatanku pada Ayah bermain-main di kotak Fikiran.......


Aku masih ingat lagi semasa ku Kecil,Ku amat Nakal.Satu Hari aku mencabut serta merosakkan Alat Bantu Pendengaran Ayahku.Ayahku Kurang Pendengaran.Alat Bantu itulah yang banyak membantu Ayah didalam Kehidupannya.Ayah tidak mampu untuk membeli baru,apatah lagi Alat Bantu itu adalah Sumbangan Kerajaan.Ayah tidak mahu meminta lagi.Saat itu tiada lagi Bunyi yang mampu Ayah dengari.Namun Ayah tidak pernah marah padaku...........




Semasaku bersekolah Rendah,Aku selalu Marah pada Ayah.Sejak kematian Ibu,Ayah amat jarang berada Dirumah.Ayah banyak menghabiskan masanya untuk bekerja.Saat itu aku tidak memahami,mengapa Ayah bekerja begitu Keras.Selalu aku memberontak dan merajuk pada Ayah.Namun ayah tidak marah,malah amat Penyabar memujukku.Maafkan aku Ayah,saat Dewasa baru ku fahami mengapa Ayah bekerja begitu keras.Semuanya demiku.Ayah tidak mahu aku mengikuti jejak langkahnya yang buta huruf dan tidak berpelajaran.Ayah mahu aku berjaya didalam Hidupku.Betapa besarnya salah fahamku padamu Ayah....

Semasa Melanjutkan pelajaran di Universiti,Aku bergaul dengan Pelajar Yang Jahat.Bersama-sama mereka,Aku serin keluar melepak,meminum minuman keras.Semuanya memerlukan Duit.Demi mengejar keseronokan,aku menipu ayah mengatakan perlukan Wang untuk belajar.Sering aku Memaksa ayah memberikan ku wang atas Alasan PELAJARAN.Namun ayah tidak pernah Menolak,malah berjanji akan mencari wang itu........


Satu Hari semasa aku pulang bercuti semester,aku terserempak dengan Ayah yang mengutip Tin serta Kadbod terbuang di tempat pembuangan sampah..Ayah tidak nampak Diriku.Keadaan ayah amat menyedihkan,ayah sangup meredah kekotoran yang MENGELIKAN,semata-mata untuk Mendapatkan WANG untukku atas Alasan PELAJARANKU.....Saat itu aku berjanji tidak akan menghampakan Ayah serta berubah sikap...................


Kini aku telah berjaya menjadi seorang Arkitek terkemuka Negara.Ciptaanku serta Hasil sentuhanku berada dimana-mana.Lihatlah Menara Ratna,Masjid Mutiara yang mengagumkan,segalanya dari Sentuhan Magisku.Namun ku Hanyut lagi.Kali ini ku Hanyut pada KEKAYAAN,GLAMOUR DAN MARUAH.Demi semua ini,ku sangup membuang Ayah.Tidak pernah aku membalas panggilannya,mahupun melawatnya setelah berjaya.Tinggallah ayah keseorangan dirumah.

10 Tahun dah berlalu,10 tahun juga ku tidak melawat ayah.Satu hari aku mendapat panggilan menyatakan AYAH SUDAH PERGI....Saat itu hancur luluh jantungku.Dunia ini seakan sunyi.......Yang ada hanya ingatanku pada Ayah.......


Ayah,Pakcik Amid telah menyampaikan pesan Terakhir Ayah padaku.Ayah memaafkan segala Kesalahanku.Ayah,Anakmu ini telah membuat Kesalahan Besar Ayah,Anakmu ini tidak Layak menjadi Anak,mengapa Ayah masih Sanggup memaafkan kesalahan Anakmu ini.Biarlah Diri ini dimamah API NERAKA dan DISEKSA PENJAGA KUBUR,Mengapa Ayah masih MENGAMBIL BERAT DIRI INI.....JAWAPANNYA IALAH KASIH SAYANG........

Kini segalanya telah terlambat......tiada gunanya menyesal.Saat ini Harta yan Melimpah Ruah,Maruah serta Martabat yang Tinggi tidak akan mengembalikan AYAH padaku........................

Nasihatku pada teman-temanku.....Hargailah ORANG TUA ANDA.WALAUPUN BETAPA BESAR DOSA ANDA PADA MEREKA,MEREKA MASIH SANGUP MEMAAFKAN ANDA.........


Thursday, April 7, 2011

Telur Ayam Yang Anda Masak Halalkah?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis......Mengupas persoalan Halal dan Haram.


Telur Ayam yang anda masak Halalkah?

Salam semua para pembaca.Secangkir Tinta Seluas Pandangan ingin mengupas persoalan yang dipandang remeh oleh Umat Islam sendiri.Tahukah anda mengenai Halal dan Haram Telur Ayam yang digunakan anda?


Telurku HARAM?

Umumnya Para Ulama sepakat mengatakan yang telur Ayam adalah HALAL untuk dimakan.Namun yang menjadikannya HARAM ialah Pengunaannya.Mengikut Islam,sebelum memasak tekur,Anda WAJIB membasuh KULITNYA.Walaupun kulitnya bersih berseri,namun ianya WAJIB dibasuh.Ini kerana Telur Ayam itu berasal dari Bontot Ayam.Sesuatu yang keluar dari Bontot Ayam adalah Haram sekiranya ianya tidak dibasuh terlebih dahulu.

Akan tetapi,Bukahkah kulit telur Ayam yang anda beli itu Bersih berseri,Maknanya ianya telah Dibasuh dan disucikan?SALAH sekiranya anda mengangap demikian?Ini kerana apabila telur itu dipungut,ianya hanya dikikis kekotoran yang terdapat pada telur saja.Telur itu tidak BOLEH DIBASUH kerana Liang-liang udara pada Telur telah terbuka.Jadi sekiranya telur dibasuh,maka Air akan Menyerap masuk dan merosakkan Telur itu.


Yang kedua ialah Telur yang dipecahkan,terdapat Sedikit Darah didalamnya.Didalam Islam,jika terdapat Darah,maka ianya HARAM dimakan.Namun untuk mengelakkan pembaziran,Darah itu boleh dibuang sekiranya SEDIKIT.Namun adalah lebih baik sekiranya anda berasa Ragu-Ragu mengenai Darah didalam Telur,Bolehlah dibuang saja telur itu.Ini kerana anda merasa WAS-WAS.


Jadi,diharap penulisan saya ini dapat menyedarkan umat Islam yang MUNGKIN TIDAK MENGETAHUI cara pengunaan Telur Ayam dengan Betul.Sekian....

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails