Realiti atau Khayalan:Penempatan Manusia di Planet Lain?
Salam Semua...Semasa kecil,saya selalu melihat serta mengagumi Planet di Luar Bumi ini.Semasa bersekolah di Sekolah Rendah,setiap kali saya ke Liblary,Saya pasti akan mencari buku mengenai Angkasa.Terlopong mulut melihat gambaran yang menakjubkan mengenai dunia luar ini.Balik Rumah pula mesti berangan-angan ke Planet itulah,ke Planet ini.Namun sekarang walau pun saya sudah dewasa,minat untuk mengetahui mengenai Planet serta apa yang terdapat di Luar Bumi ini tidak pernah padam.
Planet Marikh sasaran saistis kerana menyerupai Bumi |
Baru-baru ini NASA sedang merancang Misi untuk Ke Planet Marikh yang mana misi ini diketahui angkasawannya tidak akan kembali ke Bumi lagi.NASA sedang merancang untuk memujuk Pemilik Google serta Billionaire untuk sama-sama melabur bagi merealisasikan Misi ini.Tujuan Misi ini adalah sebagai BATU LONCATAN untuk Manusia membina penempatan di Luar Bumi satu masa kelak.
Namun timbulnya persoalan di Minda mengenai KEMAMPUAN Manusia untuk Membina penempatan di Luar Bumi.Adakah ianya Mampu Dicapai atau Mustahil dicapai?Saya Yakin ramai yang bersetuju bahawa Ianya tidak mustahil satu masa kelak.Lihatlah perkembangan Sains dan Teknologi masa kini,Manusia semakin Pintar dan Maju.Memang benar Manusia semakin Pintar dan Maju,namun ada sesuatu yang menganggu Fikiran untuk menidakkannya.
Teringat saya kesemua Buku-buku mengenai Hari Kiamat,Mengenai Dajjal.Kesemua tanda Hari Kiamat seperti Kiamat Kecil kesemua telah pun berlaku diBumi.Jadi Bila lagi Manusia akan Mencapai Kemajuan ke Angkasa?Kedua ialah mengenai Dajjal,Dajjal memiliki Kuasa untuk kemana-mana tempat di Bumi ini seperti Tertulis di Hadis,maka sekiranya manusia mampu ke Planet Lain,adakah Dajjal juga akan kesana?Turunnya Nabi Isa,Munculnya Imam Mahdi,Kematian Dajjal dibunuh Nabi Isa.kesemuanya ditulis dengan jelas di Al-Quran bahawa ianya akan berlaku Di BUMI.Begitu juga dengan kesemua tanda-tanda Kiamat baik kecil mahupun Besar,kesemua merujuk di Bumi Bukan?
Mungkin Juga Manusia mampu malah berjaya membina penempatan Di Luar Bumi.Tetapi Mungkin juga bahawa apabila hampir Kiamat,kesemua penempatan manusia di Luar Bumi itu Musnah.Namun Tidak Masuk Akal bukan?
Namun Kita hanyalah Hamba ALLAH.kemampuan kita terbatas.Namun bagaimana dengan Pendapat pembaca semua,sama-samalah kita meluangkan sedikit masa untuk memikirkan teori GILA ini.....
No comments:
Post a Comment