Mereka yang ku hargai

Saturday, December 4, 2010

Manusia gergasi-benarkah Kaum ADS itu sebesar gergasi?

Secangkir tinta seluas Pandangan menulis......


Manusia Gergasi.......





Salam semua.Baru -baru heboh mengenai akan wujudnya Manusia Gergasi di Internet.Sati kisah lama yang dahulunya heboh kini dibicarakan semula.Sebenarnya satu masa dahulu,sudah terdapat jawapan mengenai Gambar ini.Gambar ini sebenarnya palsu dan terdapat pengubahsuaian didalamnya.Harap semuanya jangan terpedaya.Ini kerana ianya hanyalah sekadar untuk menarik trafik,malah boleh memesongkan akidah umat Islam.

Gambar Kontroversi-ubahsuai





gambar asli yang sebenarnya
Sebenarnya penemuan itu ialah penemuan Mastodon sejenis haiwan zaman purba,bukanlah Manusia.Cuba perhatikan gambar pertama dan kedua.Perhatikan sekeliling gambar,memang terdapat kesamaan termasuklah orang yamg memakai baju putih sambil mencangkung.Yang palsu ialah tengkorak manusia serta terdapat tambahan gambar seorang Lagi yang sedang mengali.


Sebenarnya gambar ini pernah disiarkan dimajalah serta pelbagai media 10tahun lalu.Jadi tidak hairanlah generasi sekarang tidak mengetahui mengenai hal ini.Terdapat jawapan yang jelas baik dari Arab Saudi mahupun Dari Malaysia sendiri yang gambar ini Palsu serta terdapat pengubahsuaian didalamnya.Cuba Fikirkan,sekiranya gambar ini benar.mengapa ianya tidak dipamerkan di Muzium?Dapatkah anda mencari Pameran Manusia Gergasi Kaum ADS di Google?Jawapannya ialah tiada.

Satu lagi yang saya buat saya tertarik ialah terdapatnya ayat Al-Quran yng menyatakan Manusia kaum Ads ini bersaiz besar,mampu mencabut pokokk sebesar pemeluk dan memiliki kekuatan yan luarbiasa,kerana anugerah ini,mereka takbur dan berpaling dari menyembah Allah YANG MAHA ESA.Namun tiada satu pun blog mahupun artikel yang menyebut AYAT MANA,SURAH MANA untuk membolehkan saya mencarinya didalam Al-Quran. Jadi adakah ianya benar?


Untuk maklumat lanjut mengenai gambar ini,saya menyarankan anda merujuk kepada blog yang satu lagi ini

[mencintai-islam] Tengkorak gergasi kaum Add di Saudi

.

1 comment:

  1. hye,,,dah follow, follow back ok.. nice blog.. =)

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails