Mereka yang ku hargai

Monday, December 20, 2010

Semua Manusia Adalah SUPERMAN.....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis......

Kamu semua memiliki kekuatan dan kepantasanku


SUPERMAN,Man of the Steel ialah Hero yang memiliki kekuatan sehebat Raksasa,mampu Terbang,memiliki Pandangan X-Ray serta Pancaran Laser yang membina.Namun didalam diri semua Manusia,Tersembunyinya Salah satu Gen Superman ialah KEKUATAN Tenaga serta KEPANTASAN yang Luar Biasa.

Namun,KEKUATAN ini hanya boleh diaktifkan bila tiba masanya,iaitu bila keadaan mendesak dan membahayakan diri sendiri.Sebagai Contoh seorang Pendaki yang Mendaki Gunung Rocky telah ditimpa batu yang jatuh secara tiba-tiba.Batu itu seberat 200 kg.Didalam keadaan Terdesak itu,Secara tiba-tiba Pendaki itu memiliki kekuatan yang Luar biasa.Ia mengangkat batu itu seolah-olah Batu itu ringan.

Begitu juga dengan satu Kes dimana seorang Ahli Bomba mendapati bahawa sesebuah bangunan itu akan meletup.Ahli bomba itu berlari mengalahkan Pelari Pecut terpantas didunia ini untuk menyelamatkan diri..Bagaimana Seorang Ahli Bomba yang tidak menfapat latihan seperti Atlit,mampu berlari sepantas itu?Pernahkah Kamu dikejar ANJING secara tiba-tiba ataupun semasa dihutan kamu dikejar Beruang(Sebagai Contoh).Tidak pelikkkah kamu sekiranya secara tiba-tiba kamu mendapati secara tidak sedar kamu memiliki Kepantasan yang menakjubkan untuk melarikan Diri dari Beruang dan Mampu memanjat Pokok yang tinggi sekelip mata padahal dulu kamu Gayat serta tidak pernah Memanjat Pokok?


Jawapannya ialah Adrenalin.Adrenalin memberikan manusia tenaga serta keseronokan.Sebab itulah mengapa Atlit dilarang mengunakan Dadah.Ini kerana Dadah itu tidak mendatangkan tabiat Gian sebaliknya merangsang kelenjar Adrenalin untuk merembeskan Adrenalin.Hasilnya mereka mampu lebih Pantas,Lebih Kuat dari Peserta yang Lain.

Walaupun Dadah mampu merembaskan Adrenalin,namun tiada apa yang MAMPU MEREMBESKAN ADRENALIN secara berlebihan apabila seseorang itu berada didalam BAHAYA.Sebab itulah kebanyakan Pelagak Negeri,mahupun mereka yang suka melakukan aksi yang merbahaya seperti terjun dari tempat tinggi,kesemuanya mendapati bahawa Mereka menikmati Keseronokan apabila berdepan Bahaya.


Kesimpulannya,Semua Manusia memiliki Gen Superman,Namun hanya didalam keadaan Bahaya saja.Jangan pula selepas ini anda memakai Spender Di Luar pula..Sekian....

No comments:

Post a Comment

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails