Mereka yang ku hargai

Saturday, December 11, 2010

Nang blog Melayu mengecewakan

Secangkir Tinta,Seluas Pandangan berbicara.............




Salam Semua....Semua tahu Innit adalah salah satu tempat untuk Menarik Trafik ,juga untuk mempersembahkan karya penulisan seseorang.Bagi Blog yang baru saja dilahirlan,dimana Pemilik Blog itu baru mula belajar,Innit adalah seperti Sekolah Blog.Melalui Innit,dapat bertukar pandangan,menambah ilmu pengetahuan dan mendapatkan kenalan Blogger yang baru.


Akan tetapi,dimanakah Perpaduan Diantara Blog Melayu.Seringkali yang terpapar di Featured Post.dimana Blog yang bukan melayu mendapat NANG yang tinggi.Memang banyak Blog melayu juga tersenarai di Ruangan Featured Post,tetapi Nang yang diterima mengecewakan.


Selain Tajuk yang gempak,atau ISI yang menarik,tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh blog Melayu untuk menambah Nang.Adakah kerana Blog Melayu kekurangan kualiti,gambar pula tangkap muat atau cuma menyalin artikel dari internet,maka kurangnya sambutan di blog Melayu.


Jika benar ini penyebabnya,mengapakah Blog bukan Melayu yang memaparkan artikel yang sama seperti blog Melayu masih mampu meraih Nang yang tinggi.Jawapannya kerana Mereka Bersatu Padu serta menjalinkan Hubungan yang erat.Apabila mereka Ping post terbaru,rakan-rakan mereka akan memberikan sokongan,begitu juga sebaliknya.


Nang yang tinggi penting kerana pembaca yang melihat jumlah Nang,mungkin akan tertarik untuk melihat apa yang menyebabkan Post itu tinggi Nangnya.Ini sekaligus menambahkan trafik.Walaupun anda rajin mengunjungi blog orang lain,malah nang mereka,tak semuanya akan kembali membaca Blog anda.Beritahulah pada saya,apakah Tajuk post terbaru Rakan blogger atau Follower anda?





Bersatu kita Teguh,bercerai kita Roboh.


Ini hanyalah cetusan pendapat penulis.Bukanlah niat penulis untuk menimbulkan isu perkauman,tetapi menyedarkan rakan Blog pentingnya perpaduan didalam Blog.Belajarlah dari Blog yang bukan Melayu.

Secangkir Tinta,Seluas Pandangan    

13 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. haha....aku tak baca ikut nang yang tinggi... :)
    dun worry...

    ReplyDelete
  4. hehe.. itu la.. sy pn x penah dpt nang tinggi, hehe. sy slalu jg nang siapa yg nang sy & anyne yg post dlm timeline i pos kt innit...

    best regards,
    wawa~*
    SecretWhisper.net

    ReplyDelete
  5. betul cakap awak. tetapi kebanyakkan blogger yang blog dalam bahasa melayu menggunakan singkat kata yang susah untuk difahami. sebab itulah yang mengurangkan nang mereka. tulis sesuatu yang mudah difahami. Bukan sesuatu yang mengelirukan pembaca. Tambah lagi, kalau kamu tulis satu post yang boring maknanya kamu akan dapat nang sedikit. Kalau post anda menarik, dengan serta merta akan ada orang nang post anda. Contohnya http://kisah-kitasemua.blogspot.com/2010/09/tingkatkan-trafik-link-exchange.html

    Sekian terima kasih. Nanged you!

    ReplyDelete
  6. saya pun sama lah nasib,kerap nang orang, tapi time saya post kat nang...menyakitkan hati..mungkin tak menarik tajuk saya..tolong lah kami..

    ReplyDelete
  7. for me nang bukan sekadar nang, mesti ada isi dan tajuk of course sebagai first impression

    Sedih Balik KL

    ReplyDelete
  8. saya suka post ni..mmg betul, kita perlu bersatu dalam apa jua benda sekalipun, kalau x, macam mana nak maju kehadapan. kita mesti support org2 lain.

    best entry..i really2 like it!..

    ~faqarabduljalil

    ReplyDelete
  9. ok, saya pun setuju jugak bersatu, setakat klik nang aje ape la sangat. bukan kene bayar pun

    ReplyDelete
  10. oleh itu..
    supportlah geng blogger...
    kita xprlukan nang nuffnang..
    hehe

    ReplyDelete
  11. oh!!!!
    gue xberpandukan nang...
    yang mana nak baca, redah je

    ReplyDelete
  12. den baca tajuk yg den suka jer...selalu yg nang tinggi den xminat nak baca
    hehehehe
    terbalik kan?

    P/S : Hai Akak Dan Abang Artis! Kamu Suka Menulis Cerpen? Ada Contest Untuk Kamu!

    ReplyDelete

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails