Mereka yang ku hargai

Tuesday, May 8, 2012

Rahsia Tarikh Lahir-Penipuan atau Kebenaran

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis.

Tarikh Lahir,Benarkah terdapat Rahsia di dalamnya yang akan menentukan Sikap,kejayaan setiap individu itu? Jawapan saya ialah Tidak.Tiada sebarang Rahsia di dalam tarikh lahirJawapan saya hadir melalui pengalaman hidup saya sendiri,malah saya akan membangkitkan kelemahan mengenai Rahsia tarikh lahir ini.

Saya dilahirkan dengan Kembar lelaki.Kami cuma dipisahkan hanya beberapa minit sahaja.Soalan saya sekiranya kami lahir dengan Tarikh Lahir yang sama,Mengapakah sikap kami berdua berbeza?Kami seolah dua individu yang berbeza,baik sikap,kelakuan kegemaran dan juga kerjaya.

Jawapan saya mengapa kami berbeza ialah PERSEKITARAN.Walaupun kami dibesarkan bersama-sama di dalam satu rumah namun selepas beberapa ketika,kami mula berpisah dan belajar di sekolah yang berlainan.Ini membuatkan kami mengenali Rakan yang berbeza serta suasana yang berlainan.Jadi inilah jawapan mengapa kami berbeza sikap.Jadi apakah Rahsia Tarikh Lahir kami sekiranya kami berbeza Sikap,tidak sama seperti di dalam Apa yang diperkatakan?

Persoalan kedua mengenai Rahsia Tarikh lahir ialah Kejayaan Individu.Sebagai Contoh Tarikh Lahir Mantan Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Doktor Mahatdir Muhammad iaitu pada 10 Julai 1925.Orang yng memiliki tarikh Lahir ini digambarkan sebagai seorang yang sangat Sibuk,Bijak dalam perniagaan dan suka mengambil Risiko.

Jadi Soalan saya jika 1000 orang di Dunia ini lahir pada tarikh ini,adakah 1000 orang ini akan Sangat Sibuk,Bijak di dalam perniagaan dan suka mengambil Risiko?Rasanya mungkin 30 % sahaja.Ini kerana yang membezakan Kejayaan Indivu ialah SIKAP.Kalau Lahir pada hari yang diramalkan orang itu akan jadi KAYA pun,tapi Orang ini PEMALAS,Adakah dia akan jadi KAYA?

Jadi benarkah terdapat Rahsia di dalam tarikh lahir ini?Saya sudah membaca banyak Buku mengenai Misteri,Rahsia Nombor,tarikh Lahir namun setiap kali membaca otak saya akan terfikir mengapa orang yang ada tarikh lahir sama boleh berbea Sikap,Kejayaan jauh berbeza daripada yang tertulis di Buku?Mugkin ada yang benar mengenai apa yan tertulis di Buku,namun banyak juga yang tidak benar.

Tepuk Dada,Tanya selera,Bolehkah kita mempercayai Terdapat Rahsia di dalam tarikh lahir kita?Jawapannya munkin berbeza di dalam setiap individu.

Sekian.....

2 comments:

  1. assalammualaikum...setiap manusia punyai hak utk bersuara,saya hormati pendapat peribadi saudara mengenai rahsia tarikh lahir ini ataupun ilmu sains(METAFIZIK)..dan apa yg saudara katakan semua benar,tetapi melalui pandangan peribadi saya pula..setiap sesuatu di dunia ini pasti ada sebab atau rahsia di sebaliknya..begitu juga dgn tarikh lahir..ilmu metafizik ini bkn la utk kita taksub 100%..tetapi ia dpt membantu kita mengenal kekuatan dan kelemahan diri..allah swt mengizinkan kita utk dpt myingkap sedikit rahsia ciptaanya...drpd diri kita utk memanfaatknnya..spt persoalan saudara..bagaimana pula dgn orang yg lahir pd tarikh yg sama?..bagi saya..contoh orang yang lahir pada 01.01.2012,maksud tarikh lahir itu bukan lah menandakan org yg lahir pd tarikh itu mesti bersikap sama dan cenderung pada minat yang sama..tetapi mereka mempunyai kekuatan yg sama jika mereka dpt mengenal potensi diri mereka 100%..contoh saudara katakan matan perdana menteri kita dia adalah orang yg sibuk..benar,kerana pekerjaan dan tggjwb bliau dlm menjalankan tugas..maksudnya disini org yg sama dgn tarikh lahir bliau tidak semestinya akan dalam keadaan yg sibuk..tetapi org yg sama dgn tarikh lahir bliau boleh menjadi insan sehebat bliau jika mereka mgenal potensi diri mereka..contoh..mreka boleh jadi seberani bliau,setegas dan selantang beliau..mempunyai sifat kepimpinan yg tinggi spt bliau..oleh kerana ramai orang tidak kenal akan potensi diri,mereka tidak dapat menggunakan kekuatan sebenar yg ada pada diri utk menjadi seorg insan yg luar biasa..juga mreka tak sedar dan tak dapat mengatasi kelemahan diri mereka..allah menciptakan makhluk sesempurna manusia utk mengkaji,mengenal dan mengkagumi kebesaran ciptaanya..dan yg paling hebat adalah manusia..engan izinnya kita dpt myingkap sedikit kekuatan diri dan menjadi hamba yg pling hebat di muka bumi dan di akhirat kelak..insyaallah..sekian saja perkongsian dan pandangan saya..diharap sesama kita saling dapat manfaatnya..allahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the good komen .terima kasih kerana komen yang bernas dari saudari

      Delete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails