Mereka yang ku hargai

Monday, November 29, 2010

Mampukah kepintaran manusia Membina Time Machine

Secangkir Tinta Seluas Pandangan berbicara....Mencungkil Daya kepintaran manusia...


Time Machine?


Back 2futute filem yg menimbulkan fenomena


Time Machine atau Mesin masa,adalah satu Imaginasi serta Khayalan manusia.Sejak manusia mampu berfikir serta bertamadun,mereka sering membayangkan seseorang dari masa depan melawat mereka.Namun Mampukah kepintaran Manusia Mencipta sejenis alat yang mampu memutarkan Waktu dan Masa kepada masa Lepas atau Masa Depan.....


Zaman sekarang,kemajuan teknologi manusia semakin memuncak.Manusia telah berjaya mendarat dibulan serta menghantar Misi angkasa ke merata Planet.Sekarang Para Saintis sedang berusaha untuk mencipta satu keadaan yang membolehkan manusia hidup di Planet Lain.Sesuatu yang dianggap mustahil dimasa dahulu mungkin mampu direalisasikan dimasa depan.


Namun sepintar-pintar manusia,mampukah mereka mencipta Mesin masa?Manusia mampu ke Bulan,malah tidak mustahil manusia mampu ke planet marikh serta menetap di luar Angkasa kelak.Ini semuanya kerana Kuasa Allah.Ianya tidak berlawanan dengan Kuasa serta ciptaan Allah.Namun mencipta mesin masa adalah menyalahi serta melawan luasa Allah.


mesin masa hanyalah khayalan saja-pinjam en.google gambar


Didalam Al-Quran,telah jelas disebut bahawa umat islam harus menghargai masa itu kerana IANYA TIDAK BOLEH DIPUTARKAN KEMBALI.Semua manusia bertanggungjawab keatas segala perbuatan mereka.Ilmu manusia hanyalah sedikit,seperti setitik noktah diatas kertas A4.Segala ilmu dataangnya dari Allah.Allah telah menjelaskan bahawa manusia harus menghargai masa kerana ianya tidak boleh diputar kembali.Jadi seberapa tinggi kepintaran manusia pun,manusia tidak dpat kembali ke masa lepas.

Ianya hanyalah khayalan serta imaginasi manusia.Malah Nabi Muhammad S.A.W serta para nabi pun tiada satu pun diberi kuasa untuk kembali ke masa dahulu atau masa akan datang.Hanya diberikan bayangan serta pengetahuan dari Allah.Lihatlah Malaikat.Walaupun mereka diberi kuasa yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia,namun tiada satupun pernah disebut dapat kembali kemasa lepas mahupun akan datang.Begitu juga dengan Dajjal.walaupun diberi kuasa menghidupkan orang mati,namun tidak diberi kuasa ini.


Maka sedarlah dari Angan-angan,Mesin Masa hanyalah sekadar Imaginasi serta khyalan manusia saja.

3 comments:

  1. tidak mustahil ada nanti tahun 2020

    ReplyDelete
  2. hurm...semua terjadi pasti ada hikmahNYA...Mesin masa itu macam tak logik je...huhu

    ReplyDelete
  3. Bila sebut mesin masa je, automatik ingat DORAEMON!. hehe...erm.. boleh ke wujud mesin masa ni? kalau wujud pun, benar2 boleh berfungsi dengan baik ke? Alahai..masa yang telah berlalu juga ibarat angin.

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails