Mereka yang ku hargai

Monday, December 20, 2010

Berhati-hati apabila membuka laptop anda...

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis.....


Jari jemari menulis......terasa tekanan dibahu.....apabila terdapat banyak Tanggungjawab yang perlu dipikul........Alangkah baiknya sekiranya ada cara untuk menghilangkan tekanan ini buat seketika....Laptop dihidupkan.............












Pembaca ada jawapannya?

Jangan Marah pula semua.Sengaja meletakkan gambar ini..Hilang sedikit Tekanan apabila ketawa.....

Semua Manusia Adalah SUPERMAN.....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis......

Kamu semua memiliki kekuatan dan kepantasanku


SUPERMAN,Man of the Steel ialah Hero yang memiliki kekuatan sehebat Raksasa,mampu Terbang,memiliki Pandangan X-Ray serta Pancaran Laser yang membina.Namun didalam diri semua Manusia,Tersembunyinya Salah satu Gen Superman ialah KEKUATAN Tenaga serta KEPANTASAN yang Luar Biasa.

Namun,KEKUATAN ini hanya boleh diaktifkan bila tiba masanya,iaitu bila keadaan mendesak dan membahayakan diri sendiri.Sebagai Contoh seorang Pendaki yang Mendaki Gunung Rocky telah ditimpa batu yang jatuh secara tiba-tiba.Batu itu seberat 200 kg.Didalam keadaan Terdesak itu,Secara tiba-tiba Pendaki itu memiliki kekuatan yang Luar biasa.Ia mengangkat batu itu seolah-olah Batu itu ringan.

Begitu juga dengan satu Kes dimana seorang Ahli Bomba mendapati bahawa sesebuah bangunan itu akan meletup.Ahli bomba itu berlari mengalahkan Pelari Pecut terpantas didunia ini untuk menyelamatkan diri..Bagaimana Seorang Ahli Bomba yang tidak menfapat latihan seperti Atlit,mampu berlari sepantas itu?Pernahkah Kamu dikejar ANJING secara tiba-tiba ataupun semasa dihutan kamu dikejar Beruang(Sebagai Contoh).Tidak pelikkkah kamu sekiranya secara tiba-tiba kamu mendapati secara tidak sedar kamu memiliki Kepantasan yang menakjubkan untuk melarikan Diri dari Beruang dan Mampu memanjat Pokok yang tinggi sekelip mata padahal dulu kamu Gayat serta tidak pernah Memanjat Pokok?


Jawapannya ialah Adrenalin.Adrenalin memberikan manusia tenaga serta keseronokan.Sebab itulah mengapa Atlit dilarang mengunakan Dadah.Ini kerana Dadah itu tidak mendatangkan tabiat Gian sebaliknya merangsang kelenjar Adrenalin untuk merembeskan Adrenalin.Hasilnya mereka mampu lebih Pantas,Lebih Kuat dari Peserta yang Lain.

Walaupun Dadah mampu merembaskan Adrenalin,namun tiada apa yang MAMPU MEREMBESKAN ADRENALIN secara berlebihan apabila seseorang itu berada didalam BAHAYA.Sebab itulah kebanyakan Pelagak Negeri,mahupun mereka yang suka melakukan aksi yang merbahaya seperti terjun dari tempat tinggi,kesemuanya mendapati bahawa Mereka menikmati Keseronokan apabila berdepan Bahaya.


Kesimpulannya,Semua Manusia memiliki Gen Superman,Namun hanya didalam keadaan Bahaya saja.Jangan pula selepas ini anda memakai Spender Di Luar pula..Sekian....

Sunday, December 19, 2010

Realiti atau Khayalan:Penempatan Manusia di Planet Lain?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan Menulis...Menulis satu perkara Kontroversi.......

Realiti atau Khayalan:Penempatan Manusia di Planet Lain?

Salam Semua...Semasa kecil,saya selalu melihat serta mengagumi Planet di Luar Bumi ini.Semasa bersekolah di Sekolah Rendah,setiap kali saya ke Liblary,Saya pasti akan mencari buku mengenai Angkasa.Terlopong mulut melihat gambaran yang menakjubkan mengenai dunia luar ini.Balik Rumah pula mesti berangan-angan ke Planet itulah,ke Planet ini.Namun sekarang walau pun saya sudah dewasa,minat untuk mengetahui mengenai Planet serta apa yang terdapat di Luar Bumi ini tidak pernah padam.


Planet Marikh sasaran saistis kerana menyerupai Bumi

Baru-baru ini NASA sedang merancang Misi untuk Ke Planet Marikh yang mana misi ini diketahui angkasawannya tidak akan kembali ke Bumi lagi.NASA sedang merancang untuk memujuk Pemilik Google serta Billionaire untuk sama-sama melabur bagi merealisasikan Misi ini.Tujuan Misi ini adalah sebagai BATU LONCATAN untuk Manusia membina penempatan di Luar Bumi satu masa kelak.

Namun timbulnya persoalan di Minda mengenai KEMAMPUAN Manusia untuk Membina penempatan di Luar Bumi.Adakah ianya Mampu Dicapai atau Mustahil dicapai?Saya Yakin ramai yang bersetuju bahawa Ianya tidak mustahil satu masa kelak.Lihatlah perkembangan Sains dan Teknologi masa kini,Manusia semakin Pintar dan Maju.Memang benar Manusia semakin Pintar dan Maju,namun ada sesuatu yang menganggu Fikiran untuk menidakkannya.


Teringat saya kesemua Buku-buku mengenai Hari Kiamat,Mengenai Dajjal.Kesemua tanda Hari Kiamat seperti Kiamat Kecil kesemua telah pun berlaku diBumi.Jadi Bila lagi Manusia akan Mencapai Kemajuan ke Angkasa?Kedua ialah mengenai Dajjal,Dajjal memiliki Kuasa untuk kemana-mana tempat di Bumi ini seperti Tertulis di Hadis,maka sekiranya manusia mampu ke Planet Lain,adakah Dajjal juga akan kesana?Turunnya Nabi Isa,Munculnya Imam Mahdi,Kematian Dajjal dibunuh Nabi Isa.kesemuanya ditulis dengan jelas di Al-Quran bahawa ianya akan berlaku Di BUMI.Begitu juga dengan kesemua tanda-tanda Kiamat baik kecil mahupun Besar,kesemua merujuk di Bumi Bukan?


Mungkin Juga Manusia mampu malah berjaya membina penempatan Di Luar Bumi.Tetapi Mungkin juga bahawa apabila hampir Kiamat,kesemua penempatan manusia di Luar Bumi itu Musnah.Namun Tidak Masuk Akal bukan?


Namun Kita hanyalah Hamba ALLAH.kemampuan kita terbatas.Namun bagaimana  dengan Pendapat pembaca semua,sama-samalah kita meluangkan sedikit masa untuk memikirkan teori GILA ini.....

Wednesday, December 15, 2010

Pengertian Tersirat Secangkir Tinta Seluas Pandangan.....

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis......





Pengertian Secangkir Tinta Seluas Pandangan kepadaku.Ramai yang bertanya mengenai maksudnya.Disini penulis menerangkan pengertian Tajuk Blog Penulis.Secangkir Tinta itu membawa Dakwat ataupun Bahan penulisan yang sedikit,manakala Seluas Pandangan ialah membuka pandangan orang lain.Jadi maksud Tajuk blog Penulis ialah dengan dakwat yang sedikit,Penulis berharap penulisan penulis mampu membuka mata hati serta pandangan pembaca.


Semoga apa yang Penulis harapkan iaitu membuka Pandangan Pembaca direstui Ilahi.Niat yang Murni pasti dimakbulkan.Sekian.....

Tuesday, December 14, 2010

Aku Kecewa,Aku Sedih ,Aku Menangis..........

Secangkir Tinta Menulis.....Meluahkan isi hati.........


Aku Kecewa,
Apabila Nyawa Tidak Bernilai di Dunia Ini.
Pembuangan Bayi,
Pencerobohan Palestin,
Pembunuhan Manusia,
Diserata Dunia Ini.....


Tidak bernilaikah Nyawa Si Comel INI?


Aku Sedih,
Hati ini parah berdarah,
Bagai dihiris sembilu,
Ditikam dan dicincang berulang kali,
Melihat Syaitan yang bertopeng Manusia,
Berleluasa Di Dunia ini......
Dimanakah Belas Kasihan Manusia........


Aku Menangis,
Apabila membaca Warga Tua yang ditinggalkan,
Seperti Sampah,
Walhal mereka memiliki Zuriat....
Oit Binatang semua(Anak2 Mereka),
Haiwan pun lebih Tinggi dan Mulia,
Belas Kasihan mereka dari Kamu.......
 nasib warga tua, Jaafar Ali, 85, yang 'dibuang' ahli keluarga ...Berita Harian


Aku Benci,
Aku Benci,
Aku Benci Dunia yang Fana Ini,
Yang mana segalanya hanya Lakonan,
Dimanakah Kebenaran Yang Ku Cari,
Dimanakah Ketulusan Yang Ku Dambakan........


Semoga Diriku Mendapat Hidayah Darimu Allah,Terpelihara Dari Maksiat dan Dimasukkan Kedalam Golongan Orang Beriman.........

Monday, December 13, 2010

Rupa Wang Akhir Zaman

Secangkir Tinta Seluas Pandangan....

Salam semua,apa khabar.Bagaimanakah Rupa Wang Di  Akhir Zaman Nanti...Dibawah saya selitkan Gambar,sekadar Pandangan..



Inilah rupanya Wang Akhir Zaman nanti 

Kenapa Pula Emas Menjadi Pilihan saya.Jawapannya Mudah,sejak Beribu tahun lagi,Emas menjadi Komoditi Berharga.Sejak sebelum terciptanya Wang Kertas yang kita gunakan,Emas telah menjadi sesuatu yang bernilai untuk dimiliki.Kerana itu,di Akhir Zaman,kemungkinan Inilah rupa Matawang kita.


Saya pernah membaca salah satu tanda kiamat,antaranya Dan apabila seseorang itu ingin memberikan zakat atau menyedekahkan Hartanya,(Emas) tiada siapun yang mahukannya.Jadi berkemungkinan Emas adalah Matawang Di Zaman itu.


Wang Kertas berganti rupanya,namun nilainya tetap sama saja,sedangkan emas Harganya sentiasa Naik.Ini kerana Wang kertas dicetak serta dibuat oleh manusia,malah kita yang memberinya nilai,katakan rm 5,ia hanya wang kertas saja,sekiranya kita meletakan nilai rm5 tu kepada Rm1,jadilah Rm 5 itu Rm 1.berbanding Emas,siapa yang tahu mencipta Emas,tiada siapa pun yang tahu bukan.Jadi Emas tidak boleh dicipta.


Kedua Wang kertas boleh dimusnahkan,malah sekiranya wang kertas anda koyak atau rosak dengan teruknya,adakah Bank atau sesiapa inginnya?Jawapannya tidak.Emas pula tidak boleh dimusnahkan,walaupun bersalut tahi,lumpur,kemek,calar atau rosak dengan teruknya,ia masih bernilai kerana boleh digilap serta diubah semula.

Saturday, December 11, 2010

Nang blog Melayu mengecewakan

Secangkir Tinta,Seluas Pandangan berbicara.............




Salam Semua....Semua tahu Innit adalah salah satu tempat untuk Menarik Trafik ,juga untuk mempersembahkan karya penulisan seseorang.Bagi Blog yang baru saja dilahirlan,dimana Pemilik Blog itu baru mula belajar,Innit adalah seperti Sekolah Blog.Melalui Innit,dapat bertukar pandangan,menambah ilmu pengetahuan dan mendapatkan kenalan Blogger yang baru.


Akan tetapi,dimanakah Perpaduan Diantara Blog Melayu.Seringkali yang terpapar di Featured Post.dimana Blog yang bukan melayu mendapat NANG yang tinggi.Memang banyak Blog melayu juga tersenarai di Ruangan Featured Post,tetapi Nang yang diterima mengecewakan.


Selain Tajuk yang gempak,atau ISI yang menarik,tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh blog Melayu untuk menambah Nang.Adakah kerana Blog Melayu kekurangan kualiti,gambar pula tangkap muat atau cuma menyalin artikel dari internet,maka kurangnya sambutan di blog Melayu.


Jika benar ini penyebabnya,mengapakah Blog bukan Melayu yang memaparkan artikel yang sama seperti blog Melayu masih mampu meraih Nang yang tinggi.Jawapannya kerana Mereka Bersatu Padu serta menjalinkan Hubungan yang erat.Apabila mereka Ping post terbaru,rakan-rakan mereka akan memberikan sokongan,begitu juga sebaliknya.


Nang yang tinggi penting kerana pembaca yang melihat jumlah Nang,mungkin akan tertarik untuk melihat apa yang menyebabkan Post itu tinggi Nangnya.Ini sekaligus menambahkan trafik.Walaupun anda rajin mengunjungi blog orang lain,malah nang mereka,tak semuanya akan kembali membaca Blog anda.Beritahulah pada saya,apakah Tajuk post terbaru Rakan blogger atau Follower anda?





Bersatu kita Teguh,bercerai kita Roboh.


Ini hanyalah cetusan pendapat penulis.Bukanlah niat penulis untuk menimbulkan isu perkauman,tetapi menyedarkan rakan Blog pentingnya perpaduan didalam Blog.Belajarlah dari Blog yang bukan Melayu.

Secangkir Tinta,Seluas Pandangan    

JUTAWAN Dosa dengan Bluetooth

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis.......


Bluetooth......sebut saja Bluetooth semua orang akan tahu.Bluetooth ialah satu cara untuk bertukar maklumat dari sesuatu Medium seperti Komputer,Handphone dan Lain-lain.Bluetooth banyak membantu serta memudahkan kehidupan seharian kita....


Namun,tanpa disedari,Bluetooth juga ialah satu JALAN paling mudah untuk menGANDAKAN dosa anda.Jawapannya ialah dengan pertukaran Video BLUE.Dengan Bluetooth,berjuta-juta malah berbilion klip Video Blue diedarkan.Kenapa Bluetooth mampu menjadikan anda JUTAWAN DOSA?

Biar saya memberikan satu contoh.A telah memuat turun satu klip Video Blue dari Laptop,seperti Klip Video Ariel Peterpan,dan kerana dasar kawan,ianya memindahkan Klip itu kepada kawannya yang satu lagi.Jadi satu dosa sudah TERCIPTA.dari kawannya,ianya terus berpindah-pindah,disalin dari satu Handphone ke Handphone yang lain,ialah Tajuk Video Gempak,ramai yang mencari masa itu.

Kalau Satu orang berganda menjadi 2 orang,seterusnya berterusan berganda?itu baru GANDAAN pada bilangan orang.ADAKAH anda MAMPU menghentikan penularan serta Penyebaran Klip Video yang anda muat turun itu?Sekali anda memindahkan kepada rakan,ianya akan terus berpindah.Saat menjadi Minit,Minit menjadi Jam,Jam menjadi Hari,Hari Menjadi Bulan dan Bulan menjadi Tahun.Klip Video anda terus beredar selama bertahun-tahun,maka TAHNIAH anda telah menjadi JUTAWAN DOSA........


Anda Boleh MEMBUANG klip Video itu pada Handphone anda,namun sekali anda MEMINDAHKAN kepada rakan anda,anda tidak dapat MENGHENTIKANNYA.Maka usahlah membuat kerja yang sia-sia itu.Fikirlah dengan akal warasmu kawan-kawan.....


Fikir...EMMM abenarkah Bluetooth membuatkan diriku JUTAWAN DOSA?

Cinta 3 Segi-Siapa yang Bersalah?

Secangkir Tinta Seluas Pandangan menulis..........Berdasarkan cerita seorang teman yang mengalami cinta tiga segi.....


Cinta Tiga Segi-Siapakah yang bersalah......

Cinta.Satu perkataan keramat.Sejak manusia wujud di Dunia ini,sejak Nabi Adam bermimpikan Hawa,Nabi Adam merasakan satu perasaan yang amat pelik serta menakjubkan didalam hatinya.Perasaan itu dinamakan CINTA.Itulah anugerah Allah kepada Manusia sekelian.

Sejak Berzaman,pelbagai kisah Cinta telah tertulis dan terpahat didalam sejarah.Ada yang berakhir dengan Gembira,juga tidak kurang berduka.Cinta antara Shah Jehan dengan Mumtaz Mahal,Cinta antara Zulaikha dan Nabi Yusuf dan lain-lain lagi....Namun itu semuanya Cinta dianta 2 pihak saja,bagaimanakah Cinta 3 segi ini wujud......

Mengikut cerita teman,cerita bermula dengan perkenalan si dia dengan si B.Perkenalan yang sekadar hanya untuk menambah kenalan semakin mesra.Di Awal perkenalan lagi,Si B telah meluahkan isi hatinya pada Si Dia.Si Dia mengetahuinya,namun menolak Cinta tersebut kerana Hati Si Dia telah berpunya.Berpaksikan pada keteguhan Cinta,Si dia yakin yang hatinya tidak akan berubah...


Untuk apakah cinta sekiranya ianya serapuh kaca


Namun,Si B pandai berkata-kata serta Romantis orangnya.Kata-katanya meruntun jiwa,Perhatiannya mengusik hati.Si Dia mula selalu keluar bersama Si B.tanpa disedari yang mereka semakin kerap keluar bersama.Kekasih hati si  Dia mula merasa tidak senang mengenai hal ini.Walaupun pernah berjumpa dengan Si B,namun Si Dia menyakinkan yang mereka hanyalah berkawan saja.

untuk apakah kesetiaan sekiranya ianya boleh dipermainkan


Namun Kekasih hati sedar bahawa Si Dia sudah semakin berubah.Si dia semakin jarang berhubung dengannya,semakin kurang perhatian kepadanya.Apabila Si dia Sakit terutamanya di tengah2 malam,Kekasih hati setia menunggu,mengambil berat sehingga Si Dia tertidur.Apabila Si dia mengalami masalah,kekasih hati akan cuba membantu.Namun keadaan sebaliknya berlaku.Apabila kekasih hati sakit,tiada kata2 semangat,tiada kata2 nasihat.Sekadar ucapan Dah makan ubat.Hanya itu saja mesejnya.Tiada ucapan sudah sembuhkah keadaan dirinya.Senyap tiada kata2.Apabila ditanya,tiada kredit menjadi alasan.


Kini segalanya dah berlalu.Cukuplah hanya sedikit ini yang diluahkan olehnya.Hatinya amat mencintai Si dia,namun Seperti mana kata2 Kekasih hati suatu ketika dahulu,Cinta itu satu Pengorbanan.Sekiranya melihat kekasih hati lebih elok dengan Si B,sedangkan apabila kekasih hati bersama Si Dia,mereka semakin tidak serasi dan semakin kerap bergaduh,mengapa tidak dilepaskan perasaan itu.Memang berat mahu dilepaskan Cinta itu,sedangkan itulah Cinta yang diharapkannya ke akhir hayatnya.

BEGITULAH KISAH SEORANG TEMAN KITA.KITA HANYA MAMPU MEMANDANG,MENDENGAR DAN MELIHAT.NAMUN HANYA HATI SENDIRI YANG MERASA.MENGAPAKAH PERLU WUJUDNYA ORANG KETIGA INI SEKIRANYA CINTA YANG SEJATI BENAR2 WUJUD.SIAPAKAH YANG BERSALAH DIDALAM HAL INI.....

BAGI TEMANKU INI,CINTA SUDAH TIADA MAKNANYA BAGI DIRINYA.APABILA DIAJUKAN SOALAN BILAKAH MAHU BERKAHWIN,DENGAN TERSENYUM DIA BERKATA,UNTUK APA CINTA SEKIRANYA KESETIAAN ITU TIDAK WUJUD,UNTUK APAKAH BERSATU SEKIRANYA DIMASA DEPAN AKAN BERPISAH?ADAKAH ANDA MEMILIKI JAWAPAN UNTUK SOALANNYA?


Tuesday, December 7, 2010

Sang Kelembai-Kepintaran Masyarakat Dahulu

Secangkir Tinta Seluas Pandangan melontar satu Idea.......

Sang Kelembai,

Suatu Masa dahulu,Manusia di Malaysia amat takut dengan Sang Kelembai.Mendengar namanya saja cukup mengerunkan,inikan pula bersua dengannya.

Sang Kelembai ,tidak dapat dipastikan apakah ia,adakah ianya Haiwan atau sejenis Makhluk lain.Namun Sang Kelembai memiliki Kuasa Ajaib untuk menyumpah sesiapa saja yang berada didepannya menjadi Batu.Kerana sumah Sang Kelembai ini,banyaklah terdapatnya Batu-batu yang menyerupai sesuatu seperti Manusia,Kapal,Rumah malah Haiwan.

Namun benarkah Sang Kelembai ini Wujud.Bagi Penulis Sang Kelembai ini hanya dongeng serta rekaan masyarakat Dahulu.Masyarakat Dahulu amat bijak untuk memberi Pengajaran secara Tersembunyi.Mungkin mereka mereka cerita Sang Kelembai untuk menakutkan serta memberi pengajaran kepada generasi akan datang mengenai BALASAN sekiranya berbuat jahat atau Derhaka.Maka wujudlah pelbagai cerita dan Lagenda di merata tempat,mengenai Batu itu,batu ini yang menyerupai sesuatu.Memang pintar,menakutkan,namun memberi pengajaran yang tersembunyi....


Sang Kelembai-Kepintaran Masyarakat Dahulu....

Carian di Wikipedia mengenai Sang Kelembai...

Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberapa tempat di Malaysia. Sesetengah tempat dipanggil Sang Gedembai.
Sang Kelembai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu.

Asal usul Kampung Gajah

Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan, Perak mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah yang banyak di situ telah membuat bising dan Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising, telah menegur gajah-gajah tersebut. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu.
Namun demikian sehingga kini , tidak dapat dipastikan kedudukan sebenar batu yang menyerupai gajah di Bukit Tunggal itu.
Dalam masyarakat orang Asli Semai di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.

Kritikan

Masyarakat Melayu tradisional sering mengaitkan sesuatu penyakit atau kejadian dengan alasan yang tidak rasional.
Contohnya bentuk batu-batu yang aneh bentuknya dan menyerupai manusia akan dikatakan telah 'ditegur' oleh Sang Kelembai akibat melanggar pantang. Masyarakat Melayu tradisional amat tidak gemar akan kanak-kanak yang suka bercakap banyak. Bagi mengunci mulut kanak-kanak ini yang petah bicara ini, barangkali cerita Sang Kelembai direka-reka.
Peliknya sumpahan Sang Kelembai tidak pula menjadi emas atau benda-benda yang berharga lain. Hanya menjadi batu.
Dalam filem Tenggang di Malaysia atau cerita Malim Kundang di Acheh, Sumatera , Indonesia, saudagar Tenggang atau Malim Kundang disumpah oleh batu oleh ibunya . Di Acheh memang wujud batu-batu di tepi laut yang menyerupai manusia yang sujud menyembah bumi dan tali-tali kapal .
Orang Melayu keturunan Acheh memang ramai di tepi Sungai Perak, khususnya di Kampung Gajah dan Pasir Salak. Dialek Perak yang digunakan hampir-hampir menyerupai dialek Acheh. Pelakon dan pelawak terkenal dari Acheh yang bertutur menyerupai dialek Acheh ialah Benjamin S.
Kepercayaan kepada sumpah boleh membawa kepada syirik dalam Islam.

Saturday, December 4, 2010

Manusia gergasi-benarkah Kaum ADS itu sebesar gergasi?

Secangkir tinta seluas Pandangan menulis......


Manusia Gergasi.......





Salam semua.Baru -baru heboh mengenai akan wujudnya Manusia Gergasi di Internet.Sati kisah lama yang dahulunya heboh kini dibicarakan semula.Sebenarnya satu masa dahulu,sudah terdapat jawapan mengenai Gambar ini.Gambar ini sebenarnya palsu dan terdapat pengubahsuaian didalamnya.Harap semuanya jangan terpedaya.Ini kerana ianya hanyalah sekadar untuk menarik trafik,malah boleh memesongkan akidah umat Islam.

Gambar Kontroversi-ubahsuai





gambar asli yang sebenarnya
Sebenarnya penemuan itu ialah penemuan Mastodon sejenis haiwan zaman purba,bukanlah Manusia.Cuba perhatikan gambar pertama dan kedua.Perhatikan sekeliling gambar,memang terdapat kesamaan termasuklah orang yamg memakai baju putih sambil mencangkung.Yang palsu ialah tengkorak manusia serta terdapat tambahan gambar seorang Lagi yang sedang mengali.


Sebenarnya gambar ini pernah disiarkan dimajalah serta pelbagai media 10tahun lalu.Jadi tidak hairanlah generasi sekarang tidak mengetahui mengenai hal ini.Terdapat jawapan yang jelas baik dari Arab Saudi mahupun Dari Malaysia sendiri yang gambar ini Palsu serta terdapat pengubahsuaian didalamnya.Cuba Fikirkan,sekiranya gambar ini benar.mengapa ianya tidak dipamerkan di Muzium?Dapatkah anda mencari Pameran Manusia Gergasi Kaum ADS di Google?Jawapannya ialah tiada.

Satu lagi yang saya buat saya tertarik ialah terdapatnya ayat Al-Quran yng menyatakan Manusia kaum Ads ini bersaiz besar,mampu mencabut pokokk sebesar pemeluk dan memiliki kekuatan yan luarbiasa,kerana anugerah ini,mereka takbur dan berpaling dari menyembah Allah YANG MAHA ESA.Namun tiada satu pun blog mahupun artikel yang menyebut AYAT MANA,SURAH MANA untuk membolehkan saya mencarinya didalam Al-Quran. Jadi adakah ianya benar?


Untuk maklumat lanjut mengenai gambar ini,saya menyarankan anda merujuk kepada blog yang satu lagi ini

[mencintai-islam] Tengkorak gergasi kaum Add di Saudi

.

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails