Mereka yang ku hargai

Saturday, December 11, 2010

Cinta 3 Segi-Siapa yang Bersalah?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis..........Berdasarkan cerita seorang teman yang mengalami cinta tiga segi.....


Cinta Tiga Segi-Siapakah yang bersalah......

Cinta.Satu perkataan keramat.Sejak manusia wujud di Dunia ini,sejak Nabi Adam bermimpikan Hawa,Nabi Adam merasakan satu perasaan yang amat pelik serta menakjubkan didalam hatinya.Perasaan itu dinamakan CINTA.Itulah anugerah Allah kepada Manusia sekelian.

Sejak Berzaman,pelbagai kisah Cinta telah tertulis dan terpahat didalam sejarah.Ada yang berakhir dengan Gembira,juga tidak kurang berduka.Cinta antara Shah Jehan dengan Mumtaz Mahal,Cinta antara Zulaikha dan Nabi Yusuf dan lain-lain lagi....Namun itu semuanya Cinta dianta 2 pihak saja,bagaimanakah Cinta 3 segi ini wujud......

Mengikut cerita teman,cerita bermula dengan perkenalan si dia dengan si B.Perkenalan yang sekadar hanya untuk menambah kenalan semakin mesra.Di Awal perkenalan lagi,Si B telah meluahkan isi hatinya pada Si Dia.Si Dia mengetahuinya,namun menolak Cinta tersebut kerana Hati Si Dia telah berpunya.Berpaksikan pada keteguhan Cinta,Si dia yakin yang hatinya tidak akan berubah...


Untuk apakah cinta sekiranya ianya serapuh kaca


Namun,Si B pandai berkata-kata serta Romantis orangnya.Kata-katanya meruntun jiwa,Perhatiannya mengusik hati.Si Dia mula selalu keluar bersama Si B.tanpa disedari yang mereka semakin kerap keluar bersama.Kekasih hati si  Dia mula merasa tidak senang mengenai hal ini.Walaupun pernah berjumpa dengan Si B,namun Si Dia menyakinkan yang mereka hanyalah berkawan saja.

untuk apakah kesetiaan sekiranya ianya boleh dipermainkan


Namun Kekasih hati sedar bahawa Si Dia sudah semakin berubah.Si dia semakin jarang berhubung dengannya,semakin kurang perhatian kepadanya.Apabila Si dia Sakit terutamanya di tengah2 malam,Kekasih hati setia menunggu,mengambil berat sehingga Si Dia tertidur.Apabila Si dia mengalami masalah,kekasih hati akan cuba membantu.Namun keadaan sebaliknya berlaku.Apabila kekasih hati sakit,tiada kata2 semangat,tiada kata2 nasihat.Sekadar ucapan Dah makan ubat.Hanya itu saja mesejnya.Tiada ucapan sudah sembuhkah keadaan dirinya.Senyap tiada kata2.Apabila ditanya,tiada kredit menjadi alasan.


Kini segalanya dah berlalu.Cukuplah hanya sedikit ini yang diluahkan olehnya.Hatinya amat mencintai Si dia,namun Seperti mana kata2 Kekasih hati suatu ketika dahulu,Cinta itu satu Pengorbanan.Sekiranya melihat kekasih hati lebih elok dengan Si B,sedangkan apabila kekasih hati bersama Si Dia,mereka semakin tidak serasi dan semakin kerap bergaduh,mengapa tidak dilepaskan perasaan itu.Memang berat mahu dilepaskan Cinta itu,sedangkan itulah Cinta yang diharapkannya ke akhir hayatnya.

BEGITULAH KISAH SEORANG TEMAN KITA.KITA HANYA MAMPU MEMANDANG,MENDENGAR DAN MELIHAT.NAMUN HANYA HATI SENDIRI YANG MERASA.MENGAPAKAH PERLU WUJUDNYA ORANG KETIGA INI SEKIRANYA CINTA YANG SEJATI BENAR2 WUJUD.SIAPAKAH YANG BERSALAH DIDALAM HAL INI.....

BAGI TEMANKU INI,CINTA SUDAH TIADA MAKNANYA BAGI DIRINYA.APABILA DIAJUKAN SOALAN BILAKAH MAHU BERKAHWIN,DENGAN TERSENYUM DIA BERKATA,UNTUK APA CINTA SEKIRANYA KESETIAAN ITU TIDAK WUJUD,UNTUK APAKAH BERSATU SEKIRANYA DIMASA DEPAN AKAN BERPISAH?ADAKAH ANDA MEMILIKI JAWAPAN UNTUK SOALANNYA?


No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails